Hajah Suppiah Family Day At Sunset View Holiday Apartment, The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson.

Permandangan laut dari balkoni apartment.

Selepas Hari Malaysia, pergi bercuti di Port Dickson dengan Hajah Suppiah’s clan. Menginap di Rumah Peranginan Persekutuan. First time bercuti dengan Hajah Suppiah’s clan. Hajah Suppiah’clan adalah Kimchi’s paternal side relatives. Sebelum ni selalu bercuti dengan keluarga Kimchi sahaja. This vacation was planned by Enal. Plan asal sebenarnya nak bercuti among keluarga adik-beradik Kimchi, Mohd Noor's clan. Tapi atas sebab-sebab tertentu, bertukar menjadi Hajah Suppiah’s vacation. Wakil daripada Mohd Noor's, just Enal & Kimchi sahaja yang able to join.



Dak Zafran dah ready nak main air

Rumah Peranginan persekutuan ni hanya boleh ditempah oleh penjawat sahaja. Sebab tu Enal yang book & also belanja too. Thanks, Enal.hehe. Actually rumah persekutuan ni bukanlah rumah penginapan yang dibuat khas untuk penjawat-penjawat awam bercuti. Sebenarnya sama jugak seperti hotel-hotel yang lain tapi ada reserve a number of rooms for government servant to book & stay . Hotel ni namanya The Regency Tanjung Tuan Beach Resort & reserved rooms untuk penjawat awam yang baru dipanggil rumah penginapan persekutuan.   Hotel ni betul-betul di tepi jalan utama. Kalau pergi PD, saya selalulah perasan hotel ni. Hotel ni memang nampak hebat sampai rasa macam tak akan dapat jea nak stay di situ. Tengok-tengok hotel ni termasuk dalam senarai Rumah Penginapan Persekutuan. Dapatlah merasa stay di hotel ni hehe. Lepas-lepas ni pun boleh jugak sebab boleh jugak guna nama Kimchi untuk booking. Rumah persekutuan sangat murah. Macam yang Enal book ni just bayar RM150/night untuk apartment ni. Kalau normal price dalam RM680/night.

Di dalam apartment

Bilik yang Enal book adalah 3 bedrooms apartment. Apartment ni memang luas. Siap ada dapur, 2 bilik air & balkoni. Balkoni betul-betul mengadap pantai & boleh tengok sunset. Tu part yang paling best. Bila apartment besar, tu sebab Enal ajak saudara-mara iaitu Nurul, Jimi, Man, Azie, Maklang, Cu & Maktih bagi memeriahkan lagi percutian ni & suasana di dalam apartment. Kalau setakat family Enal & Kimchi jea yang ada, mau dengar bunyi cengkerik sepanjang berada di dalam apartment tu. Hehe


Tengok ikan kat Fish pond ni pun dah buat Dak Zafran excited.

Saya sampai The Regency dalam pukul 5:30pm. Sampai lewat sebab tunggu Kimchi balik kerja. Diaorang yang lain sampai awal lagi. Saya sampai tu diorang dah nak keluar mandi pantai. Lepas letak beg, teruslah bersiap nak join diorang mandi pantai.Hotel ni ada private beach sendiri.  Dah kat private beach, air pantainya makkkkk ai,  tersangatlah kotor. Tapi bukanlah kotor dengan sampah-sarap. Kotor dengan daun-daun & ranting/kayu kering yang dihanyut dari mana entah.  Walaupun ni kotor yang datang dari nature tapi tetap rasa tak selesa nak mandi. Tak rasa selesa pun satu jam jugaklah mandi pantai. Layan Dak Zafran main air. Main air dengan pakai baby float pulak tue. Lagilah lama berendam dalam air pantai yang berombak-ombak. Nak dekat pukul  7pm, bertukar mandi di swimming pool pulak. Swimming pool pulak sangat crowded dengan orang yang menginap di situ. Nama pun pergi time cuti sekolah. Mestilah ramai yang bercuti di The Regency. Tapi Dak Zafran seronok jea berendam dalam swimming pool.  Dengan pakai baby float, lagi confident Dak Zafran main air sorang-sorang.


