Trip To Lost World Of Tambun Part 1: Check In Hotel

Trip To Lost World Of Tambun Part 1: Check In Hotel

Lepas jea dapat tahu menang 2 tiket Lost World of Tambun (LWOT), tak ambil masa yang lama untuk tebus daripada TDK Travel. Selepas 5 hari booking, terus dapat tiket. Minggu yang sama jugak pergi bercuti di situ. Mak, Enal, Mimi, Imaan, baby Akeem, Opah & Pakcu pun join sama.


Trip To Lost World Of Tambun Part 1: Check In Hotel
Pilih katil king instead of twins bed supaya ruang lantai lebih luas untuk yang nak tidur bawah.


Trip To Lost World Of Tambun Part 1: Check In Hotel
Semua lengkap tapi tak ada peti ais. pelik hotel 4star tak ada peti ais.

Overnight di Lost World of Tambun Hotel. Harganya RM320/night. Ada jea hotel yang lebih murah, berdekatan dengan themepark. Tetapi not within walking distance. Kalau LWOT Hotel just berhadapan dengan themepark jea. Jalan kaki pun just ambil masa 5 minit jea. Then, siap dapat 2 free ticket nightpark & breakfast for 2 pax.  Enal & Mimi ajela yang pergi nightpark sebab diaorang sampai awal & tolong check in. Me, Kimchi & Mak sampai dalam pukul 10pm.  Opah & Pakcu tak overnight. Nightpark covers Petting Zoo, Tin Valley & Hot Springs & Spa. Diaorang cakap LWOT memang best & happening walaupun pada waktu malam. Kalau time malam dah best, inikan pulak waktu siang. Tak sabar seyh nak having fun di LWOT.


Trip To Lost World Of Tambun Part 1: Check In Hotel
Amenities lengkap. Berus gigi pun ada. Sukalah Kimchi.Ahaks

Sampai-sampai jea Tambun, terus jemput Enal & Mimi di hotel & pergi makan malam. Enal cakap ada kedai Char Kuew Tiau sedap. Just berdekatan dengan LWOT. Dalam waze pun ada. Dak set waze, tengok-tengok bawak ke kedai makan Shell Out. Bukannya kedai Char Kuew Tiau. Dah sampai, pergi makan ajela di situ. Semua pun tak pernah try Shell Out. Order Seafood Set untuk 4 orang makan. Dah dapat, rasa kuah seafood nya sangat sedap. Just isi-isi ketam tak banyak & udang terlalu kecil. Kenala kot dengan harga iaitu RM15/person.


Trip To Lost World Of Tambun Part 1: Check In Hotel
Shell Out di Tok Mat Restaurant. 

Dah dinner, terus balik bilik untuk rehatkan diri. Esok satu hari nak bersuka ria di LWOT.

Next Entry: Trip To Lost World Of Tambun Part 2: Wet Land

Share this:

, , ,

CONVERSATION

1 comments: