Zafran First Vacation: Melaka

Kalau first vacation Rara (anak Scha & Awal) adalah di Bali, Dak Zafran pulak di Melaka (penangan jadi follower IG Rara la ni..heee).. Actually pergi Melaka pun bukanlah purposely untuk bercuti. Sebabnya nak hantar Papa Kimchi ke AKMAL untuk training selama sebulan lebih. Alang-alang hantar Papa Kimchi, pergila bercuti sekali. 


Hari Sabtu tu nak gerak awal supaya dapat lunch sambil berkelah di Pantai Klebang. So, mak masak siap-siap kat rumah. Sampai Pantai Klebang dalam pukul dua lebih. Terus cari port makan sebab dah terlajak time makan tengahhari. Lapar sangat dah ni. Kat pantai ada banyak anjung tapi semuanya fully occupied. Ada satu anjung tu, just ada seorang pakchik tengah baring & sepasang couple tengah dating. Apalagi terus aim anjung tuela sebab paling tak ramai orang compare dengan anjung lain. Apabila sampai ke anjung tu & setup makanan, terus pakchik & couple tu beredar. Dah jadi conqueror pulak.
We are the Anjung Conqueror. (Edit gambar yang sangat amatur) 


Di Dataran Pantai Klebang

Mak hidangkan lunch

Selesai sahaja makan, pergi visit Muzium Kapal Selam. Location just nearby sahaja. Jalan nak pergi Muzium tu tersangatla sadis. Tak bertar langsung. Kata tempat pelancongan. Maju lagi kampung uwan yang semua jalan sudah habis bertar. Bila baca info, kos projek Muzium Kapal Selam ni sampai juta-juta Ringgit (tak ingat actual figure). Tapi tak boleh nak spend untuk tar jalan ke Muzium ni. Tempatnya dah menarik dah, just jalan ke entrance sahaja yang fail.

Harga tiket entrance RM3 untuk dewasa

Muzium ni quite attractive jugak sebab boleh beri pendedahan kepada semua orang dengan keadaan sebenar apabila di dalam kapal selam. Luar nampak besar, tapi dalamnya tersangatla sempit. Sangat salute dengan tentera laut yang kena bertugas di dalam kapal selam demi untuk berbakti kepada negara (again ayat tak boleh bla). Tapi serius sangat salute sebab boleh kerja di tempat yang sempit-sempit macamtu.

Inilah Kapal Selamnya

Tempat operasi dalam Kapal Selam yang tersangatlah sempit


 Boleh tak nak blogging guna komputer ni..heee

The Sengal Boys

Mak lentok manja gitu..

 Mata Kimchi yang mantain tahan silau

Lepas dah round kapal selam tu, pergi lepak-lepak di Pantai Klebang sambal minum coconut shake. Tak dapat nak lepak lama sebab hujan nak turun. Terus pergi ke rumah Poksu & lepak-lepak di sana pulak.

Zafran terliuq tengok coconut shake

Poksu beli dua ekor ayam golek yang Kenny Rogers pun tak boleh challenge kesedapannya. Specialty ayam golek ni adalah pada sosnya. Ni adalah makanan wajib untuk dimakan setiap kali pergi rumah Poksu. Habis dua ekor ayam kitaorang bedal.

Ayam golek yang dah siap dipotong dengan sos yang sangat kaww & super tasty

Esoknya, hantar Kimchi ke AKMAL. Nothing to cerita sebab half day just menunggu Kimchi sampai habis mendaftar. Rasa sedih sebab sebulan lebih tak dapat jumpa Kimhi. Weekend pun pack dengan aktiviti. So, Kimchi tak boleh nak balik & saya pulak tak boleh nak melawat sampaila bulan Januari nanti.  Tak apala. Berkorban demi pekerjaan yang lebih stabil. Huuuu...

Di rumah Poksu

Menunggu Kimchi tak siap-siap mendaftar 

Kepala papa dah kena mesin No. 1


Dak Zafran pesan kat Papanya “Papa jangan rindu kat kami tau. Jangan nangis tau. Kalau jatuh bangun sendiri yea, papa”. Teeee…



Share this:

,

CONVERSATION

1 comments:

  1. Looking for the Ultimate Dating Website? Create an account and find your perfect date.

    ReplyDelete