Saps IbuBapa Memudahkan Ibu Bapa Memeriksa Keputusan Peperiksaan Anak-Anak

Saps IbuBapa Memudahkan Ibu Bapa Memeriksa Keputusan Peperiksaan Anak-Anak

Tahukah anda apa itu sebenarnya SAPS IbuBapa ? SAPS Ibubapa merupakan satu sistem online  yang telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online.

Dengan adanya SAPS IbuBapa ini, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. Ibu bapa dah tak perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak macam dahulu.

Saps IbuBapa Memudahkan Ibu Bapa Memeriksa Keputusan Peperiksaan Anak-Anak
Sumber gambar dari google

Saya rasa masih ramai ibu bapa yang masih belum sepenuhnya tahu cara untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini.  Di bawah ini adalah cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS ibu bapa:

Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online, sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.

Anda digalakkan sentiasa menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini untuk mengelakkan terjadinya masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut sahaja arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.  

Saps IbuBapa Memudahkan Ibu Bapa Memeriksa Keputusan Peperiksaan Anak-Anak
Sumber gambar dari google

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, rajin-rajinlah layari di website seperti yang perlu klik di atas supaya ibubapa sentiasa alert dengan keputusan peperikasaan anak-anak duduki.. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Sebelum mengakhiri artikel ini, sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.

Share this:

,

CONVERSATION

5 comments:

  1. Oooo dah tak de buku rekod anak bawa balik rumah lah ye

    ReplyDelete
  2. mmg mudah Radhia...anak2 akk tu result diaorg akk tgk online jer tapi ada jugak yg kena ke sekolah sebab guru2 nk jumpa ibu bapa jugak..

    ReplyDelete
  3. Mudah nak semak keputusan anak2..

    ReplyDelete
  4. dah beberapa tahun aida cek result anak guna saps.
    mudah... tapi x dpt kertas peksa :(
    kita tak tau pe soklan yg anak kita buat & jawab.
    tu satu benda yg aida x brape suka plak.
    minta cikgu, cikgu kata tgk online.
    minta kertas peksa, cikgu kata x dpt bagi skang. kemudian...
    sedih...

    ReplyDelete
  5. Mmg senang Ada saps ni kan

    ReplyDelete