Dulu Takut Sekarang Pantang Nampak

Yang dulu takut sekarang pantang nampak, Dak Zafran lettew(please excuse my wechat language). Nak tahu apa benda yang Dak Zafran pantang nampak sekarang ni. Benda tu adalah kiddie ride.
Kalau dulu, masa Dak Zafran umur dalam 2 tahun, takut kot nak naik kiddie. Mak pak Dak Zafran yang excited terlebih suruh naik kiddie ride. Kalau tak bergerak, Dak Zafran ok lagi. Dah masuk syiling & bergerak, terus melalak. Dah melalak, terpaksalah keluarkan Dak Zafran dari kiddie ride. Biarkan jeala kiddie ride duk lah bergerak-gerak sampai berhenti tanpa penumpang di dalamnya.

Dah nak umur 3 tahun nie, ada di Taiping haritu ajar Zafran naik kiddie ride lagi. Sampai bila nak takut. Tengok-tengok dah ok dah. Tak melalak. Berani sedikit kot sebab naik dengan sepupu-sepupunya. Cuma Zafran keras ajela dalam kiddie ride. Muka tak ada perasaan. Tak tau dia seronok ke. Ke masih takut lagi ke.

Muka excited tue. Ni di Tesco Setia Alam.

Then masa nak berbuka puasa plus shopping di Tesco hari tue, dia beria-ria tunjuk kiddie ride yang ada kat situ. Aik dah berani ke. Bila Kimchi letak syiling & dah bergerak, tengok-tengok air muka Zafran menunjukkan macam dah suka main kiddie ride. Dah berani la ni. Yang tak tahan naik semua kiddie ride yang ada. Kimchi layan ajeala.

Dengan buat gaya bila ambil gambar

Balik Taiping baru-baru ni, pergi shopping di Aeon Taiping. Kitaorang baru masuk jea entrance di kids section, Dak Zafran dah tunjuk-tunjuk indoor play. Dari jauh dah nampak indoor play. Tempat yang ada banyak game termasuklah kiddie ride. Ajak mak pak pergi situ. Dah sampai situ, duk minta-minta nak naik kiddie ride. Uitt sekarang dah pantang nampak dah. Pergi ajela ke tempat game tue. Tak layan kan, mau melalak sampai satu mall boleh dengar.


Ni di Aeon Taiping

Maybe dengar macam spoil kan anak asyik layankan sahaja permintaan anak. Tapi apa salahnya. Layankan permintaan anak kalau apa yang dia minta kita mampu nak bagi & tak memudaratkan. Setakat naik kiddie ride tue, berapa ringgit sangat jea nak kena keluarkan. Kiddie ride tu pun ada had umur. Sampai satu masa, dah tak layak nak main kiddie ride. Melainkan kalau anak request benda di luar kemampuan kita macam tiap-tiap minggu nak main di Sunway Lagoon ke. Yang ini nak menangis sampai satu negeri dengar pun, still tak layan. Ahaks.

Ok sebenarnya nak cerita pasal Dak Zafran dulu takut sekarang dah pantang nampak kiddie ride. Ni dah macam nak ceramah keibubapaan pulak.Hik hik. Tak apala Dak Zafran main ajela kiddie ride tu selagi boleh yea.

Share this:

,

CONVERSATION

9 comments:

  1. anak IQ pun suka sangat naik benda ni, pantang nampak. Kalau tak dibagi, mengamuk2

    ReplyDelete
  2. ehhee

    dulu masa anak kecik lagi, duduk pun tak pandai lagi, I is excited nak ajar naik. gigih pegangkan takut jatuh

    sekarangm nampak je natang ni I lari pusing jejauh. hahahah . kalau kat aeon big okay lagi, singgit . kalau klcc punya rm2. dah lah nak naik semua. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Amsyar pun takut naik ni... dlu abg2 dia pantang nmpk.. selagi xpuas xblh stop..hihi

    ReplyDelete
  4. Anak2 memang suka naik bende ni.. tapi tak boh syiling.. Biar je diorang enjoy ride tanpa gerak. Diorang akan naik dari satu ride ke satu ride. Bagi je diorang main sampai puas then bila ajak tinggalkan ride tu they will go along without so much drama.

    ReplyDelete
  5. biasalah budak-budak..

    apa-apapun memang seronok tengok mereka bermain-main

    ReplyDelete
  6. Comelnya dak zafran...x sabar nak jumpa esok

    ReplyDelete
  7. alahai anak.. comelnya..

    seronok habiskan masa dengan anak2 kn.. :)

    ReplyDelete