Alim & Akeem, Azie & Juna

Mula-mula Dak Zafran takut dengan ombak.
Lastly, layan berendam dalam pantai


Ada baby float, tak perlu dah mak pak berada dekat dengan Zafran.

Menikmati permandangan sunset





Aktiviti malam adalah masak-masak. Kitaorang tak makan malam kat luar. Prepare sendiri sahaja. Sebelum pergi pun, dah discuss siap-siap untuk pembahagian bahan-bahan & alat-alat. Macam Enal mainly bahan-bahan BBQ. Nurul pulak prepare alat BBQ, steamer & ikan kerapu untuk buat stim. Buat Kerapu Stim tu. Tapi semuanya tak pernah buat. So, nak buat just base on google sahaja. Maklang & Cu masak siap-siap siput sedut masak cili api & etc di rumah. Azie prepare bahan rojak. While me beli bahan-bahan sampingan likes jajan, drinks, cooking oil, washing liquid, eggs & bahan pencecah BBQ. Aktiviti BBQ di dalam apartment mengunakan Nurul punya electric grill.  Bukanlah bakar yang ada api & guna arang tu. Memang taklah nak membakar & berasap di tingkat 2 apartment. Mau berbunyi smoke detecter kat apartment tu. Kalau tak berbunyi pun, mesti kena complaint sebab boleh nampak asap hitam keluar dari balkoni apartment.


Zafran & dua pupu Zafran, Juna, dua-dua tak suka makan. Nak minum susu jea. Tapi Juna ok jea tak makan. Kalau dak Zafran, bila dah start rasa lapar akan meragam tak hengat. Tantrum is zafran's second middle name.Ahaks.


Steamed Ikan Kerapu preparation


Tengah jaga & cubaan tidurkan Dak Akeem.

BBQ


Dah selesai prepare, terus makan. Ikan kerapu stim rasa ok walaupun first time buat. Semua orang makan except Dak Zafran. Suapkan apapun taknak. Mulut taknak bukak. Just minum susu sahaja. Bila dah lapar mulalah semuanya tak kena. Sampai handphone pun dibalingnya. Terpaksalah keluar mencari makanan yang Zafran makan supaya kenyang iaitu roti krim. Sambil bagi Zafran makan, pergilah jalan-jalan di Teluk Kemang. Ada pesta kat situ. Ada nyanyi-nyanyi lagi. Macam konsert pun ada. Tapi tak kenal siapa penyanyi tu. Huhu.Selesai bagi Dak Zafran makan, baru balik.

Time tidur, disebabkan ada 4 couples & bilik ada 3 sahaja, so decide bahagikan perempuan tidur dalam bilik & lelaki tidur di ruang tamu. Nasib baik ada bawak 2 toto.

Tak dapat jugak nak tidurkan Dak Akeem.

Esoknya, plan nak jalan-jalan  di tepi pantai pada waktu pagi & mandi sekejap di swimming pool. Tapi hujan pulak. So, just melepak dalam apartment sahaja. Selepas breakfast, bersiap untuk check out.  


Girlss team berselfie. Kaum adam sibuk mengangkut barang masuk dalam kereta

Hajah Suppiah's clan

Cu, Maklang & Makteh

Percutian di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort memang best sebab ada banyak facility di situ  & apartmentnya mengadap laut. Dapat tengok sunset sambil merasai tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Just private beach sahaja sangat kotor. Tapi kalau kotor yang semulajadi maybe tak boleh buat apa. To Enal,  thanks for being Chief De mission of this vacation & also pay the accommodation. Semoga Enal dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Aaminn.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. rumah persekutuan mmg murah,best buat family ghadering mcm ni
    hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sis pun boleh book rumah persekutuan yea. My SIL bayar RM150 untuk 2bendrooms apartment..Tengok dekat website normal price RM680/night.memang jauh lebih murah rumah persekutuan ni.

      Delete