Adakah Memadai Zakat Disalurkan Terus Kepada Asnaf, Tanpa Melalui Institusi Zakat?

Adakah Memadai Zakat Disalurkan Terus Kepada Asnaf, Tanpa Melalui Institusi Zakat?

Sebelum ini kalau nak bayar zakat terutamanya zakat fitrah, saya lebih prefer agih zakat sendiri. Maknanya bayar terus kepada asnaf. Sebabnya sentiasa ragu-ragu dengan institusi zakat. Adakah institusi zakat telus dalam pengagihan zakat. Tengok kutipan zakat mencecah ratusan juta ringgit saban tahun tapi yang diagihkan kembali macam tak sampai 50% dari kutipan. Jadi biarlah tak dapat pengurangan cukai pendapatan pun. Asalkan saya tahu duit zakat diterima oleh orang yang berhak dapat.

Tetapi baru-baru ini iaitu pada 6 Mac lepas,  Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membuat sidang media untuk mengumumkan corak pengagihan zakat untuk tahun 2016. Pada tahun 2016, LZS sudah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak sebanyak RM697.5 juta. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM98.2 juta agihan disalurkan kepada asnaf fakir; RM200.5 juta untuk asnaf miskin dan RM60.9 juta untuk mualaf. Jumlah berkenaan membabitkan 51.5 peratus daripada jumlah keseluruhan agihan manakala 48.5 peratus lagi diagihkan kepada Amil (RM84.2 juta); Fisabilillah (RM150.2 juta); Gharimin (RM72.9 juta); Ibnu Sabil (RM0.2 juta) dan Riqab (RM30.4 juta).Seramai 13,522 keluarga asnaf fakir menerima manfaat bantuan zakat pada tahun 2016 manakala asnaf miskin pula seramai 32,978 keluarga.– Sumber – Zakat Selangor.

Adakah Memadai Zakat Disalurkan Terus Kepada Asnaf, Tanpa Melalui Institusi Zakat?
DATUK Setia Mohamad Adzib Mohd Isa (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Hussin Mohd Ali menunjukkan pencapaian agihan dan kutipan zakat tahun 2016 di sidang media Pengumuman Prestasi Agihan dan Kutipan Zakat Negeri Selangor di Bangunan Zakat Selangor. Turut hadir Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat Lembaga Zakat Selangor Affandi Nasir (kanan). - Sumber- Berita Harian

Selepas sedia media ini diadakan, saya terus rasa pelik dengan diri sendiri. Bila dengar cara LZS mengagihkan wang zakat untuk tahun 2016, macam telus. Hampir semua hasil kutipan zakat digunakan sepenuhnya untuk disalurkan kepada asnaf. Habis tu kenapa saya selama ini rasa ragu-ragu dengan institusi zakat?

Bila selidik balik, baru saya tahu sentiasa ragu-ragu dengan Institusi Zakat kerana selama ini kurangnya publisiti daripada Institusi Zakat terutamanya zaman sebelum teknologi maklumat (IT) berkembang. Macam Lembaga Zakat Selangor(LZS) memang kurang membuat liputan mengenai cara LZS menguruskan agihan zakat seperti menjelaskan sebanyak mana wang zakat yang telah diagihkan, kepada siapa, bagaimana corak pengagihannya, aktiviti institusi zakat dan sebagainya.

Tetapi sekarang LZS dah ada facebook dan juga media sosial lain. Kita boleh lihat cara kerja LZS dalam pengagihan zakat melalui facebook. (FB Lembaga Zakat Selangor). Selain itu, LZS akan mengadakan sidang media setiap tahun bagi mengumumkan corak pengagihan wang zakat. Ini adalah untuk meleraikan keraguan orang ramai terhadap institusi zakat. Jadi tidak perlu lagi rasa tidak yakin untuk terus istiqamah dan setia berzakat melalui institusi zakat apabila sudah lihat sendiri ketelusan institusi zakat dalam pengagihan wang zakat.

Memang dalam Islam, nabi dahulu tidak pernah mewajibkan para sahabat mahu pun seluruh umat Islam agar mengagihkan zakat menerusi Baitul Mal, yakni mesti melalui institusi zakat. Cuma apa yang ada, nabi sendiri melantik wakil di kalangan sahabat sebagai amil untuk menjalankan kerja mengutip zakat. Tetapi bayar zakat melalui institusi zakat, banyak manfaatnya berbanding dengan bayar sendiri. Sebagai contoh, jika saya memiliki wang zakat RM1,000 dan saya mencari penerima zakat. Jika saya memberi si fakir itu RM1,000, ia mungkin bertahan hanya sehari atau seminggu. Maknanya, zakat saya tidak mampu mengatasi kefakiran dan kemiskinan orang itu. Sebaliknya, apabila wang zakat itu saya salurkan melalui sesuatu badan, maka badan itu akan memastikan fakir miskin berkenaan dibantu secara terus menerus melalui beberapa kaedah bantuan. Ia ibarat kita memberikan dia pancing agar dapat mencari ikan dan menjualnya pula sebagai sumber rezeki; bukan sekadar memberikan ikan dua kilo dan esok dia akan minta lagi. . – Sumber – Zakat Selangor

Institusi zakat juga tahu zakat adalah amanah. Oleh itu, institusi zakat diamanahkan untuk mengelola zakat khususnya dalam agihan. Tidak sesekali Institusi Zakat berkhianat dengan amanah Allah ini. Jadi tiada alasan lagi kenapa perlu ragu-ragu lagi dengan ketelusan institusi zakat dalam pengagihan wang zakat.  Nak tahu lebih keterangan lanjut mengenai Lembaga Zakat Selangor, bayaran zakat dan sebagainya, boleh layari di http://www.zakatselangor.com.my/

Share this:

,

CONVERSATION

7 comments:

  1. Good sharing radhia. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Betul..kadang2 saya sendiri fikir, eh zakat tak bantu ke.. Banyak kita salah faham.. Nasib dah ada fb ni ,boleh tgk dan tau.. Kalau tak, asyik salah faham dengan institusi zakat je..tq sis untuk artikel ni..

    ReplyDelete
  3. betul, biasa kita fikir macam tu sebab bila ditengok macam ramai orang susah yang tak terima

    ReplyDelete
  4. kita harap pihak berwajib jln kan amanah sebaik nyer.
    bantu ummah.

    ReplyDelete
  5. betul tu Radhia. Kadang2 suka bagi sendiri btul x? Tp sy, zakat fitrah masih ayah bayar sbb bujang lg n student...hihi. Kwn2 sy ramai yg bayar zakat harta sendiri2, bagi jiran2 yg ramai susah...depan mata kan. Tapi bagi saya mmg lah sgt perlu institusi zakat ini supaya senang dikelola bagi yg x tahu. Mcm baitul mal pula, ramai yg xde waris tapi harta bertimbun-timbun, bagus juga ada badan yg menguruskan....dengan baik, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. kan. moga institusi zakat terus telus dan membuat kerja agihan dengan effective bagi tolong orang yang memerlukan.

    helloaiman

    ReplyDelete