Birthday Pool Party & BBQ At Ale's House..

Pool party gitew…dengar macam high class party sangat kan..ahaks..memang ada pun swimming pool. Tapi paddling  pool yang sesuai untuk budak-budak mandi ajela. Mak Pak tak boleh join. Mau ranap pool ni kalau mak pak duk mandi sekali. Just duk monitor budak-budak mandi sambil berbbq.  Seronok budak-budak mandi air. Dak Zafran sampai melalakla bila suruh stop mandi & keluarkan dari pool.

Time BBQ, ada potong cake untuk celebrate birthday Ale & Dak Zayyan. Pak & Anak lelaki sama-sama lahir pada bulan December.

Sambil makan juga, Kimchi & Alim tolong buat kerja pertukangan. Pasang apa yang patut macam shelves, pipe repair & etc sebab Ale & Kak Ida baru jea pindah masuk rumah ni. 


Kimchi tolong buat kerja pertukangan..Biasala baru pindah rumah. Banyak benda nak kena pasang.

Luas jugak rumah baru Ale & Kak Ida

 Nampak tak satu group ber 'pool' party di situ..Mak-mak buat preparation untuk birthday party.

Tak join pool party pung, baju saya kena gak tempias.huhu..

Seronokla yea.

Sesi potong cake pak & anak

Selfiee..kabur aiii

BBQ


Our simple meal tapi sedap & mengenyangkan. Ada cakes, chocolate, coleslaw, corn & BBQ chicken & hotdog. Chicken, corn & hotdog tak ada dalam gambar sebab belum siap lagi.

Ready untuk makan

orang kuat BBQ

tengah bakar ayam, jagung & hotdog

Dak Zayyan dapat hadiah backpack dari nanny

Dak Zafran pun dapat jugak. Stail nanny diaorang macamtu. Yang tak birthday pun akan dapat jugak.  

Kalau nak buat aktiviti BBQ lagi, boleh datang rumah Ale & Kak Ida. Rumah diaorang adalah conner lot, yang sangat sesuai nak buat aktiviti outdoor, macam BBQ, camping & etc...Anyway, to Ale & Dak Zayyan, Happy Belated Birthday. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. wah... meriah dpt sambut hari lahir sesama yer anak n ayah.... anak2 pesta pool seronok sgt la yer... :)

    ReplyDelete
  2. salam singgah dari blog kak mia.
    semoga dipermudah Allah urusan kita pada tahun ini, Aamiin.

    -cahayakehalusankelembutan.blogspot.my-

    ReplyDelete