Roti dah satu hari expired

Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan. Itulah adalah salah satu prinsip hidup yang saya pegang sejak dari kecil lagi. Saya diajar oleh mak supaya tak membazir. Kalau kita nak beli barang yang mahal sekalipun tak apa, tapi kena fully utilised dengan barang tersebut. Contohnya kita beli handbag yang mahal (of course ikut kemampuan, jangan sampai berhutang), kita haruslah guna handbag tersebut. Jangan tersimpan dalam almari sampai tumbuh kulapuk kat handbag. Saya pernah dengar yang kalau kita tak menggunakan barang kepunyaan kita, esok-esok (i mean di padang masyar) kita akan disoal oleh barang yang tidak diguna tersebut. Betul atau tidak. Wallahhualam...

Kalau makan di luar pun tak apa just jangan membazir. Kalau makanan tak habis, minta waiter untuk bungkus. Kalau taknak makan di rumah pun, boleh diberi kepada kucing-kucing yang terbiar. Dapat pahala. Lepas ni kalau rasa makan tak banyak, pesan dengan waiter jangan masak banyak sangat.  

Contoh cara Mak untuk tidak membazir, kalau ada nasi lebih yang malam tadi punya, mak akan mengoreng nasik tersebut & boleh dimakan untuk breakfast. Abah siap bawak bekal untuk lunch. Saya time bujang dulu pun, saya buat benda yang sama juga.
Contoh saya pula roti Gardenia yang dah expired satu hari. Actually, saya & Mr. Abang memang jarang beli roti sebab kami berdua bukannya ada masa untuk prepare roti. Nak tunggu makan time weekend, tengok-tengok roti yang dibeli dah expired. Tapi ada satu hari saya kena beli jugak satu buku roti, sebab Mus nak stay di rumah saya. Rumah saya tak ada makanan sangat, saya belikanla roti untuk dia. Tapi roti itu hanya dimakan beberapa keping sahaja sebab dia just stay satu malam. So, ada balance dalam 9 keping lagi. Bila saya & Mr. Abang nak makan pada hari Sabtu, roti itu dah expired satu hari. Disebabkan saya takut roti itu tak dimakan & akan berkulat, saya terus buat puding roti beserta sos kastard untuk kesemua roti tersebut. Roti itu pun baru expired satu hari sahaja. Tak adela geli sangat pun. 

Bila sudah siap bake, puding itu boleh dimakan untuk breakfast, dessert after lunch, teatime & supper.

Sudah siap dibakar dengan mengunakan roti dah expired satu hari

Ready for breakfast

Ada banyak cara lagi untuk tidak membazir. Saya percaya hidup tidak membazir akan lebih diberkati. Aaminn....

Share this:

CONVERSATION

1 comments: