Pemasangan Smoke Alarm Di Kediaman Mampu Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang


Tahun ini, company saya telah organize Fire Prevention Awareness Program buat kali keduanya. Yang pertama pada tahun 2013.  Penceramah dari Fire Prevention Centre yang telah dijemput untuk memberi talk untuk kedua-dua tahun. FPC adalah satu organisasi bebas yang ingin memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya keselamatan kebakaran di kediaman.


Talk ini of coursela at the end akan promote produk-produk keselamatan kebakaran selepas dah tunjuk punca-punca kebakaran & gambar & video mangsa nahas kebakaran. Produknya seperti smoke alarm, fire extinguisher,  gas detector & etc. Tapi penceramah FPC tak paksa pun beli produk-produk mereka. Masa FPC beri talk yang first, saya berminat untuk beli satu unit fire extinguisher & satu unit smoke alarm untuk kediaman saya. Tapi, saya batalkan niat beli dari FPC  time tu sebab nak compare harga yang dijual di kedai. Mana tahu jumpa yang lebih murah. Selepas dua tahun & FPC datang lagi untuk memberi talk buat kali kedua, saya still tak beli sebab  tak jumpa pun dijual di mana-mana kedai. Maknanya fire safety equipments memang susah nak jumpa di kedai-kedai biasa. So, time talk kedua ni saya terus beli dengan FPC without hesitation.

Plan asal nak beli fire extinguisher & smoke alarm. Tanya pendapat Kimchi, cakap macam tak perlu beli produk-produk ni. Fire extinguisher dah ada dalam keretanya. Just bawak keluar & simpan dalam rumah. Smoke alarm pula katanya macam tak ada function. Kalau ada kebakaran still tak dapat nak selamatkan rumah. Yang boleh selamatkan rumah, smoke detector yang build in sekali dengan pancutan air. Pancutan air memang tak dapatla nak pasang. Berapa pulak nak kena spend. Even office pun tak semua yang ada pancutan air. Smoke detector memang tak boleh menyelamatkan rumah, tapi sebenarnya mampu menyelamatkan yang lebih penting dari rumah iaitu nyawa insan yang tersayang.  Smoke alarm kalau detect asap hitam terus mengeluarkan bunyi yang sangat kuat walaupun dari api yang kecil. Bunyi alarm yang kuat juga boleh mengejutkan kita dari tidur. Bila dah ada bunyi kuat, at least kita boleh menyelamatkan diri & keluarga dahulu, lepas itu baru cuba menyelamatkan rumah sama ada dengan sendiri ataupun dengan pertolongan orang ramai atau bomba. Kimchi just setuju sahaja dengan niat saya. Maybe dia ingat saya terpengaruh dengan marketing strategy FPC kot. Of coursela tak. Macam saya cakapla, FPC tak paksa beli & saya memang plan nak beli smoke alarm ni sejak dua tahun lepas lagi.

Cara pemasangan smoke alarm sebaik-baiknya satu floor ada satu detector. So, rumah saya double storey sepatutnya kena ada dua. Tapi ongkos tak berapa nak ada, beli satu dahulu. Kalau ada satu sahaja, kena install di antara main switch & dapur. Kalau rumah saya, saya install di ceiling. di hadapan tangga.




Saya betul-betul taknak menangguhkan lagi memasang smoke alarm di kediaman saya selepas mendengar berita kematian dua beradik yang rentung dalam nahas kebakaran rumah mereka. Ayahnya cuba menyelamatkan anak-anaknya tapi pengsan selepas hidu asap kebakaran. Tapi ayahnya sempat diselamatkan oleh orang ramai. Anak-anaknya tak sempat diselamatkan sebab berada di dalam bilik & pintu terkunci dari dalam. Asap juga terlalu tebal.

So, saya berharap dengan pemasangan smoke alarm di kediaman saya mampu menyelamatkan nyawa saya & keluarga saya jika berlaku kebakaran. Kita kena usaha menyediakan keselamatan yang terbaik untuk keluarga kita. Kalau boleh invest untuk keselamatan diri dari luar seperti pemasangan grill, tak akan tak boleh invest sedikit untuk keselamatan diri dari kemalangan yang boleh berlaku dalam rumah. Saya tahu setiap kejadian yang berlaku semuanya ketentuan dari Allah S.W.T.  Tapi Allah S.W.T juga menyuruh kita untuk sentiasa berusaha melakukan terbaik di setiap apa yang kita lakukan. Lepas berusaha, barulah boleh serah semuanya kepada Allah S.W.T. 

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment