Hawker Food Hunting In Taiping Town│Cendol Ansari, ABC Larut Matang, Bihun Wakaf & Mee Udang Mak Jah

Balik Tepeng haritu, pakat dengan Enal & Mimi untuk pergi makan semua hawker foods sedap yang ada di Taiping.  Dalam masa 2 hari kitaorang buat aktiviti ini. Mau naik 4kg lepas balik Tepeng ni. Berat 4kg yang dapat pregnant kan Zafran pun, tak mau lesap lagi. Nie tambah lagi 4kg. Kenalah puasa sunat seminggu lepas ni.Huhu.

Cendol Ansari



Setiap kali balik Tepeng, memang wajib pergi  ke Cendol Ansari. Saya pun dah pernah tulis entri Cendol Ansari ni di The Best Cendolzzz In Taiping Town, Perak.


Hawker Food Hunting In Taiping Town

ABC Hawkers Stall Market (Larut Matang)



Hawker Stall Market ni betul-betul berdekatan dengan Bazar Cina yang ada kedai baju mak mertua saya. Kuew Tiau dia..perghhh sedap. Bila makan, tak rasa heavy sangat. Padahal, time makan kuew tiau ni, baru jea lepas makan nasi. Tapi bila makan, tak rasa muak & boleh makan sampai habis. ABC pulak rasa sangat manis, cukup rasa, both syrup sangat pekat & ada pelbagai bahan campur di dalamnya. Laksanya pun, kuahnya sangat pekat & rasa ikannya sangat kuat(of courselah kan. nama pun laksa. hehew).



Hawker Food Hunting In Taiping Town

Hawker Food Hunting In Taiping Town

Bihun Wakaf

Tempat favourite my SIL. Saya first time sampai bihun wakaf ni. Saya order bihun ayam. Mula-mula dapat bihun ayam, terus ternampak seketul ayam di atas bihun sup saya. Woww..Sangat generous. Boleh letak seketul ayam sebagai topping bihun sup ni. Supnya rasa masam-masam sedikit. Sangat sedap dihirup kalau dipekena sekali dengan kicap cili yang sangat pedas & pekat. Slurppppp...

Hawker Food Hunting In Taiping Town


Hawker Food Hunting In Taiping Town


Hawker Food Hunting In Taiping Town

Mee Udang Mak Jah



Dah 3 tahun tak jejak sini. Last sekali makan di sini dengan family sebelah negeri Sembilan. Bawak diaorang makan di sini, time nak attend wedding saya sebelah Kimi pada esoknya. Mee Udang Mak Jah sekarang dah naik harga. Dulu harganya dalam RM8 untuk yang biasa. Sekarang dah RM10++. Ada plus plus campur dengan GST agaknya.


Hawker Food Hunting In Taiping Town


Rasanya tetap maintain dari dulu sampai sekarang. Kuah yang pekat & sedap. Udang yang sangat banyak. 

Hawker Food Hunting In Taiping Town

Hawker Food Hunting In Taiping Town


Hawker Food Hunting In Taiping Town


Dari tadi duk cakap sedap jea. Tu jea yang tahu cakap kalau komen pasal makanan. Fail saya punya food review. Haha..Yeala, kerja saya bukannya food critic yang boleh komen secara in details & guna food language. Kalau dah pandai, dah lama boleh komen macam Gordon Ramsay. Ahaks. Tapi semua hawker stall ni memang tempat favourite orang Tepeng makanlah. Sesiapa nak singgah Taiping & gemarkan hawker food (kalau dah nama hawker's food, of course harga murah) , bolehlah singgah ke tempat-tempat ini.

Share this:

,

CONVERSATION

3 comments:

  1. Pergh!! bestnya.. Bookmark dulu.. Mana tau nanti singgah taiping..

    ReplyDelete
  2. Tengok cendol dalam gambar blog akak ni.. Nampak sedap je kak. Pos sini sikit boleh? Heh :p muka tak malu ni haahaaa

    Kang mau reen ajak suami pekena cendol. Cendol kat sini pun jadilah asalkan cendol.

    ReplyDelete