Cara Buat Roti Ban KFC


Cara Buat Roti Ban KFC

Masa saya balik PJ haritu, mak ada attend Bakery Class yang diadakan di Surau Al-Islah. Mak belajar cara nak buat roti ban yang sama seperti yang dijual di KFC. 
Selesai sahaja kelas tu, mak terus nak try buat di rumah. Sebelum start menguli, pergi beli bahan dulu yang tak ada di rumah seperti bread improver, bread softener, yogurt & high protein bread flour. Dengar macam bahannya rare jea. Bila dah rare, mesti mahal. Actually tak susah pun nak mencarinya. Di mana-mana supermarket pun ada. Harga pun tak mahal. Macam Bread softener & Bread Improver, harganya just RM2/botol. Boleh pakai untuk berpuluh-puluh adunan. Yeala dua-dua setakat pakai 1/2-1 tsp jea untuk satu adunan. Kalau High Protein harganya just RM3/kg. Boleh pakai untuk 4 adunan.

Selesai dapat bahan, terus menguli petang tu jugak.

KFC Ban Recipe

A
125gm air suam
2 sdb gula castor
2 gm yis kering
(Larutkan yis & gula ke dalam air suam sehingga berbuih. Anggaran masa: 10 minit)

B
250 gm tepung roti high flour
30gm tepung gandum
2 sdb susu tepung (guna susu anak pun tak apa)
2 gm garam halus
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt bread improver
1/8 sdt bread softener

C
50 gm minyak jagung
65 gm yogurt asli suhu bilik(taknak letak pun tak apa)

Cara Menguli
1. Masukkan  semua bahan B ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air suam (yis yang sudah berbuih tadi) & yogurt dalam mangkuk tepung. Mula uli.
3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Untuk dapatkan doh yang lembut, uli 30 minit dengan tangan. Kalau guna mixer, uli 20-25 minit.
5. Doh ini melekit. Tangan haru disapu dengan minyak sebelum buat bentuk bulat pada doh.
6. Untuk dapatkan bentuk bulat yang sekata, sebelum membentuk, setiap doh harus ditimbang & mempunyai berat 30g.
7. Doh yang bulat diletak di dalam loyang yang disapu dengan minyak/butter atau dialas dengan kertas minyak Gred A.
8. Doh dibiarkan naik dua kali ganda (30-45 minit)

Cara Buat Roti Ban KFC
Doh yang dah naik dua kali ganda

9. Sapukan kuning telur yang dicampur dengan susu di atas doh.
10. Bakar selama 25-30 minit (depends pada oven) atau hingga warna seperti di bawah.

Cara Buat Roti Ban KFC
Baru jea keluar dari oven, dah kena ngap..Tinggal separuh loyang jea.


Roti ban boleh dimakan sama seperti loaf bread. Kalau dah pandai buat roti sendiri, lepas ni tak perlu lagi beli roti gardenia untuk breakfast. Bankrupt la Gardenia lepas ni.ahaks. Itu kalau rajinla. Kalau tak rajin, beli roti Gardenia jawapannya. heheh.


Share this:

,

CONVERSATION

3 comments: