Majlis Persalinan Yang Semakin Ketinggalan Zaman Tetapi Tidak Bagi Saya....


Majlis Persalinan adalah majlis di mana pengantin(especially pengantin perempun) akan mengenakan pelbagai jenis baju tradisional dari pelbagai jenis budaya di dalam & juga luar negara. Budaya dari dalam negara adalah seperti mengenakan baju Kadazan, Iban, sari, cheong sam & etc. Di luar Negara pula adalah seperti mengenakan Kimono dari Jepun, Puteri Balqis dari Arab(rasanya) & etc. Majlis persalinan bertujuan untuk bergambar supaya pengantin ada simpanan untuk kenang-kenangan. Then, time kahwin pengantin kan tengah naik seri. Cantikla bila bergambar-gambar time ni. Tapi ini just untuk peribadi ajela. Niat untuk tunjuk-menunjuk, riak & so on depends kepada diri masing-masing.



Baju Tradisional Makyong


With Mak & Sista

Tapi perkahwinan zaman sekarang especially start dari tahun 2010 ke atas, mostly ramai yang dah tak  buat majlis persalinan. Time saya kahwin pada tahun 2013, rasanya wedding saya seorang jea yang ada majlis persalinan.  Maybe adat persalinan baju sudah dikira agak ketinggalan zaman. Apa yang jadi trend untuk wedding zaman sekarang adalah photobooth, dessert buffet with chocolate fountain, pre-wedding photoshoot & etc. Setiap satu ni nak kena spend lebih RM1000. So, bila dah banyak spend, tak ingin dahla nak spend untuk majlis persalinan. Kos majlis persalinan dianggarkan Rm250/baju(include make-up tersendiri). Satu lagi, pengantin nak kena spend masa yang agak lama untuk majlis ni. Disebabkan kos yang tinggi & nak kena luangkan masa yang agak lama, bride to be zaman sekarang tidak lagi memilih majlis persalinan untuk add on ke dalam wedding mereka.


With Saudara

Walaupun pada zaman saya kahwin majlis persalinan sudah dianggap tidak lagi popular, tapi tidak bagi saya. Salah satu reasonnya, saya membesar ketika makchik-makchik & sepupu-sepupu saya kahwin. Mereka semua ada buat majlis persalinan. Bila tengok semuanya mengenakan pelbagai jenis baju, saya pun aim saya akan buat benda yang sama juga untuk wedding saya. Teringin nak merasa mengenakan baju tradisional dari pelbagai budaya. Time wedding la nak buat. Pakai time lain orang kata buang tabiat pulak. Reason yang kedua, untuk merealisasikan impian mak. Mak & abah dulu kahwin time belajar di oversea(USA) yang just ada akad nikah sahaja.  Tak ada yang lain. Yeala, Mak & Abah sama-sama student kan, mana ada duit nak spend lebih-lebih. Just spend untuk yang wajib sahajala. So, mak nak tengoklah kesemuanya time saya kahwin  sebab mak tak merasa semua tu. Tu yang saya buat jugak majlis persalinan walaupun time saya kahwin dah anggap ketinggalan zaman.

Persalinan Puteri Cina

Sista N Bridesmaid a.k.a induk

Saya buat majlis ini selepas akad nikah. Akad nikah pada pukul 3pm, hari Sabtu. Dalam pukul 4pm, start majlis persalinan baju saya. Saya mengenakan baju tradisional  Puteri China, makyong & puteri balqis. Just ambil tiga sahaja sebab Mak Andam pun tak larat nak make up banyak kali. Setiap baju tradisional akan dikenakan touch up yang berlainan. Bukanlah guna make up yang sama dari akad nikah sampai habis persalinan baju.
Satu lagi nak kena spend on photographer. Photographer charge lain untuk Majlis Persalinan walaupun buat hari yang sama dengan akad nikah. Kos yang dikenakan about RM450/session. Ini pun salah satu reason kenapa orang zaman sekarang dah tak nak buat majlis ni. Bukan setakat nak bayar kat mak andam(untuk sewa baju & make-up), photographer pun nak kena bayar jugak. Zaman 90’s ke bawah dulu, rasanya tak adalah nak kena bayar sebanyak ni untuk sewa baju persalinan & etc. Zaman sekarang jea semua benda nak mahal..Ini semua salah....(uitt jangan terasa..haha)


Adakah saya menyesal buat Majlis Persalinan yang nak kena spend banyak duit ni. Definitely not. Time majlis persalinan saya, most of saudara perempuan termasuk arwah mek quite having fun sebab mereka pun join bergambar sekali dengan saya. Siap ada gambar mereka lagi ada dalam album perkahwinan saya. Saudara lelaki especially CMC tak  ada time tu sebab semua pergi main futsal.  Sekarang pun bila tengok gambar di dalam album rasa seronok jea. Just tertanya-tanya, untuk generasi akan datang akan ada lagi ke idok Majlis Persalinan ni. Ke dioarang pun langsung tak kenal dah apa benda Majlis Persalinan ni. Kita tunggu ajeala.


Last adalah Puteri Balqis



Share this:

,

CONVERSATION

9 comments:

  1. Masa SA kawen dulu...buat tukar2 persalinan ni...hahaha..kelakar..next kalau ada jodoh lagi..x mo la ..maluuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau posing depan tetamu,saya pun malu..tapi ni just dengan saudara-mara..kuranglah segan ckit..hik hik..

      Delete
  2. Wahhh, santekkk!!!

    Saya dulu pun buat juga camni tapi sehari sebelum majlis. Yang nengoknya adik beradik, sedara dan best friend jer...sakan posing...kikiki

    ReplyDelete