Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas

On the way ke Hotel De’ La Ferns di Tanah Rata untuk sambutan harijadi Imaan (curlass Imaan. Klik SINI untuk baca entri besday Imaan), singgah dulu berjalan sambil menghirup teh segar di Tea Boh Centre, Sungai Palas. Nak boleh sampai sana, boleh tahan jugak merangkak-rangkak slownya. Banyak kereta di Cameron Highland.  Weekend biasa pun ramai nak berjalan di CH. Biasalah tue. Asal cuti jea tak kira pendek ke panjang ke, cuti sekolah ke, tak cuti sekolah ke, tetap ramai orang di mana-mana tempat percutian. Tapi kalau nak dibandingkan dengan weekend biasa, trafik weekend pada cuti sekolah lagi worst.

Bila dah masuk simpang ke Tea Boh Garden  & nak menuju ke puncak bukit ladang teh pun kena drive slow jugak. Jalannya tak jem tapi jalan nak ke tea boh Garden adalah di lereng bukit yang sempit & berliku-liku. Ada jalan muat untuk laluan sebuah kereta sahaja. Kalau bertembung dengan kereta dari arah bertentangan, kenalah ada tolak ansur.  Kereta yang ada ruang perlu mengalah sebab boleh gerak ke ruang tersebut untuk beri laluan kepada kereta satu lagi. Kalau taknak bertolak ansur gak, sama-samalah tak bergeraklah dua-dua kereta kat lereng bukit. Lepastu, dengan kereta-kereta lain pun tak boleh gerak jugak. Eloklah sama-sama nak keras kepala macamtu. (Eh tiba-tiba pulak keluar ayat mak mak macamni..ahaks)

Walaupun terpaksa drive slow tetapi tak terasa lambat sangat nak sampai. Sebabnya dapat melihat permandangan ladang teh di bukit-bukit sepanjang-panjang perjalanan ke tea centre ini .
Sampai sahaja di Carpark Tea Boh Garden, lunch dahulu. Bentang tikar di depan kereta kitaorang & makan nasi lemak yang mak mertua (MIL) bawak dari Taiping. Sebelum gerak dari Taiping, MIL masak siap-siap di kampung Boyan. Terbaiklah MIL.

Lunch dulu...lapar sangat time ni

Nak pergi ke Tea Boh Centre kena mendaki bukit sedikit.  Ada dua pilihan jalan untuk pergi ke tea centre. First mendaki bukit di jalan tar(berturap). Yang second, mengunakan ‘tea bush walk’ iaitu naik tangga di lereng-lereng pohon teh yg menghijau sehinggalah sampai tea centre. Kitaorang pilih untuk mengunakan  jalan tar dulu. Tak larat wei nak panjat tangga tinggi-tinggi ni walaupun baru lepas lunch.

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 panjat bukit guna jalan berturap

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
Dak Zafran excited pulak nak panjat bukit

Dah sampai , lepak-lepak sekejap di Café. Enal pergi beli seteko teh &  strawberry cheese cake. Macam biasa saya & Kimchi terpaksa gilir-gilir duduk di meja. Bila seorang dah duduk, seorang lagi kena lah melayan Zafran yang tak mau duduk setempat. Layan dia berjalan-jalan di sekitar café.  Di café ini juga ada viewing deck iaitu di balkoni. Nak menikmati teh sambil melihat permandangan ladang teh, boleh duduk meja yang ada di balkoni ni. Time kitaorang nak cari meja yang available di balkoni ni, semuanya penuh. Just duduk sahajalah di meja yang ada di dalam café.

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Gambar ni backlight & ada water droplet pulak di lens. Tapi masukkan jugaklah gambar ni sebab pemandangan ladang teh cantik sangat

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Ramai jugak yang berjalan di sini

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Semuanya tengah insta live & insta story..(assuming je..hehe)


Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Teh yang fresh dari ladang

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Mesin kisar teh (kot)

Masa nak balik & pergi ke parking kereta, baru turun ikut tea bush walk. Di hujung tea bush walk terus sampai tempat parking. Semasa perjalanan turun ke parking kereta, berhenti berjalan beberapa kali untuk bergambar di ladang teh sebab permandangan ladang the & bukit-bukau memang cantik sangat.  Bergambar di celahan ladang teh pun ada jugak. Dah sampai parking kereta, terus gerak ke Tanah Rata untuk check in hotel.

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Turun bukit ke parking mengunakan tea bush walk

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Banyak kali berhenti untuk bergambar, nasib baik tak menyebabkan kesesakan lalulintas di tea bush walk ni..ahaks

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Dah halfway turun

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
 Cafe betul-betul di puncak bukit tue

Sweet Escape To Cameron Highland, Pahang With Familia│Mesmerizing Green View At The Boh Tea Centre, Sungai Palas
Di celahan ladang teh

Tenang jea jiwa bila melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT & ladang teh yang menghijau. Terasa berada di negara empat musim pun ada jugak. No wonderlah Boh Plantation ni terpilih sebagai salah satu tempat shooting untuk pembikanan filem Ombak Rindu.

Entri Berkaitan:

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Surprise Fourth Birthday Celebration For Imaan Safiyya

Sweet Escape To Cameron Highland With Familia│Had A 5 Star Experience While Staying Overnight At Hotel De' La Ferns, Tanah Rata

Share this:

, ,

CONVERSATION

14 comments:

  1. best tu radhia. serius best. cantik sangat viewnya

    ReplyDelete
  2. cameron highlands memang mendamaikan. yang tak sanggupnya, on the way nak sampai ke atas tu. mesti pening muntah mengalahkan orang mengandung lagi. haha

    ReplyDelete
  3. ritu pi cameron.. tk pi kebun teh :( sbb ujan

    ReplyDelete
  4. Mmg best ladang teh sg.palas nie..tempat pengambaran ombak rindu hehe

    ReplyDelete
  5. Seronoknya pegi ke Cameron Highlands, last saya pegi ke sana adalah pada tahun 2011 kot...

    ReplyDelete
  6. sonoknye g cameron lame dah tak g
    http://sinarcintaku.blogspot.my/search?q=cameron&submit=search

    ReplyDelete
  7. Cantiknya gambar Di kadang2 teh Tu. Berbaloi la mengharung lereng Bukit Dan kesesakan

    ReplyDelete
  8. Da lama tak ke Cameron Highland.. Ada masa nanti nak ke sana.

    ReplyDelete
  9. dah lama tak gi Cameron...rindu la pulak tgk pic Radhia nii

    ReplyDelete
  10. lama dah tak pergi cameron..banyak tempat menarik dah sekarang ye

    ReplyDelete
  11. xpenah smpi cameron.. teringin nak pegi..

    ReplyDelete