Abah frust menonggeng dengan Restoran Aroma Ikan Bakar

 

Kalau nak makan ikan bakar dengan Abah, kena pergi kedai makan yang abah suka. Setiap tempat ikan bakar, dah ada kedai makan tersendiri yang abah suka pergi. Dah tahu kedai mana yang masakannya yang sedap & kena dengan seleranya. Kalau Jeram, Kuala Selangor, di Restoran Aroma Ikan Bakar. Di Bagan Lalang, suka makan di Senandung Malam. Di Perlis & Melaka pun ada juga. Just tak ingat nama kedainya.



Tengah pilih seafood

Untuk celebrate Farid's graduation & October babies birthday, Gediks Family pilih untuk makan malam di Restoran Aroma Ikan Bakar. Kami order Jenahak masak tiga rasa, jenahak bakar, sotong goreng tepung, udang goreng tepung & cencaru bakar. Bila dah dapat semua makanan, mak & abah terus komen yang masakan tiga rasa tak sama seperti sebelum ni.  Kalau sebelum ni, kuah masakan tiga rasa disediakan sendiri. So, adala serai, tomato, daun limau purut & other stuff. Yang kali ni, just kuah semata-mata. Kuahnya just mengunakan sos thai sahaja. Rasanya of coursela lain. Tak sesedap seperti sebelum ni.  Apalagi mak & abah frust menonggengla (especially abahla, tapi still tak boleh lawan frust menonggeng abah lepas tengok Shah Rukh Khan mati dalam cerita Dil Se..haha). Yang tak tahannnya punyala Mak & Abah sacrifice diaorang punya diet, diaorang punya kolesterol, semata-mata, nak makan ikan bakar yang very rich with oil & other unhealthy stuff. Bila dah sacrifice, dapat yang tak sedap pulak. Tersangatla kecewala mereka berdua. Inila jadi bila dah die hardcore fan of ikan bakar. Bila ada kelainan sedikit pada cara masakan di kedai favourite nya, terus dapat detect. Tapi. masakan goreng tepung & bakar-bakar still mantain sedap & tiptop.
Sotong goreng tepung, udang goreng tepung, jenahak bakar, jenahak tiga rasa, telur dadar & cencaru bakar. Ketam macam biasa memang tak akan order.
Makan dulu
Dak zafran dah lapar tu..
Lepas makan, jenjalan tepi pantai. Kononnya nak burn balik lemak yang baru sahaja ternak tadi. Padahal duk godam lagi ice cream goreng.

Suka bebenor ambik gambar candid Dak Zafran ni
Belakang tu ada gazebo. Nak makan di situ, kena bayar RM10-RM20(ikut saiz)

Lepas ni, tak tahula, abah & mak nak makan lagi ke tak di Aroma Ikan Bakar. Kalau nak makan lagi di Jeram, kemungkinan besar akan makan di kedai yang bersebelahan dengan Aroma Ikan Bakar. Tak pun makan di Bagan Lalang(Sepang). Begitula cerita kekecewaan abah terhadap masakan Aroma Ikan Bakar. Haha..

Share this:

, ,

CONVERSATION

3 comments:

  1. Eh jeram lah. Hehehe dekat je dengan rumah :D
    Dekat tapi baru penah sekali je makan kat sini hahaha
    Sebab selalu makan tempat lagi satu, apa tah nama nya dekat2 situ jugak

    ReplyDelete
  2. Yummy yummy Ikan Bakar,Udang and Sotong, nice place/restaurant.....will surely gonna go there soon...

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. nk2 mkn ramai2 dgn keluarga... salam singgah n follow kembali...

    ReplyDelete