Pre Ramadhan Iftar At Tree Steak House, Sungai Buloh.

Pre Ramadhan Iftar tu diberi untuk tajuk post ni. Maksudnya apa tu. Adakah melatih diri untuk puasa & berbuka sebelum kedatangan bulan Ramdhan. Saya pun tak tahu. Sebab saya reka jea terms Pre Ramadhan Iftar ni.  Entah wujud ke tak terms ni. hehe. Pergi berbuka di Tree Steak House sebab saya tak larat nak memasak untuk berbuka. Alamak kantoi pulak tak habis ganti puasa. Maklumlah dua tahun lepas tak boleh puasa sebulan sebab baru lepas bersalin. Campur lagi tahun lepas punya. Tapi harini balance nak ganti dah tinggal sehari jea..woohoo. Gigih Mak Zafran berpuasa.

Saya jarang berbuka di luar kalau berpuasa time kerja. Prefer memasak jea.Tapi haritu rasa malas tak memasak. Mood tak berapa baik & Kimchi pun offer nak belanja. Saya terus suggest makan di Tree Steak House, Sungai Buloh. Tahu tempat ni lepas dengar Lina cerita makan di situ. Dia komen portion makanan di situ agak banyak. Sesuai sangatlah nak makan untuk berbuka.



Ajak Dak Zafran selfie, ginila hasilnya.


Saya order Meranti Steak while Kimchi order Cactus Lamp Chop. Daging lamb & steak, dua-duanya agak tender. Sayur & fries rasanya ok. Tapi rasa salah satu sosnya(bbq rasanya) agak pedas. Bagi saya macam tak sesuai kalau steak & lamb chop, dimakan dengan sos yang pedas. Saya pulak jenis tak tahan pedas. Macam dah tak berapa nak enjoy makan steak bila makan kena menahan pedas.

Cactus Lamp Chop(grilled lamb with brown & bbq sauce)

Meranti Steak(beef with brown sauce & bbq sauce)

Muka lapor
Ni lawak. Atas gambar skima. Bila suruh Dak Zafran posing, jadila gambar bawah. Saya terus tak boleh tahan gelak.

Next time kalau nak makan di sini lagi, saya akan request untuk letak sos yang tak pedas bersama meal saya supaya kena dengan selera saya. Mesti akan datang lagi punya, makan di situ. Sebabnya first semua rasa dagingnya agak lembut. Tak liat sangat. Second harganya not bad. Second halal toyyiban. Pemiliknya orang Islam kan. Satu lagi nak comment, kalau Tree Steak House boleh improve on cleanliness especially floor, mesti dah boleh sama taraf dengan Chilies atau Tony Romas.

Share this:

, ,

CONVERSATION

1 comments:

  1. wah..untungla.. mkn steak untuk pre ramadhan

    ReplyDelete