Tak Dapat Makan Mango Cheese Cake Di Segamat Rel (Aeon Mall Shah Alam), Makan Lontong Pun Jadilah..

Tengah pilih dessert ni
 
Masa nak cari tempat lunch di Aeon  Mall, Shah Alam, saya & Hawa pilih untuk makan di Segamat Rel. Tak pernah makan di situ kan. Sajela nak try di restaurant yang tak pernah pergi. Mula-mula ingat nak makan di Boat Noddle. Tapi nak kena beratur panjang pulak. Tak tahu apa yang special dengan Boat Noddle. Makan mee jea pun. Tu pun salah satu reason kenapa kitaorang teragak-agak nak makan di situ. Sebab ada mee jea. Takut tak kenyang kalau lunch setakat mee jea. So, batalkan niat nak makan di Boat Noddle & pergi ke kedai sebelah Boat Noddle iaitu Segamat Rel.


Mee kari

Makanan yang ada di Segamat Rel semuanya makanan tempatan. Tak ada western. Nama kedai pun Segamat kan. Tapi ada pelbagai dessert yang best. Macam-macam jenis kek ada. Ada durian crepe, variety of cakes, abc & banyak lagi. Sebab nak order dessert, saya & Hawa just order air biasa untuk minuman. Then order main meal. Saya order Lontong & Chocolate Cake while Hawa order Mee Kari & Mango Cheese Cake. Ceh dua-dua tak order nasi jugak pun. Yea-yea cakap tak kenyang makan di Boat Noodle sebab mee jea. Last-last di Segamat Rel pun tak order nasi. Yeala, dah kitaorang dua-dua ada order cake. Boleh mengenyangkanlah kot.hehe. Actually nasi yang ada di situ tak berapa nak menarik minat kitaorang.

Lontong
 
Lepas waitress dah ambik order, tiba-tiba datang balik kat kitaorang & bagitau yang cake yang kitaorang order tak ada. Then, dia cakap lagi, desserts yang ada dalam menu hampir semua tak ada.Yang ada just Red Velvet & Black Velvet. Taknakla saya order cake Red Velvet sebab bagi saya satu tempat jea yang boleh buat Red Velvet sedap iaitu Drasani. Tempat lain termasuklah Secret recipe tak sedap. Tak ada cake yang kitorang nak, cancel order cake.  Tinggallah main meal (yang tak berapa nak main meal) dengan air kosong jea.haha. Dah macam makan untuk breakfast pulak setakat makan lontong while Hawa makan Mee Kari. Huhu. Baru jea nak merasa Mango Cheese Cake. Tak pernah makan Mango Cheese Cake. Sedih tak..haha.


Muka pasrah tak dapat makan cake. 


For makanan, rasa lontong, okla. Just tak suka sotong kering rebus yang ada dalam lontong. Rasa macam hanyir. Mee kari pulak Hawa komen kuahnya not bad. Nasib baik rasa not bad. Terubat sedikit rasa kecewa tak dapat makan Mango Cheese Cake. ahaks. Dah habis makan beli drinks di Chatime. Dah tadi order air kosong jea. Cake pulak tak ada. Kenalah beli drinks sedap sedikit. 

Begitulah ajeala alkisahnya makan di Segamat Rel. Hopefully kalau makan di Segamat Rel lagi, adalah semua desserts seperti yang tertera dalam menu. . Sekian.

Share this:

, ,

CONVERSATION

5 comments:

  1. nak cubalah nanti, huhu

    done follow, salam perkenalan, jemput singgah dan follow me back :)

    http://neezaohneeza.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. WoW! Bestnye...
    Nak try jugak lah nanti.. Nak ajak En Hubby

    ReplyDelete