FRESHR ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DAN RAMBUT BERBAU HAPAK

Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, rambut ibarat mahkota bagi orang wanita. Apabila timbulnya masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, maka ramai wanita yang akan runsing. Kali ini, kami bawakan kepada anda beberapa tips untuk anda terutamanya golongan wanita berkerjaya dan memakai hijab / tudung untuk menjaga rambut kalian. Senang je tips ni, tak banyak modal perlu dikeluarkan. Baca entri ini sampai habis dan share kepada rakan-rakan juga sebab banyak tips-tips yang boleh cuba di rumah sendiri!
  

Tips Penjagaan Rambut Agar Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur

1- Gunakan Sikat Bergigi Jarang Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, tu yang rambut akan mudah gugur. Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut tu, apakata cuba sapu serum rambut yang boleh melicinkan rambut. Contoh serum seperti FreshR. Nak tahu info selanjutnya mengenai FreshR, boleh bacak di link www.freshr.my  

2- Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. Jadi bila rambut dah tak kusut, senang la nak syampu kan dan tak perlu nak tarik-tarik rambut tu. Cuma sapu dan ratakan sahaja.

3- Tocang Rambut Sebelum Tidur 
Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. Kalau tidak tocangkan rambut, potensi rambut dah berterabur atas bantal / katil  semasa bangun tidur adalah tinggi.

4- Makan Makanan Tinggi Protein 
Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut. Selain mengambil pemakanan yang tinggi protein, boleh juga menyapu bahan-bahan yang tinggi protein serta nutrien lengkap untuk rambut seperti menyapu minyak argan, jojoba, aloe vera dan juga minyak kelapa dara. Tapi nak beli satu-satu bahan ni, agak mahal dan susah nak jumpa. Jadi apakata beli produk yang dah ada kesemua bahan-bahan ini iaitu tak lain tak bukan FreshR  dengan klik link www.freshr.my

5- Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara. Kalau nak lagi cepat, boleh duduk depan kipas. So tak ada haba, tapi angin dari kipas akan tolak air pada rambut dan membuatkan rambut lebih cepat kering.

6- Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.

7- Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh! Boleh juga cuba guna FreshR sebab serum rambut FreshR ni boleh bantu mempercepatkan pertumbuhan rambut  dan dalam masa yang sama menguatkan akar rambut sebab adanya kandungan argan dan jojoba oil.

8- Pakai Minyak Kuatkan Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Untuk penjagaan lebih baik, gunakan produk yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk rambut termasuk argan oil, aloe vera extract dan juga virgin coconut oil. Cuba guna produk FreshR ni untuk cuba bantu kuatkan semula akar rambut. Dapatkan info lanjut produk FreshR disini: www.freshr.my

9- Jangan Ikat Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakkan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

10- Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.


Tips Penjagaan Untuk Elak Rambut Berbau Hapak

Sebagai perkongsian dan manfaat tambahan untuk semua, disini dikongsikan 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk atau rambut berbau hapak terutama bagi kalangan wanita yang berhijab atau bertudung. Senang je tips ni, tak perlu mengeluarkan apa-apa modal yang mahal pun. Cuma perlu baca sampai habis sahaja. Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif. Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.

1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar. Pastikan rambut kering sebelum memakai sebarang produk atau memakai hijab / tudung. Boleh gunakan minyak rambut yang sesuai seperti FreshR sebelum memakai hijab / tudung. Dapatkan info FreshR disini: www.freshr.my

2# Sikat dan Sisir Rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik. Semasa nak sikat tu, kalau rambut tersangkut di skala 4 atau 5 atau 6, boleh juga sapukan sedikit minyak atau serum rambut yang sesuai seperti FreshR. Serum FreshR bukan sahaja membantu menghilangkan masalah bau hapak di rambut, tapi dalam masa yang sama boleh membantu melicinkan rambut  kerana terdapat bahan nutrien untuk rambut seperti argan oil dan juga jojoba oil.

3# Guna Air Sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4# Minum Banyak Air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh. Apabila suhu tubuh meningkat, maka rambut akan mula mengeluarkan bau daripada haba yang keluar dari liang roma di kulit kepala. Oh ya, dalam masa yang sama kalau nak sejukkan kulit kepala, boleh cuba sapu sedikit minyak serum rambut FreshR dan ratakan bagi meresap dalam kulit kepala. Selain ada argan oil dan jojoba oil, Serum Rambut FreshR juga ada kandungan minyak pudina yang menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala.

5# Kurangkan Makanan Pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau. So kalau kebetulan nak keluar rumah dan ada nak makan makanan pedas-pedas, jangan lupa bawa FreshR Serum Rambut dalam beg. Senang, kalau kulit kepala dah start gatal dan berbau tu, terus je sembur sedikit kat kepala. Terus segar semula rambut yang berbau hapak tadi.

6# Cuci Rambut Setiap Hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria. Selepas mandi, lap kering dan sapu serum rambut FreshR agar memastikan kesegaran rambut terjaga sepanjang hari. Serum rambut FreshR ni mampu bertahan sepanjang 12 jam. Rambut akan terus segar tanpa bau.

7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Jadi elakkan stres yang keterlaluan. Kalau stress, terus urut-urut sikit kepala tu sambil picit-picit, sapu sikit FreshR. Bau yang wangi dan aroma pudina yang sejuk tu akan menyegarkan kepala. Secara tak langsung, masalah stress juga akan berkurang dan rambut kembali segar. So bila stress kurang, rambut segar, kepala ringan dan wangi, prestasi kerja pun akan meningkat!

SERUM RAMBUT FRESHR - Merawat Masalah Rambut Gugur dan Rambut Berbau Hapak

Klik Gambar Untuk Order

Okay, dari tadi dah sebut pasal FreshR kan? Mesti tertanya-tanya apa benda FreshR ni. Meh sini nak cerita sikit. Sila baca sampai habis kat bawah ni tau!

Apa tu FreshR?

FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress. Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Ekstrak semburi atau juga dikenali sebagai Swertia Japonica berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak.

FRESHR mengandungi beberapa jenis minyak. Antaranya ialah minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu untuk melindungi rambut daripada kusam dan berbau yang terdedah kepada matahari. Ia juga menyuburkan rambut dan boleh dijadikan sebagai conditioner kerana ia jauh lebih cepat meresap beranding dengan conditioner yang sedia ada di negara kita. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menaikkan warna rambut sekaligus menyihatkan kulit kepala kita. Dengan adanya minyak kelapa dara, rambut akan lebih lembut dan tidak mudah kering.   Minyak argan juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan FRESHR.

Seperti yang diketahui, minyak argan mempunyai banyak fungsi. Minyak argan berfungsi untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baru. Minyak argan juga membantu menjaga kulit kepala agar selalu bersih dan menghilangkan kelemumur. FRESHR juga mengandungi gel lidah buaya atau dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu menghitamkan dan memberi kilaun pada rambut kita. Ia membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan tidak kusam. Selain itu ia juga mengurangkan kesan berminyak pada rambut kita. Kebanyakkan produk penjagaan rambut akan mengakibatkan rambut lebih berminyak namun fungsi gel lidah buaya di dalam FRESHR ini adalah untuk mengawal minyak pada rambut.

Selain itu, FRESHR juga mengandungi Minyak Jojoba yang merupakan tumbuhan asli berasal daripada Arizona Selatan. Minyak Jojoba membantu merawat masalah rambut kering dan dapat menghilangkan kelemumur di kepala. Minyak Jojoba juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah serta rambut bercabang. Hasilnya, rambut akan lebih kuat daripada sebelumnya dan tiada lagi masalah keguguran rambut.

 

FRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. Ini kerana FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian. Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari.

Kalau nak tahu FRESHR merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi 5 jenis bahan asas untuk keperluan nutrisi rambut anda yang bukan sahaja mampu mengatasi masalah rambut, malah boleh melegakan sakit kepala, migrain dan juga stress. So kalau tercari-cari satu produk yang ada kombinasi banyak bahan yang tinggi nutrien untuk rambut, FRESHR adalah jawapannya!  

Kalau tak percaya dengan keberkesanan hasil pengunaan Freshr, jom baca testimony daripada pengguna Freshr di bawah:

TESTIMONI FRESHR




Jadi, tunggu apa lagi. Cepat-cepatlah order FreshR dengan terus klik laman web FRESHR: www.freshr.my


Atau boleh juga terus order melalui talian telefon: +60173673630 (klik sahaja nombor ni di phone yang tengah guna dan boleh terus wasap untuk beli)

Share this:

,

CONVERSATION

23 comments:

  1. rambut miera gugur je.. kna cuba ni..

    ReplyDelete
  2. Wah best lah 12 jam tu bau dia tahan lama.
    Hahhaha teringat pulak kalau lepas goreng ikan masin mesti bau rambut lepas tu adoiiii.... bau macam ikan masin jugak.
    So kalau goreng ikan masin kenalah tutup rambut dengan scarf takdelah berbau sangat.

    ReplyDelete
  3. Wahhh baguslah ada serum rambut camni, boleh bantu rawat rambut kasi cantik dan sihat.

    ReplyDelete
  4. Wahhh baguslah ada serum rambut camni, boleh bantu rawat rambut kasi cantik dan sihat.

    ReplyDelete
  5. stress gak kalau rambut gugur ni

    ReplyDelete
  6. Ohh boleh kurangkan migrain gak ye, nak try lah

    ReplyDelete
  7. Menarik juga produk ni... Rambut kak lya pon selalu gugur.. dah cuba pelbagai jenis syampu tapi setakat ni belum berhasil..tapi takde laa banyak sangat gugur sikit2 jer waktu sikat rambut memang ada laa sehelai dua uang gugur.. Nanti nak try serum ni tgk macam.mana ..

    ReplyDelete
  8. Menarik ni....!! Nak cuba laaa

    ReplyDelete
  9. tips no 3 tu selalu buat. Tapi bila bangun pagi rambut berketak ikut tocang tu.

    ReplyDelete
  10. haaa.. wanita bertudung wajib kena ada produk ni...

    ReplyDelete
  11. stress gak ngn masalah rambut gugur ni.. boleh try

    ReplyDelete
  12. Rambut pun ada serum sekarang. Pelbagai produk di pasaran. Menarik produk ni, dan sesuai untuk semua wanita.

    ReplyDelete
  13. bagus ada produk macam ini..dapat atasi masaalah rambut..

    ReplyDelete
  14. bestnya Freshr..nak cuba la nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. perkongsiaan yang menarik! kena cubaa ni :)

    ReplyDelete
  16. Kena cuba ni...rambut makin banyak gugur sekarang ni

    ReplyDelete
  17. macam okay je kalau nak cuba ni. sy pun mcm banyak je rambut gugur. lagi2 setiap kali shampoo. sekali tarik. aduhh. banyaknye

    ReplyDelete
  18. Setakat ini masalah rambut tidak ada

    ReplyDelete
  19. 3 Researches REVEAL How Coconut Oil Kills Waist Fat.

    The meaning of this is that you actually kill fat by eating Coconut Fat (including coconut milk, coconut cream and coconut oil).

    These 3 studies from big medicinal magazines are sure to turn the traditional nutrition world around!

    ReplyDelete