Eggless Brownies

Haritu saya puasa (kantoi tak habis ganti puasa lagi. Ramadhan tinggal sebulan jea). Teringin nak berbuka dengan something manis. Nak beli, again macam mahal kalau nak beli dalam kuantiti banyak. Saya ni kena makan banyak, baru rasa puas. Solutionnya kenala bake sendiri. Cari punya cari resepi simple di facebook group Resepi Ringkas, akhirnya jumpa resepi Eggless Brownies. Semua bahan yang diperlukan dah ada. Penyediaan adunan juga mudah & cepat. Sempatla lepas balik kerja, saya bake brownies ni, & at the same time masak nasi & lauk untuk berbuka.

Resepi Eggless Brownies
Bahan A (Ayak)
1 cup tepung gandum
1 tb sp tepung jagung
1/2 cup choco powder
1/2 t sp soda bikarbonat
3/4 cup gula

Bahan B
1 cup susu cair
1/4 cup minyak
Hiasan chocolate chip

Cara-cara
1. Masukkan Bahan B ke dalam bahan A. Kacau rata.
2. Tuang adunan dalam bekas.
3. Tabur chocolate chip
4. Bakar selama 25-30min, suhu 150 degree celcius.



Ayam Masak Butter Yang Mudah & Pantas


Ayam Masak Butter Yang Mudah & Pantas

Adunan ni dapat dimakan oleh dua orang (with kimchi) selama dua hari. Memang sangat berbaloila kalau bake sendiri. Boleh makan sampai lebam.

Share this:

,

CONVERSATION

8 comments:

  1. simple ye..memang tak bubuh telur langsung kannn

    ReplyDelete
  2. terlampau simple sangat, jadi kerap pulak bake brownies ni..hehe@yoorin melacolea

    ReplyDelete
  3. tu laa.. cambest je nak baking.. brg pon senang nak dapat kan.. heehehhe

    ReplyDelete
  4. Tang ayak tuela yang lenguh ckit..yg lain simple jea..kena beli alat untuk speed up mengayak..@yoorin melacolea

    ReplyDelete
  5. saya mula rasa malas mungkin ini tanda saya seorang lemah malas hua...nak sikit

    ReplyDelete
  6. tak malas..maybe sebab penat bekerja..balik rumah, dah larat nak memasak..hehe@suri

    ReplyDelete
  7. wah baru kak ana tahu ada juga buat kek tanpa telur ye :) tq for sharing.

    ReplyDelete