Ketahuilah Kaum Wanita, Ujian Pap Smear Adalah Mudah & Percuma. Lakukan Ujian Ini Demi Diri & Insan Tersayang.

Ya betul, ujian Pap Smear percuma sahaja. Jangan tangguhkan lagi untuk lakukan ujian Pap Smear kerana daripada ujian inilah kita dapat mengetahui tahap kesihatan serviks kita. Di manakah boleh menjalani ujian Pap Smear yang percuma ini? Pergi sahaja ke mana-mana Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan kediaman anda.  Kebanyakkan Klinik Kesihatan ada menjalankan ujian ini. Sebelum pergi ke klinik untuk menjalani ujian Pap Smear, dinasihatkan untuk hubungi klinik  tersebut untuk mengetahui prosedur klinik tersebut. Sesetengah klinik ada yang perlu membuat appointment terlebih dahulu. Ada juga klinik yang boleh walk in sahaja tapi pada hari tertentu sahaja. Macam saya Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan kediaman saya iaitu Saujana Utama, Sungai Buloh, hanya perlu walk in pada hari Jumaat untuk melakukan ujian ini.

Untuk menjalani ujian Pap Smear, prosedurnya sangat senang. Bila sudah berada di Klinik, buat pendaftaran dahulu. Selesai pendaftaran, tunggu nama dipanggil. Apabila nama sudah dipanggil & sudah berada di dalam bilik, ikut sahaja arahan nurse.  Untuk melakukan ujian ini, kita cuma tanggalkan seluar dalam & baring sahaja. Yang seterusnya, biar nurse/doctor yang lakukan kerja mereka. Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan speculum(mulut itik)  ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360°) untuk mengambil sedikit sel. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat. Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja. Senang sahajakan ujian ini.

Kenapa ujian Pap Smear sangat penting untuk para wanita. Ini adalah kerana ujian ini dapat mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. (Kanser serviks). Jika didapati keputusan ujian adalah luar biasa kena la buat rawatan susulan bagi mencegah kanser. Ujian ini perlu dilakukan sekali setahun. Ujian ini juga adalah untuk wanita yang sudah berkahwin atau dengan kata lain yang aktif & pernah dalam hubungan seksual sahaja.


My Pap Smear Test Report


Saya sudah melakukan ujian Pap Smear untuk tahun ini di Klinik Kesihatan Saujana Utama. Keputusan ujian ini juga sudah dapat. Lihat sahaja gambar Laporan Ujian Pap Smear. Alhamdulillah. Serviks saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Nurse di Klinik Kesihatan ini juga beritahu yang setiap sampel dihantar ke private lab supaya keputusan ujian cepat dikeluarkan berbanding jika dihantar ke makmal hospital kerajaan. Macam saya, sampel saya dihantar ke Quantum Diagnostics Sdn. Bhd. Jadi tak perlu tunggu lama untuk mengetahui keputusan ujian ini. Cuma kita sahaja kena rajin menghubungi Klinik untuk mengetahui samaada keputusan ujian sudah dikeluarkan ke belum. Selagi kita tak menghubungi Klinik, selagi itu kita tidak akan tahu keputusan ujian ini. Klinik Kesihatan memang tak akan menghubungi kita untuk memberitahu keputusan ujian kita. Satu lagi kita juga tidak boleh membawa balik laporan ujian Pap Smear. Kalau kita nak laporan ujian kita juga untuk keep record, yang kita boleh buat sama ada photostat laporan kita di kedai berdekatan & pulang balik laporan original, ataupun paling senang snap ajeala gambar laporan ujian Pap Smear macam saya buat.
  
Selain ujian pap smear, kita juga boleh request nurse untuk melakukan pemeriksaan payudara kita. Pemeriksaan ini sama seperti PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara) di mana nurse  akan melakukan dengan menekan-nekan di sekitar payudara.  Bila tangan dari bidang perubatan yang memeriksa akan tidak sama dengan yang sendiri periksa (PSP). Dia akan periksa dengan lebih details. Selepas nurse memeriksa payudara saya, Alhamdulillah tiada apa-apa ketulan.

Berurusan dengan Klinik Kesihatan (untuk make appointment, queuing, etc), nak kena rajin sedikit.  Biasalah nama pun Klinik Kerajaan. Ramai pesakit kan. Kena luangkan masa & tenaga sedikit. Satu lagi kena ambil cuti (sama ada half day atau time off) untuk melakukan ujian sebab boleh pergi pada waktu bekerja sahaja. Rasa macam leceh sedikitkan. Tapi bila difikirkan ujian ini tidak dikenakan bayaran & dapat mengesan tanda-tanda awal kanser pada rahim kita, segala yang kita usahakan supaya dapat buat ujian ini tersangatlah berbaloi.  Jadi, cepat-cepatlah jalanilah Ujian Pap Smear demi diri & juga insan tersayang. InsyaAllah dengan izin Allah SWT. 

Share this:

CONVERSATION

17 comments:

  1. lg stu pastikn yg pergi ujian pap smear tu org yg dh kahwin ya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the info. dah update dalam entri.

      Delete
    2. Dan yg pernah melakukan hubungan kelamin kan... Kalau x silap lah... Waallahualam....

      Delete
    3. Betul..thanks tambah info untuk saya. Dah update dalam entri jugak..

      Delete
  2. sy dah pernah buat sekali..tak sakit pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuela..tak sakit pun..lepas tu sekejap sahaja ujian ini dilakukan..

      Delete
  3. Good sharing... Cikla belum pernah buat. Kalau sblm ni, baru cadang cadahg nk buat, prgnt pulak.. Huhu... Tgklah lepas ni... InshaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa tunggu lepas bersalin. 6 bulan lepas bersalin kena buat pap smear.

      Delete
  4. thank for sharing info..hahah mencegah tu lebih baik dari mengubati kan hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, sis. Betul. Cegah sebelum terlambat..

      Delete
  5. malu kena tanggal seluar dalam depan nurse masa buat pap smear bulan lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time saya buat pap smear, saya tanggal di dalam toilet. Then pakai kain batik yang diberikan oleh nurse. Bila pap smear dijalankan, saya naikkan kaki (macam posisi sit up tu), then nurse selakkan kain batik untuk pengambilan sampel.

      Delete
    2. sebelum mengadap nurse prepare apa2 yang patut.trim bulu-bulu yang ada.malu nanti sebab nurse siap suluh lagi kat situ

      Delete
    3. jangan risau..nurse tak judgemental...mereka hanya melakukan tugas mereka tanpa fikir buruk terhadap kita.

      Delete
  6. Saya x buat. Beribu kali kena paksa oleh GeneralPractitioner (klinik) sy. Kat UK, mmg diwajibkan buat menda ni.... tapi dia tnya kita buat seks bebas ke x. sbb risikonya lebih tinggi. So kalau yg muslim dan x melakukan seks bebas dan masih virgin (x kawen lagi), boleh minta x nak buat dengan alasan nanti kat malaysia kna buat....hehehe. atau, kepada yg dah ambil suntikan pencegahan kanser serviks...yg RM400 tu, kdg2 offer 50% jadi RM200 tu. Hehehehe...punya la sanggup bg alasan sbb x nk buat.

    ReplyDelete
  7. Saya baru buat dua kali jea dan memang tak sakit pun...

    ReplyDelete
  8. tq atas perkongsiannya. berguna sangat for the future :)

    ReplyDelete