The Things That We Did At Connexion Conference & Event Centre, Bangsar During Seminar Lunch Break

The Things That We Did At Connexion Conference & Event Centre, Bangsar During Seminar Lunch Break
Product Launching By Dr. Erica from USA

Seminar kedua yang dianjurkan oleh Perkin Elmer untuk tahun ini, di tempat yang sama juga dengan yang first iaitu di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South City. Rasanya dah jadi tempat favourite Perkin Elmer buat seminar dah. Dua seminar berturut-turut diadakan di Bangsar South City ni.

Connexion Conference & Event Centre ni memang ada beberapa dewan yang memang sesuai untuk buat event seperti seminar, training, even wedding pun boleh. Facilities memang lengkap iaitu ada surau, toilet & garden untuk melepak pun ada. Toiletnya mak aii besar, bersih & cantik. Surau pun in good condition & bersih.

The Things That We Did At Connexion Conference & Event Centre, Bangsar During Seminar Lunch Break
Selitkan jugak gambar makanan sebab semua dessert sedap sangat

Taknak cerita banyak pasal seminar. Kalau saya cerita pasal apa yang dapat dari seminar ni, tak ada siapa pun nak baca. Kalau ada yang baca, maybe susah nak hadam. Sebabnya seminar ni lebih kepada kerja saya sahaja. Kerja saya pun memang tak ada benda yang interesting pun untuk dicerita.
Just nak cerita yang apa yang saya & Lina buat semasa lunch break. Lunch break nya selama 2 jam. Lepas makan & solat, banyaklah extra time semasa menunggu seminar bermula. Saya & Lina apalagi berjalan-jalanlah di sekitar di Bangsar South City. Sebab betul-betul di luar dewan seminar perkin elmer, ada garden yang cantik sangat untuk dijadikan tempat untuk bergambar.

The Things That We Did At Connexion Conference & Event Centre, Bangsar During Seminar Lunch Break
Belakang tu gazebo..tak sempat nak ambil gambar gazebo yang full sebab masa ni hujan dah turun. Mata pun dah menyepet sebab masuk air hujan & tahan silau. 

The Things That We Did At Connexion Conference & Event Centre, Bangsar During Seminar Lunch Break
Ambik gambar di dalam gazebo ajelah since luar dah hujan

Di garden ini, siap ada fish pond, water fountain, variety of plants & gazebo pun ada. Gazebonya siap ada aircon tue. Memang setiap sudut tempat ini lah, saya & Lina bergambar.

The Things That We Did At Connexion Conference & Event Centre, Bangsar During Seminar Lunch Break
 Siap ada bunga teratai tu di fish pond tue

Dah habis bergambar, masuk balik dewan. Seminar sambung balik hingga ke petang. Dah habis seminar, cepat-cepat nak balik sebab nak elak jem. Tak sempat nak bergambar. Tu yang pulun bergambar time lunch break tu. Dah tahu lepas habis seminar tak sempat nak buat apa dah.

The Things That We Did At Connexion Conference & Event Centre, Bangsar During Seminar Lunch Break
 Pokok-pokok bunga menjalar

The Things That We Did At Connexion Conference & Event Centre, Bangsar During Seminar Lunch Break
Lina pandai posing jugak tue.. Apa yang kayunya..ahaks

Tempat training pun boleh bergambar bagai kan. Bak kata Lina “bila berjalan dgn blogger bergambar saje. Layankan ajelah permintaan blogger ni”. Ahaks. Blogger la sangat.  Blog yang tak berapa ada orang singgah, boleh dipanggil blogger jugak ke..huhu. Memang tak dapat dinafikan pun. Sejak ada blog ni, lagi suka pulak bergambar. Kalau dah ada gambar, ada idea untuk buat entri. Tapi entri macamni just sebagai kenang-kenanganlah. Blog inikan umpama saya punya e-journal . Tak kisah pun kalau tak ada reader yang singgah baca. Tapi kalau ada yang sudi singgah, baca & siap tinggalkan jejak, saya suka jea. Hehe.

Share this:

, ,

CONVERSATION

16 comments:

  1. ni g training ke g fotoshoot..hihi

    ReplyDelete
  2. Cantiknya port area situ. Ambil gambar mmg cun

    ReplyDelete
  3. Cantik tmpt bergambar tu, very fresh look ...

    ReplyDelete
  4. cantiknya taman tu, mmg rugi laa kalau tak bergambar. hihii :)

    ReplyDelete
  5. cantik tempat tu..sedap mata memandang

    ReplyDelete
  6. Bestnya tempat training ada surrounding yg cantik.. bila time break bolehlah segarkan mata balik..

    ReplyDelete
  7. Cantiklah tenpat training tu...=) makanan pun sedap...tu yg penting

    ReplyDelete
  8. Blogger nie kalau boleh semua spot ambik gambar kan sis? hehe.. Sama saya pun sejak aktif menulis blog nie jadi narsis pulak. X kisah x de yang baca, janji menulis. ^^

    ReplyDelete
  9. cantik style tudung radhia pakai, tutorial pleaseeeeeee..

    kalau seminar, IQ suka bab makan...kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni stail vivy yusof...saya pun belajar stail ni kat utube jea..izyan search jea stail vivy yusof..

      Delete
  10. Dah macam model.dah dedua ni haaaaa

    ReplyDelete
  11. amboihh seronoknya training.. siap snap2 gmbr hehehe

    ReplyDelete
  12. cantik tempat dia..memang best kursusu macam ni..hehe

    ReplyDelete