Blur Blur Semasa Attend Wedding At Auditorium Pancar Sakti, Kem Paya Jaras, RPS Sungai Buloh

Blur Blur Semasa Attend Wedding At Auditorium Pancar Sakti, Kem Paya Jaras, RPS Sungai Buloh


Haha..lawak jea time attend wedding ni..Boleh pulak blur-blur bila mak pengantin tanya, saya ni kawan kepada pengantin perempuan ke lelaki.

Al-kisahnya macamni. Ada satu hari lepas ambik Dak Zafran dari rumah Kak Siti(pengasuh), tengok ada kad kahwin dalam beg Dak Zafran. Siap tulis nama Zafran kat sampul kad kahwin tu. Maknanya Dak Zafran dapat jemputan wedding. Ahaks. Tapi saya fikir mesti mak budak(anak asuhan kak siti jugak) punya event, yang mintak tolong Kak Siti distribute kad kahwin. So, saya tak adalah ambik port sangat dengan wedding ni. Sebab tak kenal  yang menjemput wedding tu

Tapi setiap kali pergi rumah Kak Siti, Kak Siti banyak kali pesan suruh attend wedding ni. Saya tanya ni wedding siapa. Kak Siti jawab anak kepada sekian-sekian. Saya ni setiap kali pergi rumah Kak Siti, tak kiralah nak hantar ke nak menjemput Zafran k, mesti kelam-kabut and rushing. Tu yang bila Kak Siti bagitau tu event siapa, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sehari sebelum wedding pun, Kak Siti ajak lagi. Kali ni dah terfikir confirm kawan Kak Siti punya event. Kalau kawan Kak Siti mesti kawan Cu jugak (Makchik hakimi yang duduk dekat dengan kitaorang). Dah kalau kawan Cu, mestilah dia kenal kitaorang. Sebab itulah kot kitaorang dapat kad tu. Tapi still tak tau yang mana satu. Tengok dah nama ibubapa pengantin di kad kahwin, tapi still tak kenal jugak.


Blur Blur Semasa Attend Wedding At Auditorium Pancar Sakti, Kem Paya Jaras, RPS Sungai Buloh

Dah Kak Siti beria ajak, saya pun ajaklah Kimchi. Mula-mula Kimchi taknak pergi sebab tak kenal. Tapi bila cakap wedding ni mesti Cu ada datang gak, Kimchi setuju untuk attend.

Bila dah sampai Auditorium Pancar Sakti, Kem Paya Jaras, nampak macam wedding dibuat di luar auditorium ni, mengunakan khemah. Bila dah kat depan khemah, dan nak salam dengan ibu pengantin, tue yang blu-blur bila ditanya soalan seperti yang dicerita di atas. Saya jawab saya kawan Cu. Ibu pengantin terus confuse. Riak muka dia mengatakan tak kenal pun Cu. Dalam hati saya, alamak, dia tak kenal pulak. Acano ni. Takkan nak balik semula sebab ibu pengantin tak kenal aku ni kenalan siapa. Tapi nasib baiklah, time kekeliruan itu berlaku, Paksu Lan, suami Cu sampai. Tarik nafas lega sekejap jumpa orang yang kenal. Paksu Lan cakap, wedding ni untuk dua orang anak perempuan KakTun. Oh…Kaktun rupanya. Then salah seorang pengantin lelaki pun combine jugak dengan majlis ni. Mak aiii..Ni dah combine 3 majlis terus. Nasib baik, pihak pengantin lelaki satu lagi tak combine bersama. Tuan rumah yang salam tu adalah mak kepada pengantin lelaki. Wedding belah lelakilah yang di luar dewan tu. Patutlah den tak konal. Wedding anak Kak Tun di dalam dewan. Bila dah masuk dewan, barulah jumpa Kak Tun, kawan kepada Cu & Kak Siti.


Blur Blur Semasa Attend Wedding At Auditorium Pancar Sakti, Kem Paya Jaras, RPS Sungai Buloh

So, moral of the story, sebelum nak attend wedding, make sure tahu nama dan kenal at least seorang yang berkait rapat dengan event tersebut.Kalau tak, jadi kes macam inilah..hehe..

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. sy prnah dah siap duduk dah makan pun, sekali pandang takde satu pun yg kenal.bisik kat huby kita salah rumah. dengar pulk si kecik dia cakap kuat2 'mama, kita salah rumah ke' dush dush..maluuuuuu

    ReplyDelete
  2. Hihi.. kenangan tak boleh lupa ni kan..

    ReplyDelete