Advanced Mak & Abah 32nd Wedding Anniversary Celebration At Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
Baru dapat kumpulkan semua godiks.

Anak-anak jantan mak abah sejenis susah nak mem free kan diri. Asyik busy memanjang. Sorang kerja di Labuan. Seorang lagi kena buat kerja Yang Berhormat di Unimap. Memang schedule diaorang selalu pack. Uisshh. Pok Jib pun tak busy laguni. Ahaks.

Disebabkan schedule depa selalu pack, terpaksalah celebrate ulang tahun perkahwinan mak & abah yang ke-32, seminggu lebih awal daripada tarikh wedding anniversary mak & abah. Time ini ajolah Farid & Musnye free. Venue yang dipilih untuk celebration tak lain tak bukan di restaurant ikan bakar di Bagan Lalang.

Di Bagan Lalang sepatutnya makan di restaurant yang kitaorang selalu pergi iaitu Dayang Senandung. Tapi kata abah, tak dapat call orang kedai ni untuk booking.  Abahnye nak booking siap-siap, takut ramai orang makan ikan bakar. Time tu gaji baru masuk. Baru lepas 25hb. Tapi berlainan pulak dengan saya yea. Time ni gaji saya masa ni dah berada di paras bahaya. Huhu. Maklumlah gaji masuk tak serupa orang lain. Huhu.

Abah google kedai lain & jumpalah Restoran Bayu Malam dalam carian. Baca review semuanya ok, terus book. Bertolak dari PJ pukul 4:40pm lagi. Nak sampai sebelum malam. Kata abah lagi, kalau malam lagi sesak sebab malam minggu & again baru dapat gaji.  Dalam 2 jam jugaklah perjalanan ke Bagan Lalang ni. Tertidur saya dalam kereta. hehe.

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
Di restoran Bayu Malam

Sampai-sampai terus pilih seafood. Seafood yang dipilih ialah Jenahak, udang, sotong, pepahat, ketam & kerang. Tambah lagi telur dadar sebagai lauk sampingan. Sementara tunggu seafood dimasak, solat asar dahulu & lepak-lepas di tepi pantai..

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
Muka overexcited sangat dapat makan ketam.

Pantai Bagan Lalang kini dah tak seperti macam last time saya pernah sampai dulu. Sekarang lebih happening. Macam-macam aktiviti dilakukan dapat dilihat di pantai ni iaitu berkelah, main bubbles, layang-layang & yang terkejutnya mandi pantai.  Ingatkan pantai ni tak sesuai untuk dimandi sebab setiap kali pergi dulu macam tak pernah pun tengok orang mandi di pantai ni. Ke saya yang tak perasan. Apapun, pantai bagan lalang sekarang berbeza dah.

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
 Di Pantai Bagan Lalang

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
Rasa tenang jea melepak di pantai ni

Dah lepak sekejap di tepi pantai, seafood kitaorangh pilih semuanya dah sedia untuk dimakan. Bila tengok lauk-lauk yang dihidangkan, portion macam banyak pulak. Memang banyak pun. Tu yang habis sampai RM500++. Terkejut jugaklah time dapat bil. Tak pernah-pernah lagi makan ikan bakar sekeluarga sampai habis RM500. Selalunya dalam lingkungan RM200-RM300 jea.

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
Ready untuk makan

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
 Jenahak bakar. Isinya sangat fresh

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
 Sotong goreng tepung. Bila makan, rasanya agak liat.

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
 Udang goreng tepung. Rasanya sedap.

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
 Kerang rebus. Ada termakan beberapa ketui yang dah tak elok

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang
Ketam masak cili. Ingatkan macam sambal tue, warna merah. Rupa-rupanya guna cili api. Macam masak ketam ni tak lama. Sebab apa saya cakap macam ni. Tengok bawangnya tak cukup layu.

Tak apalah celebrate anniversary kan. Semua lauk pun habis habis dimakan kecuali sotong. Lagipun, banyak seafood yang sebelum ni tak pernah pilih, kali ini ada macam ketam & kerang. Ikan jenahak pun besar. Betullah tue habis RM500.

 Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang


Dah siap makan, solat maghrib dahulu. Lepas tu terus gerak balik rumah. To mak & abah, Happy wedding anniversary to both of you. May the freshness of your love, always remain.

Share this:

, ,

CONVERSATION

13 comments:

  1. wah..bestnya celebrate ramai2..:)

    ReplyDelete
  2. Best dapat berkumpul sekeluarga ramai-ramai camni, rindu la kat famili zumal...

    ReplyDelete
  3. wah seronok kumpul ramai2
    makan besar pula tu
    best2

    ReplyDelete
  4. Wah... seronok sangat bila boleh kumpul 1 famili ramai2..

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaa lama tak gi bagan lalang zaman2 bujang dulu je.

    ReplyDelete
  6. sedapnya makan dekat bagan lalang! pernah pergi sini sekali. best! sotong tu menggugat jiwaa

    ReplyDelete
  7. uih...Rm500..tapi kalau berbaloi oklah kan,,,

    ReplyDelete
  8. Waaahhh bestnya.. semua lauk.nampaknsedap. happy anniversary maknabah Radhia

    ReplyDelete
  9. Wow.. Mengancam betul menu-menunya.. Ketam tu.. pergh..happy anniversary buat mak dan ayah radhia..

    ReplyDelete
  10. sedapnya. makan ramai-ramai memang seronok

    ReplyDelete
  11. Akak pernah makan kat yang hujung sekali HM apa ntah nama dia..teruk gak servis lambat..bila tiba time nak bayar akak kena RM700...hehehe.. nasib baik masa tu dapat bonus

    ReplyDelete
  12. seronok dapat berkumpul dan makan ramai2

    ReplyDelete
  13. Ada no fon restaurant ni tak

    ReplyDelete