Spectroscopy Education Workshop At MIMOS Berhad, Kuala Lumpur



Dapat invitation email ke education training di Mimos dari Agilent. Agilent ni memang setia menjemput kitorang join complimentary training yang diorang anjurkan. Kitaorang pulak bila tengok training ni tak dikenakan apa-apa bayaran terus reply setujulah.

Training ni diadakan selama 4 hari. Yang berkaitan dengan jobscope kitaorang 1st day & 2nd day sahaja. Yang lagi 2 hari,  training tentang instrument yang tak ada di makmal kitaorang. Tapi kalau ada belajar Kimia semasa degree dulu macam saya & Lina, ada jea study pasal instrument ni. So, kalau nak tambah knowledge, boleh jea nak continue attend pada hari ketiga & keempat.



Reply Agilent nak attend keempat-empat hari. Tapi masa nak minta approval dari management, just approve 2 hari jea yang just berkaitan dengan jobscope kitaorang jea. Tapi bila attend 1st day training, dapat message dari HOD, dia tak bagi pergi yang second day. Disuruhkan kitaorang masuk kerja. Sabar ajealah. Second day tu praktikal kot. Participant dibenarkan untuk run instrument sendiri di makmal Mimos. Yang first day setakat teori yang macam kuliah tue. Memang rugi tak join yang second day.



Nak buat camno. Weollss setakat staff marhaen jea. Ikutlah ajelah arahan management. Nama pun arahan dari orang atasan kan.

Walaupun setakat attend teori jea, banyak jugaklah dapat tambah ilmu pengetahuan yang baru. Selain itu, dapat menjejakkan diri di MIMOS. Saya & Lina first time pergi MiMOS. MIMOS ni adalah sebuat pusat penyelidikan & pembangunan di bawah MOSTI. Kiranya MIMOS ni macam one stop centre untuk semua penyelidikan sains. Tu yang Agilent pilih untuk buat training di MIMOS sebab MIMOS ni ada macam-macam jenis makmal saintifik yang sangat lengkap dengan segala jenis alat, instruments & etc. Cuma saya & Lina jeatak dapat nak lawat makmal MIMOS sebab tuelah. Sadis kan. Huh.




Hope lepas ni still dapat lagi invitation training macamni lagi sebab memang banyak dapat tambah ilmu & juga pengalaman. 

Share this:

CONVERSATION

5 comments:

  1. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  2. semoga ada rezeki lagi nextime utk attend training :)) jgnlah sedih.

    ReplyDelete
  3. Bagus training mcm ni bertambah luaslah knowledge. Mama dah dpt hadiah Radhia. Tq ye
    http://www.mamapipie.com/2017/10/hadiah-kemenangan-dari-radhia-dah-sampai.html

    ReplyDelete