Gediks Family Ke Utara Untuk Majlis Pertunangan Farid.

Gedik Family ke utara kali ini untuk event yang sangat bermakna buat kami semua iaitu Majlis Pertunangan Farid. Farid pun macam sama macam saya jugak. Jodoh  dengan orang utara. Tapi Farid ni ke atas lagi iaitu di Kedah. Kimchi (which is my hubby) pulak orang Perak. Tengok Didi & Dak Mus pulak dijodohkan dengan orang mana. Adakah utara jugak? Kita tungguuuu. Hehe.






Farid & Hazzy(his partner), dah lama kenal iaitu sejak belajar di Kolej Matrikulasi Kedah. Bila dah lama rapat, kena cepat-cepatkan lah ada ikatan. So, mereka berdua decide mengadakan majlis pertunangan untuk di rumah parents Hazzy pada 26 August 2017.



Bertolak ke Kedah pada hari jumaat, sehari sebelum majlis pertunangan. Bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya yang Cuma 10 minit sahaja dari rumah parents Hazzy. Boleh baca di entri SINI untuk pengalaman bermalam di Teratak Singgah D’Soffiyya.




Pada hari majlis pertunangan, majlis bermula  pada pukul  11:30am. Saudara-mara yang join rombongan lelaki iaitu Farid Maklang & dua anaknya, uwan, induk, Paktam sekeluarga, ayahchik sekeluarga & ayahhar sekeluarga.


Sesi sesi perbincangan, hanya orang-orang tua sahaja iaitu parents Hazzy & mak abah. Jurucakap adalah ayah Hazzy. Antara intipati perbincangan  adalah tarikh perkahwinan, wang hantaran & etc.
Selesai sahaja perbincangan, majlis diteruskan dengan sesi sarung cincin & bergambar. Sebelum majlis betul-betul tamat, tuan rumah jemput tetamu menjamu selera.



Dulu teringat Farid masa kecil-kecil dulu, kerja menangis jea especially bila dengan abah. Biasalah anak lelaki sulung. Manja terlebih. Kalah Mus manjanya. Ahaks. Sekarang dah nak jadi suami orang & sedikit lagi nak jadi bapak orang dah.  Cepat naw masa berlalu.


To Farid, selamat mengharungi fasa pertunangan. Orang kata fasa pertunangan mencabar sedikit sebab darah mudah & etc. Semoga kau dapat pergi ke langkah seterusnya iaitu ikatan yang sah, ikatan yang membuatkan banyak setan menangis dengan jayanya. Aaminn.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

7 comments:

  1. Alhamdulillah.. tahniah atas pertunangan brother Radhia..Semoga segalanya dipermudahkan hingga ke jinjang perkahwinan

    ReplyDelete
  2. semoga kuat menghadapi alam pertunangan, alam bertunang paling banyak dugaan.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan sama padan.. Semoga semua urusan membina masjid dipermudahkan.. Aamiin.. Selamat bertunang..

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan ke peringkat seterusnya.

    ReplyDelete