A Story of A New Mum's Challenges During Confinement

Pada 23 Mac lepas genapla umur Zafran 9 Bulan. Lagi beberapa bulan sahaja nak cukup setahun.. Lahai besar dah Dak Zafran ni. Mula-mula jaga time baru lahir, sekarang dah ligat merangkak dah.

Teringat balik pengalaman mula-mula menjaga Dak Zafran( time berpantang), which is honestly agak culture shock untuk saya. Agaknya sebab pengalaman menjaga baby adalah baru untuk saya. Ingatkan perangai baby secomel mukanya. Rupanya tak. Tak sangka sangat tough & mencabar. Macam Dak Zafran, kalau dengan saya akan menangis kalau berjaga. Selalunya malam-malam mesti menangis sebab siang dah puas tidur. Dalam mindset saya, baby menangis mesti sebab perutnya lapar. Apa yang saya boleh buat, just breasfeeding(Bf) sahaja. Tapi after Bf, still menangis jugak. Saya try dodoi tapi still not working. Agaknya cara saya dukung tak betul & maybe Zafran tak selesa. Bila Didi (my sis) & mak yang dodoi, berhenti pulak menangis. Kadang-kadang sampai tertidur bila didodoi oleh mereka berdua.

Pesan Mak, saya kena  tidur ikut sama time dengan baby. Kalau Zafran tidur siang, sayapun kena tidur siang. So, bila Zafran berjaga malam, saya tak adala penat sangat nak stay up jaga anak. Tapi walaupun dah tidur siang lama, time berjaga malam, feeling tersangatla lain. Tengok semua dah tidur, kita jea tak tidur, then nak kena dodoi-dodoi Zafran lagi, still rasa penat & stress jugak. Mak suruh saya train Zafran supaya jangan tidur siang supaya malam akan tidur. Tapi Dak Zafran ni tak kirala waktu apa pun, kalau terjaga mesti menangis. Dengan saya tak pandai dodoi lagi. Kalau boleh saya nak Zafran sentiasa tidur. Memang impossible la kan nak suruh baby everytime tidur jea. And then kalau selalu tidur, chances nak kena kuning tinggi.  Saya pelik kenapa orang lain siap boleh menonton cerekarama, sinetron, telenovela time berpantang. Macam ada banyak masa jea. Saya  sibuk nak tidur siang supaya cukup tenaga nak berjaga malam.

Kemuncak stress ketika berpantang adalah pada hari yang saya minum nescaffe. Saya minum nescaffe sebab dah muak asyik minum milo jea. Tak kira breaffast, lunch, teatime & dinner, duk minum milo. So, nak tukarla selera dengan minum  nescaffe. Kesannya pada malamnya, Zafran meragam. Zafran menangis-nangis dari pukul 12 malam sampai 8 pagi esoknya. After bf & dodoi sambil berjalan, Zafran still menangis-nangis sampai pukul 3am. Dah pukul 3, still taknak stop menangis. Saya just letak Zafran  katil. Dah tak tahu nak buat apa. Last-last, Didi terjaga & pergi dukung Zafran. Didi dukung Zafran sambil menonton TV. Kesian kat Didi. Dahla time tu bulan puasa. Then pagi tu, Didi nak kena pergi kerja lagi. Tapi bila Didi offer nak jaga, saya tak mampu nak menolak walaupun tau situasi Didi. Saya pergi tidur. Didi jaga dari pukul 3am sampai 6 am. Lepas tu mak pulak jaga. Kena jaga bukannya just dukung jea. Nak kena dodoi-dodoi sambil berjalan, baru Zafran tak menangis. Mak enjut-enjut sambil keliling satu rumah dari pukul 6am sampaila pukul 8am. Mak pulak tak larat, giliran kembali kepada  saya semula. Tapi saya dah dapat tidur 4jam, bolehla nak jaga Zafran balik. Itulah kesannya penangan Nescaffe terhadap Zafran. Sejak dari haritu, selagi saya breastfeeding saya eliminate coffee & sewaktu dengannya dari hidup saya.

Nipple(Ms. N) saya pun start rasa pedih & melecet sebab again solution(yang saya tahu) untuk nak bagi Zafran stop menangis adalah BF sahaja. Setiap kali BF, akan rasa sakit  sampai rasa nak menangis pun ada. Masa itula saya start push Kimchi belikan pacifier supaya Zafran tak continuously menangis. Kimchi pun belikan Avent Pacifier.

Zafran tak menangisla untuk beberapa hari bila Zafran guna pacifier. Tapi lepas tu, continue balik menangis. Saya minta tolong Abah belikan set buaian pulak (Kimchi kerja). Fikir Zafran maybe nak berdodoi baru boleh stop menangis. Dah masukkan dalam buai, Zafran stop menangis & tertidur. Dah tertidur, stopla enjutkan buai. After stop, Zafran terus terjaga & menangis. Buai balik. Buai sampai tertidur pastu stop, automatic Zafran  terjaga & menangis lagi. Bila dah introduce buaian, Zafran nak all the time berbuai.. Even tidur siang pun. Sebelum ni boleh jea tidur siang dengan BF sahaja.

Dak nak kena enjut 24jam, lagila tak tahan. Saya dah tak boleh nak tidur siang. Malam lagila. Didi pun dah start complain tak tahan nak kena non-stop buai. Actually time pantang, ada tiga shift jaga Dak Zafran. First shift 12am-3pm iaitu saya, second shift 3pm-5pm iaitu Didi & 3rd shirt adalah mak iaitu dari 5am-7am. Then shift kembali kepada saya. Time shift Didi tuela, yang dia complaint dah tak larat nak buai Zafran.

Lepas sahaja Didi complaint, saya push lagi Kimchi suruh beli buai automatic. Kimchi pergi beli di Manjaku, Bangi. Dah pasang buaian auto, barula Zafran tak continuously menangis & tidur sehingga 3jam, tak kira malam or siang.  Barula terasa aman dunia.

Masa pregnant, saya target nak jaga anak naturally. Tak nak ajar anak guna pacifier, buaian, buaian auto, tidur dalam suasana senyap. Nak full BF. Bila dah berdepan dengan situasi sebenar, habis semua yang taknak buat tu, saya dah buat jugak. Full Bf pun tak dapat nak buat.

After sebulan lebih berpantang, tiba-tiba saya rasa kesiankan kat Dak Zafran. Terlampau kerap sangat guna buaian & pacifier untuk Zafran. Asal nak bagi Zafran tidur or stop menangis, mesti guna buaian & pacifier. Saya terus study through internet. Saya study posisi-posisi BF selain yang kebiasaannya.  Salah satunya sambil berbaring. And then time tu jugakla saya baru tahu cara bf yang betul. Cara yang betul adalah kena make sure dagu baby bersentuhan dengan areola. Satu lagi Ms. N masuk sampai lelangit baby. Kalau tak sampai, Ms. N akan berada di gusi baby. Tu yang menyebabkan sakit sampai melecet-lecet. Dah sebulan lebih bersalin, baru tahu cara Bf yang betul & posisi Bf yang berbaring. Saya terus try Bf Zafran dengan cara betul & posisi berbaring. Zafran menerima cara bf yang baru dengan baik. Sejak dari haritu sampai sekarang, if di rumah, saya akan BF sambil berbaring, tak kira pada waktu apa pun. Sometimes Zafran boleh tertidur  after Bf.  Penggunaaan buai auto & pacifier pun dah semakin berkurang.   Cara ini lebih membantu semasa saya dah mula bekerja.  If Zafran terjaga malam, saya akan Bf sambil berbaring. Then, saya akan sambung tidur sambil Bf. Zafran nak Bf selama mana yang dia nak pun, tak kisah. Time bekerja tak adala rasa sleepy & penat walaupun kerap berjaga malam. Cara ni maybe agak bahaya. Saya kena sentiasa  alert. Kalau baby dah besar, bolehla guna cara ni.

Pernah jugak saya terfikir saya ni layak ke tak jadi seorang ibu. Susah sedikit pun tak boleh.  Rasa susah sedikit, dah rasa stress. Terus nak guna gadget-gadget. Orang lain pun pernah jugak ada pengalaman jadi newmom.  Contohnya macam Maklang & Maktih. Mereka berdua pun working mom jugak. Tak ada pun depends pada gadget-gadget macam saya ni untuk jaga anak. Bila fikir balik,  manusia diciptakan berbeza. Apa yang berlaku pada setiap manusia pun berbeza jugakla. Sebenarnya pengalaman menjaga Zafran ketika pantang adalah pengalaman yang priceless. Pengalaman itu jugakla yang mengajar saya supaya belajar dari kesilapan dan menjadi lebih baik, dalam menjaga  & membesarkan anak.  Satu lagi, if mindset  sentiasa positif & ilmu cukup di dada, akan rasa lebih seronok & happy ketika menguruskan & mendidik anak.
My Precious Dak Zafran already 9 months old. How time flies so freaking fast...

 

Share this:

CONVERSATION

10 comments:

  1. minum nescafe dik non....kembung anak kot...kekekekeke...

    ReplyDelete
  2. Tuela..mengatal nak minum nescafe kan..hehe..

    ReplyDelete
  3. cahayacinta.com

    ala2..comelnya bby boy ini..pinjam senyum sikit heee..kata orang bby boy lagi kuat meragam berbanding bby girl..apa sy tgok ke persekitaranlah..slu bila besar pulu kala anak llki dia lebih ibu dia...heee..kala anak girl besar anak lekat dengan ayah dia..

    serius anak sy sulong girl dekat dengn ayahnya.cemburu gak saya padahal dia anak saya gak heee...


    ho tak boleh minum nescafe eh..bru tahu satu pengalaman utk saya jugalah.sy mmg tak gemar minum tapi sesekali bolehlah...kata orang pengalamankan sis ;) kalu tak sampai bila kita tak tahu ;)

    ReplyDelete
  4. sis cahaya..
    orang cakap budak lelaki, akalnye lebih ckit..memang tak dinafikan pun..sekarang macam2 benda dah boleh buat..Anak saya jugak nampak overly attached dengan saya compare dengan papanya.. memang betulla statement cahaya ni..

    ReplyDelete
  5. Kak Farah...kenala kak, kuatkan semangat..Kita dulu pun perangai macam tu la kot ngan mak kita..hehe

    ReplyDelete
  6. kesian ibu yang menjaga anak yang asyik nangis time bangun tido..

    ReplyDelete
  7. being a mom is the best experience ever, despite of segala ups and downs ya.
    whatever it is, awak adalah ibu yg terbaik utk anak awak.
    it is just a matter of self adjustment and for sure it will take time.
    cherish every moment ya :)

    done follow sini #28.

    jom ke blog saya www.sitimunirah.com :)

    ReplyDelete
  8. Betul, sis. Saya pun masa tu ilmu belum cukup lagi. Sebab tu saya face banyak difficulty. Tapi pikir balik anak kita deserve mendapat layanan baik dari kita walaupun semeragam macammana pun anak kita. Sebab anak adalah anugerah dari Allah S.W.T @Siti Munirah

    ReplyDelete