Eid 1438H│ Double A Just Said I do, I do, I do, do do do do do do doo

Eid 1438H│ Double A Just Said I do, I do, I do, do do do do do do doo


Yay Double A just tied the knot.. Congrats to both of you.

Double A iaitu Amirul & Amira,  dua-dua  adalah kawan sama kerja dengan Kimchi. Mereka berdua mula-mula kenal di tempat kerja. Perhubungan mereka menjadi rapat & berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. Berjurai-jurailah air mata setan.

Eid 1438H│ Double A Just Said I do, I do, I do, do do do do do do doo
Akad nikah double A baru nak mula

Pada Raya keempat, mereka berdua akad nikah di Masjid Jamek Gerik yang berhampiran dengan rumah parents Amira. Disebabkan kitaorang berdua still di Taiping hingga Raya kelapan, dapatlah kitaorang menghadiri  majlis akad Double A. Perjalanan dari Taiping ke Grik makan masa sejam lebih sahaja.


Eid 1438H│ Double A Just Said I do, I do, I do, do do do do do do doo
Baru selesai akad nikah

Pada hari akad nikah, 30 minit sebelum majlis bermula kitaorang dah sampai masjid. Sebab nak sempat tengok saat mereka berdua diijabkabulkan. Selesai akad nikah, terus pergi ke rumah parents Amira. Dekat sahaja dari Masjid. Dah di rumah, menikmati juadah yang dihidangkan. ABC pun ada. Bagus betul tuan rumah. Serve ABC time cuaca panas terik. Sangat right timing. Lepas dah makan, bergambar dengan newlyweds di pelamin.

Eid 1438H│ Double A Just Said I do, I do, I do, do do do do do do doo
Bergambar di pelamin

Dah gerak dari rumah pengantin, singgah rumah parents Kak Kirah pulak. Dah alang-alang kat Gerik, pergi beraya kampung Kak Kirah pulak. Kampung Kak Kirah cuma 15 mint sahaja dari rumah Amira. Saya pun tak pernah sampai lagi rumah mertua Mel. Tu yang Kimchi bawak saya beraya di rumah mertua Mel. Kampung Kak Kirah lebih kurang macam kampong uwan di Negeri Sembilan. Kampung dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok buah. Rasa sejuk jea suasana di kampung Kak Kirah.

Selesai beraya di Kampung Kak Kirah terus balik ke kampong Boyan. To Double A, semoga bahagia & berkekalan hingga ke Jannah.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

9 comments:

  1. ramai kawen time raya ni, selamat pengantin baru Double A!

    ReplyDelete
  2. Selamat penganti baru. Semoga kekal hingga ke syurga..aamiin =)

    ReplyDelete
  3. tahniah pengantin baru, Double A!

    ReplyDelete
  4. Oh itu dia yg dimaksud double a. Nasib baik saya baca. Ingatkan tadi tentang kertas A-four yg jenama doubleA.

    ReplyDelete
  5. Selamat pengantin baru double A =)

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat double A.. moga berbahagia till jannah

    ReplyDelete