Enjoyed Holiday At Bukit Merah Laketown Waterpark With Northern Citizen Discount Rate



Bulan September ni, ada promosi tiket untuk Bukit Merah Laketown Waterpark. Harga tiket cuma RM20/person, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Kalau harga asal dewasa Rm38, while kanak-kanak RM22. Maknanya dengan promosi ini, dapat jimatkan RM18 peradult, RM2 perchildren. Promosi ni sah sehingga 30 September sahaja. Kitaorang apalagi, memang tak lepaskanlah peluang pergi ke BML Waterpark walaupun nak pergi time Raya Haji. Raya Haji pun tak ada buat apa. Korban pun tak buat. Dah kat rumah tak ada apa-apa aktiviti, baik bawak budak-budak pergi berseronok.

Kid’s adventure river

Tapi promosi ni just untuk orang utara sahaja. Kenalah ada IC yang beralamat negeri utara sahaja iaitu Kedah, Perlis, Perak & Pulau Pinang. Satu IC pulak just boleh guna untuk beli 5 tiket sahaja. Luckily, IC Kimchi masih lagi alamat Perak. Kalau enal dah alamat Selangor dah. So, gunalah IC Kimchi untuk beli tiket untuk saya, Kimchi, Enal, Alim & Dak Zara. Dak Qisya terlepas dari kena beli tiket walaupun ketinggian dah lebih daripada 90cm iaitu had ketinggian maksimum  yang dibolehkan untuk mendapat kemasukan percuma. Dapat nego  untuk masuk free sebab lepas sedikit sahaja dari 90cm. Dak Imaan pulak sama tinggi Qisya, so free jugak. Dak Zafran of coursela free sebab baru 2 tahun. Kanak-kanak yang berumur lebih 3 tahun yang  kena beli tiket.  

Belakang tu slide.

Dekat kaunter lagi dah diberitahu yang semua yang best macam boomerang, body slides & etc under maintenance. No wonderla waterpark ada promosi. Semuanya yang extreme tak boleh dimain. Tak apala, main purpose pergi ke waterpark, nak bawak budak-budak main air. Kalau mak pak sibuk nak main semua tu, siapa pulak nak jaga budak-budak. Nak main benda tu, nak kena sewa pelampung lagi. Jenuh pulak nak bawak pelampung yang besar gedabak & at the same time nak jaga budak. So, tak kisah pun tak dapat main semua best tu.

Stail Dak Zafran main gelongsor. Panjat kat papan gelongsor dahulu


Taknak bergambar


Sandy beachfront wave pool

Okla tangan pegang lori, bukan gadget..

Budak-budak memang having fun la pergi waterpark ni. Nama pun main air. Mula-mula mandi-manda di Kid’s adventure river. Ada pelbagai jenis kid’s slide di situ. Then, main air di Perak mining pulak. Last sekali, mandi di Sandy beachfront wave pool. Kat sini ada man-made wave. Pukulan ombak sangat kuat & laju. Kalau kanak-kanak memang kena ada mak pak berada berhampiran dengan mereka.  Sebab takut tenggelam & lemas bila kena pukulan ombak. Tapi ramai jea lifeguard yang ada duk jaga kat situ.



Tak nampak lagi budak-budak ni kepenatan

Tiga dara cilik bergambar dengan patung kura-kura

Dah start ada ombak..Budak-budak takut, duduk kat tepi jea.



Nampak tue pukulan ombak yang kuat



Yang ada anak kecil semua keluar dari tempat ni sebab tak sanggup nak hadap ombak yang kuat.

Dak Zafran pun takut gak. So just main air dalam pool ni jea.




Pool ni tempat yang last mandi-mandi. Then, bersiap untuk balik.

Decide untuk stop mandi-manda pada pukul 5pm. Kena keluar pada pukul 5:45pm. Taknak bersiap last minute sebab kitaorang taknak berebut shower untuk mandi. Bersiap lebih awal, toilet kurang sesak sedikit.

First attempt buat lompatan: tak jadi.


Second attempt: Tak jadi jugak..

Hope BML Waterpark buat promo tiket lagi murah dari yang ni supaya boleh pergi lagi. Kalau sama macam sekarang ataupun naik ke normal price balik, memang tak pergilah. Try main air kat tempat lainlah pulak seperti Tambun.  Apapun, Bukit Merah Laketown Waterpark memang best untuk budak-budak. Walaupun yang extreme banyak yang tutup, tapi kitaorang tak kisah pun. Sebab bila ada budak-budak, dah tak terfikir nak main semua benda tu. Lagi seronok melayan budak-budak main air.

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. lama tak ke sini.. ada diskaun ni memang masa yang sesuai laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuela..banyak pulak diskaunnya. cepat2 pergi ke waterpark sebab promo ni sampai hujung bulan September jea.

      Delete