Homemade Kek Batik With Only Marie Biscuit & THREE Simple Ingredients

Yes, tiga sahaja. Sedikit sahaja kan bahan nak buat kek batik ni. Tiga bahan ini pulak adalah bahan yang simple & wajib ada di dapur.  Apakah tiga bahan itu? Bahan-bahan yang diperlukan untuk kek batik adalah marjerin, serbuk milo & susu pekat.

Cara nak buat kek batik pun senang jugak. Cara-caranya adalah:


1. Cairkan 1/2 Cup Marjerin(kalau nak canggih lagi guna butter) di dalam kuali mengunakan api       yang kecil.

2. Setelah cair, masukkan 1/2 Cup susu pekat. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah sebati, msukkan 1 Cup serbuk milo. Kalau nak warna lebih pekat tambah 3-4 sudu serbuk coklat masakan. Serbuk coklat masakan just optional sahaja. Kacau sehingga sebati.
4. Setelah pekat, masukkan 1/2 paket  biskut marie.(Lebihkan jika perlu). Kacau rata.
5. Masukkan ke dalam bekas yang disapu dengan marjerin. Mampatkan masa tengah panas-panas.
6. Masukkan ke dalam freezer selama 5-10 minit.


Homemade Kek Batik With Only Marie Biscuit & THREE Simple Ingredients

Mudah sahaja kan nak buat kek ni. Recipe ini sangat sesuai kalau nak prepare dessert untuk berbuka puasa jika lepas balik kerja. Maklumla bagi yang bekerja, masa sangat terhad untuk menyediakan juadah berbuka. Dengan nak masak nasi & lauk-pauk lagi. So, sesiapa nak prepare dessert untuk berbuka puasa tetapi ada kekangan masa, buatlah  kek batik yang senang ini.

Share this:

,

CONVERSATION

6 comments:

  1. Wow, tiga bahan je!
    Kalau saya tambah serbuk koko dan jugak susu. :)

    ReplyDelete
  2. cik en buat slalu x jadi.. telebih coklat la, terlebih biskut marie la.. hahaha.. tp ni mmg pebret cik en.. nyum2

    ReplyDelete
  3. hehe..try recipe ni..tengok boleh jadi ke tak.. kalau biskut marie, try dulu letak setengah packet.. Kalau still nampak cairan coklat berlebihan, tambah biskut marie sedikit-sedikit sampai sebati. @Eintan Nurfuzie

    ReplyDelete
  4. wow senang je rupanya. kene try buat ni time lapang

    ReplyDelete