Visit Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion During Cable Car Delay Period

Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion


Haha..Pergi jugak masuk 3D trick art museum walaupun saya tak berapa minat pun pergi tempat macamni. Plan asal memang taknak masuk pun ke 3D trick art museum. Sebab nak kena gerak dari Langkawi Cable Car pada pukul 10am. Banyak lagi tempat nak kena cover termasuklah island hopping dalam masa satu hari. Kena buat planning macamni sebab Niita dah kena naik flight pada malamnya.  Tapi sebab cable car delay sampai pukul 11am, masuk jugaklah ke tempat ni. Plan asal kena tukar balik & satu aktiviti kena skip iaitu shopping di Beras Terbakar. Ala, Beras Terbakar tu ala-ala macam Jalan TAR jea.



Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion

Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion

Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion


Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion



Tiket yang ada pakej sekali dengan Art In Paradise Langkawi (3D art), 6D Cinemotion & Skydom berharga RM40. Kalau naik cable Car semata-mata murah RM10 (rasanya). Dah beli tiket pakej ini, masuk ke 3D art museum dahulu.  Sama macam 3D museum lain, just buat gaya yang bersesuaian dengan art, then bergambar. Itu sahaja. Just kat sini setiap art ada penanda tempat berdiri  untuk jarak yang sesuai ambil gambar. Ke tempat lain pun sama jugak? Sama lah kot. Just yang kat muzium Perak pergi haritu jea yang tak ada. Yealah, yang Penang ni kira first 3D museum yang saya pernah masuk. Yang muzium Perak tu, biasa-biasa punya jea.


Paradise Langkawi And 6D Cinemotion

Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion

Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion

Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion


Dak Zafran bad mood sedikit. Bila nak bergambar dengan Zafran, taknak pandang kamera & suruh gerak ke tempat lain. Dak Zafran pulak tak boleh berjalan sebab kaki terseliuh. Time nak gi Langkawilah, Dak Zafran terseliuh. Nasib baiklah ada bawak stroller. Tapi travel Langkawi ni tak memerlukan Dak Zafran berjalan pun. Masa sangat terhad sebab nak cover banyak tempat dalam masa satu hari. Nak cepat memang kena dukung Dak Zafran takpun letak dalam stroller sahaja.



Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion


Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion

Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion
Tak apalah paha nampak +++ dalam gambar ni. Gambar ni jea yang sefemili.

Dah selesai pusing habis dalam museum ni, proceed pergi ke 6D Cinemotion pulak. Dalam ni akan diberi 3D spec untuk menonton tengok 3D cinema. And then akan ada pergerakkan pada tempat kita duduk.  3D cinema show yang kitaorang tengok adalah pengembaraan di Jurasic Park. Lepas tu adalah kena serang dengan Dinasour & ada helicopter  terhempas. Time chaos tuela, tempat duduk akan bergerak-gerak yang bersesuaianlah dengan situasi suspens tue. Dak Zafran dah menangis-nangis time scene kena serang sebab ada bunyi bising & ada pergerakan laju. Tapi bila nampak helicopter terhempas, senyap balik.


Art In Paradise Langkawi And 6D Cinemotion
Di dalam 6D Cinemotion

Actually kanak-kanak yang berumur  4 tahun ke bawah dinasihatkan tidak dibawa masuk ke dalam cinemotion ni. Tapi kitaorang bawak jugaklah masuk. Nak tinggal dengan siapa pulak. Time ada gerakan tue, peganglah Dak Zafran supaya tak jatuh.

Dah keluar dari cinemotion, barulah pergi ke beratur ke tempat yang paling dinanti-nantikan iaitu Cable Car. Skip daripada masuk Skydome sebab tak cukup masa.



Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment