Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Muzium Sungai Lembing terletak di atas bukit. Asalnya adalah tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing

Masa stay di Kuantan, Pahang selama 3 tahun dahulu, tak pernah pun sampai Sungai Lembing. Ni dah stay di KL, barulah terfikir nak pergi Sungai Lembing. Itupun sebab dari Cherating. On the way nak balik KL, singgah lah sekejap di Sungai Lembing ni. Tapi dari Kuantan ke Sungai Lembing, boleh tahan jugak jauhnya. Adalah dalam 45 minit nak boleh sampai.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Harga tiket RM2 sahaja

Apa yang menarik di Sungai Lembing ni. Kalau sekarang, dah macam pekan cowboy sedikit. Jalan nak masuk ke bandar inipun macam sunyi jea. Kiri kanan hutan.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Family ayahchik pun peminat tempat-tempat bersejarah.


Tapi pada zaman dahulu, Sungai Lembing diibaratkan sebagai El-Dorado Timur tau di negeri-negeri Tanah Melayu. Sebabnya di sinilah letaknya sebuah perkampungan masyarakat Inggeris, iaitu di Lembah Sungai Kenau.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang


Sungai Lembing ni memang pernah melalui zaman kegemilangan kerana statusnya yang pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia. Di dunia tau. Jangan main-main.  Inilah menjadikan Sungai Lembing menjadi sebuah bandar yang terkaya dan pengeluar utama bijih timah di negeri Pahang.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Mak macam biasa memang akan baca semua maklumat yang ada di situ

Sekarang kegemilangan itu dah tak dok lagi. Bijih timah dah habis. Yeala bijih timah ni digali sejak tahun 1887. Mana tak habisnya. Tapi bijih timah ni sebelum habis pun dah mengalami masalah kejatuhan harga dah. Mungkin masa itu ada bahan yang dapat replace bijih timah & kos nya lebih rendah.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Haaa..Ni mana words tak banyak, di situ ada saya. So lousy tabiat membaca saya ni.

Kalau nak tahu maklumat tentang perlombongan bijih timah dengan lebih lengkap, bolehlah melawat Muzium Sungai Lembing.  Di situ semua jenis maklumat dari zaman kegemilangan perlombongan bijih timah hinggalah kemerosotan di Sungai Lembing, ada di situ. Dak dak sekolah kalau nak buat projek geografi/sejarah yang berkaitan dengan Sungai Lembing, memang patutlah melawat Muzium ni.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Entah bila nak rajin membaca macam mak.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Mak & Abah

Bangunan muzium ni asalnya tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing. Macam rumah kampung tapi sangat besar & terletak di atas bukit. Tempat mandi pun ada bathtub. Dulu-dulu kira kayalah ada kediaman macam ini.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Macam inilah rupa perlombongan bawah tanah

Dari parking kenalah mendaki sedikit untuk ke muzium. Atas bukitkan. Harga tiket tak mahal. Cuma RM2/person. Muzium selalunya tak pernah kenakan harga tiket yang mahal. Nanti tak orang nak pergi. Hehe.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Nak naik kereta api, boleh naik di Tai Pei Tong ni. Rambut Dak Zafran serabai sebab baru bangun tidur.

Honestly suka dengan bangunan muzium sungai lembing ni. Struktur binaan bangunan ini mengikut reka bentuk vertikular-kolonial. Cantik jugaklah kalau nak buat apa-apa photoshoot di situ.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Naik kereta api inilah.

Sebelum balik, singgah Lombong Bijih Timah bawah tanah. Sampai-sampai situ, kena naik train kalau nak pergi ke kawasan perlombongan bijih timah. Tapi harga tiketnya mak aii mahal bebenor..Satu kepalaq kena bayar RM25. Mampu tengok ajelah orang-orang lain naik.

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang

Menghayati Sejarah Zaman Kegemilangan Perlombongan Bijih Timah Di Muzium Sungai Lembing, Pahang
Menuju ke kawasan perlombongan

Sungai Lembing ini macam kehidupan kita dah. Ada masa naik, ada masa turun. Lepas itu naik. Tapi Sungai Lembing ini bila nak jatuh, dah tak boleh naik-naik dah. Tapi boleh buat apa kot. Melibatkan ekonomi global kan. Apapun, tetap rasa seronok melawat Sungai Lembing especially Muzium Sungai Lembing.

Share this:

, ,

CONVERSATION

11 comments:

  1. bestnya melawat tempat2 gini..:)

    ReplyDelete
  2. minat nya tempat2 macam nih
    dah semua cantik2 jer ruang dan kawasan dia

    ReplyDelete
  3. Teringat datang sini dengan geng kbba9.. Best sgt..

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Penuh informasi dan sejarah.. Harga tiket pun murah..

    ReplyDelete
  5. walaupun kampung IQ dekat felda bukit kuantan dan dekat dengan sungai lembing ni, tak pernah plak IQ sampai ke muzium ni, huhu

    ReplyDelete
  6. tak pernah tahu pulak sejarah sungai lembing ni sampai ke tahap dunia dah.

    ReplyDelete
  7. Bestnya.. murah Pula Tu tiket masuk

    ReplyDelete
  8. Menariklah tempat ni. Harga tiket pun murah.. teringin nak ke sini juga nanti sekeluarga jln2.. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  9. Wah menariknya... Satu hari nanti nak singgah muzium Sungai Lembing ni...

    ReplyDelete
  10. haaa akak pernah pegi jugak, yang naik ketapi masuk kawasan bijih tu pun akak masuk jugak, best dalam tu sejuk je, tapi sejenis akak ni takut sikit dengan kwasan sempit dan gelap, jenuh berdoa dalam tu macam2 hehehe fikir yang bukan2 je

    ReplyDelete
  11. best juga bila dpt lawat tempat yg ada kesan sejarah mcm ni... dpt juga belajar sesuatu mengenai kehidupan lalu masyarakat ...

    ReplyDelete