Mitsui Outlet Park KLIA Sepang │ Factory Outlet Shopping Paradise For Men

Ada orang kata Mitsui Outlet Park KLIA Sepang adalah syurga membeli-belah barangan luxury brands buat kaum lelaki berbanding perempuan. Sebabnya brands yang ada di situ, kebanyakkannya lelaki yang suka. Untuk perempuan, kurang. Betul atau tidak, saya pun tak sure. Sebab tak pernah sampai sana lagi.


Saya cubalah menjejakkan kaki ke Mitsui Outlet Park. Biar saya tengok sendiri, betul ke tidak Mitsui Outlet Park lebih sesuai untuk lelaki.



Sampai sahaja di Mitsui Outlet Park, memang betul lebih sesuai lelaki. Kalau tengok outlet di situ, mostly menjual brands yang lelaki suka seperti Nike, Adidas, Diadora dan banyak lagilah. Memanglah brands ni adalah unisex. Tetapi lelaki lagi berminat shopping brands ni berbanding perempuan.

Luxury brands yang perempuan suka still ada. Cuma tak banyak kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Yang saya nampak ada adalah Bonia, Carlo Rino & Bally. Yang macam Fossil, Gucci, Michael Kors Coach, semua ini tak ada.


Brand unisex, untuk child & home appliances pun ada tapi macam saya kata tadilah. Tak sebanyak brands kesukaan lelaki. Unisex yang ada seperti Timberland, Clark dan etc. Untuk kanak-kanak pula ada Poney & Toy world.

Kimchi memang sakanlah shopping barangan sukan. Saya memang tak join shopping sakan macam dia sebab tak bersukan. Kimchi ada jugak shopping brand yang unisex dan saya minat jugak iaitu Levis. Levis pulak masa tu ada buat promotion especially seluar jeans. Tapi saya still tak dapat nak menumpang sekaki jugak shopping levis. Perut dah membonyotkan. Sambung tengok lagi Kimchi shopping. Yang saya dapat shopping just chocolate beryls ajo. huhu.

Kimchi dah dapat hasil

Apa yang saya suka dengan Mitsui Outlet Park  ni adalah interior deco nya. Ada banyak ruang yang ada 3D art. Memang kerja bergambar ajelah di semua 3D art yang kitaorang jumpa.

Semua 3D arts yang kitaorang bergambar





So, bagi saya betullah tu Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni lebih sesuai untuk lelaki. Nak outlet  ada sama banyak untuk lelaki, perempuan, unisex, kanak-kanak dan di area dekat dengan Selangor, shopping di GHPO. Kalau nak shopping luxury brands dengan harga berpatutanlah. Yang sentiasa ada discaunt. Kalau tak kisah nak bayar normal price, pergi ajolah shopping di mana-mana mall yang terdekat. Di Lembah Klang sahaja, macam-macam shopping mall ada. Pilih jea nak pergi mana satu. Sediakan duit sahaja. hehe.

Share this:

, ,

CONVERSATION

15 comments:

  1. Pernah lalu jer, tapi tak singgah pun...

    ReplyDelete
  2. Dari hari tu nak singgah..tp tak dan...huhu

    ReplyDelete
  3. belum pernah sampai sana. btw anak akak muka iras akak la.. :)

    ReplyDelete
  4. Wahhbestnya.. Teringin nak sgah tiap kali lalu..huhu

    ReplyDelete
  5. Seronokla blh shopping banyak2.. sila menyoping .. hehehe..

    ReplyDelete
  6. iyer.. tambah tambah buttik nike, timberland, adidas, puma.. juling mata

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi ke sini. Hmm mostly untuk lelaki rupanya Mitsui ni. Orang lelaki best la. Banyak pilihan. Kita yang perempuan ni cuci mata je la hihi

    ReplyDelete
  8. Wow, Zumal boleh la shopping situ yer

    ReplyDelete
  9. Jalan² bolehlah kat situ, nak shopping mahal sgt rasanya.

    ReplyDelete
  10. bestnyaa jalan2. gmbar mmg lawa kan kalau lukisan nmpak 3D.

    ReplyDelete
  11. Walaupun Mitsui nie dekat dengan rumah tapi saya masih belum nak menjejakinya lagi.. hihi

    ReplyDelete
  12. mmg best datang kat sini..tapi jauh nauuu

    ReplyDelete