Sea Sightseeing at Lumut Waterfront, Perak

Dari Swiss Garden, pergi ke Teluk Senangin dahulu. Tak pernah sampai Teluk Senangin. Dah sampai sana, hujan turun pulak. Tak dapatlah nak bergambar di pantai. Tengok dari dalam kereta ajela. Teluk Senangin ni hampir nak komersial macam Teluk Batik. . Semua basic facilities ada seperti surau, masjid, bilik mandi, toilet, anjung, kedai makan & nak naik banana boat pun ada. Just kawasannya kecil sedikit & banyak projek yang terbengkalai.


Pintu Gerbang Teluk Senangin

Dari Teluk Senangin, gerak ke Lumut. Dah sampai Manjung, hujan still tak berhenti lagi. So, pergi berjalan-jalan dalam Aeon Manjung. Bila hujan dah berhenti & gerak ke Lumut, Dak Zafran tidur pulak. So, tunggu dalam kereta di Lumut Waterfront sampai Dak Zafran bangun dari tidur.
Dak Zafran bangun, terus bergambar di Waterfront.

 
Landmark Lumut.


Cubaan Dak Zafran untuk posing manja


Lumut Waterfront




Permandangan laut


Di jeti yang tak ada feri


Dak Zafran cari ikan tapi tak jumpa
Depan tu Pulau Pangkor.


Ajar Dak Zafran jenis hidupan laut. Ukiran batu pun jadila..

 
Berangin jea kat waterfront ni


 
Redup pulak tu


Feri untuk ke Pulau Pangkor



my two annoying sengal boys.


Lumut Town.


Replika sauh


Kalau cuti sekolah, jalan ni jem tahap maksim.

Dah penat berjalan, masa untuk isi perut pulak.

Dah bergambar di Waterfront, makan di foodcourt sambil berlatarbelakang Muzium Kapal Perang KD Rahmat. Nak masuk muzium tu kena bayar RM12/adult & RM7/children. Kalau nak overnight dalam kapal pun boleh.Bayarannya RM50/night. Siap boleh stay dalam kapal perang tu. Tapi kitaorang tak masuk pun muzium tu. Sebab dah penat & dah lewat. Next time ajela pergi muzium ni.




Layan ABC & nasi goreng.


Berlatarbelakangkan Kapal Perang KD Rahmat.Dulu-dulu. Sekarang dah jadi muzium.


Cubaan untuk posing.


Bila dah posing comel, mama pulak tak ready sebab sibuk bagi makanan kat kucing.


Ni mama ready, Dak Zafran pulak tak ready. Ke posing konon-konon candid.


Dua-dua ready tapi Dak Zafran keras pulak. 
KD Rahmat.

Dak Zafran with his new boboi boy watch

Tapau jugak 2 bungkus nasi goreng untuk dinner jugak sebab tahu di Swiss Garden tak ada kedai makan yang berdekatan. Nak order yang Swiss Garden punya, nasi gorengnya RM35/plate. No, thanks la gamaknya.

Dah habis makan, terus balik Swiss Garden & ready untuk bawak Dak Zafran mandi di swimming pool.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment