Gediks Family Splashing Moment In Majestic Gold Coast Morib International Resort: Day 1


Gediks Family tak pernah lagi main air dengan Dak Zafran di water theme park. Teringin nak main air dengan Dak Zafran, Tokli & Grandma decide nak bercuti satu gediks family di tempat percutian yang boleh main air. Tempat percutian ini jugak kena easily access ke kedai makan ikan bakar. Mula-mula mak & abah suggest nak bercuti di Tiara Beach Resort, PD. Tapi disebabkan saya & Kimchi baru jea bercuti di PD, so tukar ke area bagan lalang/morib. Ada tiga pilihan iaitu Avani, Sri Malaysia &  Gold Coast Morib International Resort(GCMIR). Pilih GCMIR instead of Avani & Sri Malaysia sebab Avani is too expensive & nak kena pakai proper swimming attire di swimming pool. While Sri Malaysia pulak just ada  swimming pool biasa sahaja. Kalau GCMIR siap ada outdoor water themepark. Walaupun baca GCMIR review di blog, kebanyakkan negative seperti bau busuk, breakfast tak sedap, ada hantu(mak aiiii) & etc , tapi bila fikir main purpose adalah nak bercuti & main air sama-sama, so taknak letaklah high expectation pada GCMIR. Tolak tepilah semua komen-komen negative termasuklah hantu tu. Fikir just nak having fun jea.

Mak & abah book 2rooms apartment di GCMIR. Booking di Agoda  dengan berharga RM542. Harga ini juga termasuk 4 tiket waterpark & breakfast for 4 persons. Gediks family ada 7 orang. So, lagi 3 orang kena tambah lagi.

Sampai GCMIR dalam pukul 5petang. Mula-mula parking kereta berdekatan dengan waterpark. Dah jalan sampai lobi, baru tahu blok yang menempatkan apartment sahaja agak jauh dari waterpark & lobi. Nak kena jalan lagi baru sampai apartment. Blok yang mengelilingi waterpark hanya ada standard rooms & studio room.  Kalau tahu apartment ni jauh dari waterpark, baik book 2 studio room sahaja. Harganya sama dengan satu 2 bedrooms apartment. Actually ada jea parking di hadapan apartment yang kitaorang stay. Ter parking jauh sebab biasalah first time sampai situ. 

2 bedrooms apartmentnya ada balkoni, 1 bathroom, living room, dry kitchen & 2 bedrooms. Living room nya tak besar mana. Balkoni pulak nampaklah pantai, cuma bukan betul-betul  mengadap depan-depan pantai jea. Room service nya bagus. Request iron & iron board, dalam 10 minit terus dapat.


2 rooms apartment

Dah sampai bilik, teruslah bersiap nak pergi main di waterpark. Duduk situ rugi lepak lama-lama di dalam bilik. Bila dah sampai di waterpark, sangat happening giler di situ. Dak Zafran memang excitedla main air. Dengan pakai kids floatnya.  Tokli & grandma pun join berendam dalam air. 

Pool ni untuk adult. Dalamnya dalam 4 kaki.

Ni slide yang kedua hebat yang ada di waterpark ni


Tokli & grandma dengan sporting join berendam dalam pool.

Tak perasan Dak Zafran dah hampir terlindung


Baju sedondon tue.

Rides & attraction yang ada di situ adalah spiral slide yang tinggi, yang hanya pakai proper swimming attire jea boleh main. Kalau lelaki nak main jugak slide walaupun tak pakai proper swimmimg suit masih dibenarkan untuk main dengan syarat kena bukak tshirt.  Ada rules ni katanya dikhutari tersekat-sekat jika memakai pakaian biasa ketika mengelunsur di slide. Yang paling takut terberhenti di pertengahan slide.   Tak dapat main slide yang ni, ada satu lagi slide macamtu jugak tapi rendah sedikit..  Slide ini tak banyak berpusing-pusing. Saya naik sekali jea. Bila main slide ni, slow giler mengelungsur sebab tersekat-sekat. Memang muka bosan tak boleh soraklah time mengelungsur di slide ni. Naik main slide macamni kena pakai pelampung baru dapat mengelungsur dengan laju.


Ni spiral slide yang paling hebat


dipisahkan oleh pulau?

Ni pulak pool untuk kids. 

Selain dua sildes, ada dua lagi jenis non-spiral slide. Satu yang jenis lebar yang boleh mengelungsur beramai-ramai , satu lagi yang boleh mengelungsur satu orang jea.


gelungsur time.

Part tak syoknya, pool yang untuk kids, airnya agak kotor. Ada banyak debris. Nasib baik toilet yang ada di situ sangat bersih. Banyak kali nak membuang air kecil pun tak apa. Waterpark ni buka sehingga pukul 11pm. Tutup sekejap pada pukul 7pm. Ingatkan nak sambung main air pada waktu malam, Tapi abah nak makan ikan bakar di bagan lalang, so just main air pada esoknya pulak. Keluar themepark pada pukul 7pm tu, terus balik bilik & bersiap untuk dinner di Bagan Lalang.

Ni mak, pak, pakchik yang excited lebih main shower swing tu


When boys selfie

Nak pergi Bagan Lalang, dalam setengah jam dari Morib. Dah sampai Bagan Lalang, sangat ramai yang datang makan di situ. Weekend kan.  Cancel  nak makan di tempat favourite iaitu Senandung Malam sebab nampak crowded sangat di kedai tu. Just cari kedai yang nampak banyak sit kosong. Bila dah di kedai yang sit kosong banyak, tengok  orang di situ, ramai yang belum dapat makanan lagi. Maknanya kitaorang lagilah akan lambat nak boleh makan. Nak taknak tunggu ajela selama sejam. Nasib baik makanan yang dapat semuanya sedap especially steamed fish, ikan bakar, semuanyalah. Berbaloi menunggu lama.


Makang time


Dak Zafran berjaya mengepau papanya



Dah selesai makan, balik apartment & Zzzzzzz… Penat & kenyang sangat sampai tak ingat dah cerita kena kacau dengan  hantu di Gold Coast.Ahaks.

Share this:

, ,

CONVERSATION

1 comments: