Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral

Kalau nak tahu Plaza Alam Sentral sekarang dah ada medan selera sendiri dah. Majlis perasmian bagi pembukaan Muhibbah makan place ini telah diadakan pada 22 April lepas. Majlis perasmiannya tersangatlah havouc. Mana tak havouc nya. Siap ada persembahan daripada dua artis AF iaitu Maulana dan Aisyah. Para pengunjung juga boleh menikmati hidangan yang disediakan tanpa had. Dan paling best, pelbagai jenis hadiah yang menarik diberikan kepada pengunjung-pengunjung yang bertuah. Saya apalagi memang tidak lepaskan peluanglah untuk menyertai  majlis pembukaan ini. Dengan Kimchi & Dak Zafran pun turut serta bersama dengan saya.

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
 Kiosk Nasi Kukus

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Kiosk-kiosk yang lain

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Beverage kiosk

Kalau dah nama medan selera semestinya terdapat banyak kiosk, yang setiap satunya menyediakan hidangan yang berbeza-beza. Hidangan yang disediakan adalah Curry Laksa, Maggi Kari Letam, Khap Pao Chicken Rice With Egg, Nasi Kukus Pandan Ayam Goreng Berempah, Sizzling Beef Yee Mee With Egg dan banyak lagi. Semuanya tersangatlah lazat kebaboom.

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
 Media yang dijemput dapat menu VVIP. Boleh order mana-mana menu yang nak, order berkali-kali pun boleh

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
 Kambing bakar

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Sizzling Lamb Rice with eggs

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Sate

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
My favourite: Cendolsss

Muhibbah Makan Place adalah merupakan usaha sama  2 chef yang sangat hebat iaitu Chef Wan dan Chef Bala bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada peniaga makanan jalanan yang muda dan juga memiliki bakat yang besar. Usaha mereka mencapai kejayaan apabila menemui  peniaga jalanan yang mampu menghasilkan hidangan berkualiti tinggi.   Chef Wan & Chef Bala bersama-sama membimbing peniaga jalanan ini agar kualiti hidangan yang dihasilkan olehnya meningkat ke tahap lebih tinggi.

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
With Chef Bala & Chef Wan

So inspirational apa yang telah dilakukan oleh Chef Bala & Chef Wan. Semoga Chef Bala & Chef Wan terus sukses dalam bidang F&B, dan Muhibbah F&B Sdn Bhd terus maju hingga ke peringkat antarabangsa.  Di Malaysia sendiri, Chef Bala & Chef Wan  sudah pun  berjaya  mengendalikan perniagaan katering milik mereka sendiri di syarikat korporat & menghidangkan kepada lebih daripada 3000 pekerja setiap hari. Selain itu Chef Bala & Chef Wan juga memiliki pejabat komersial di Puchong dan beberapa corporate kitchens.

Sesiapa yang nak mencuba keenakkan menu di Muhibbah Makan Place, boleh pergi ke tingkat paling atas Plaza Alam Sentral iaitu tingkat 5. Nak tahu lebih details mengenai Muhibbah Makan Place, boleh layari di

FB: Muhibbah Makan Place
Website: http://www.muhibbahfnb.com/

Muhibbah Makan Place│ New Food Court At Plaza Alam Sentral
Dari kiri: Chef Wan, Aisyah Af, Maulana AF, Chef Bala
(Gambar dari FB Muhibbah Makan Place)

Share this:

, , ,

CONVERSATION

10 comments: