Kurang Cukup Rasa Pulak Boat Noodle Thai Iced Green Tea Yang Ini

Bagi saya (bagi sayalah), antara semua tempat iced green tea yang saya pernah beli, yang Boat Noddle adalah yang paling sedap, paling cukup rasa, paling lemak berkrim semua palinglah. Setiap kali pergi Boat Noddle Aeon Shah Alam, confirm saya akan tapau Thai Iced green tea. Kenapa Aeon Shah Alam. Sebabnya dekat dengan office. hehe

 Kimchi layankan jea keinginan isteri  mengandung.kuikuikui

Masa ada pergi PKNS haritu, baru tahu ada Boat Noodle baru dibuka di situ. Saya apalagi ajak Kimchi lunch di Boat Noddle lepas Kimchi settle shopping baju melayu. Bukan nak makan sangat pun di Boat Noddle, tapi nak minum Thai iced green tea.

Kimchi pun layan ajelah. Dah di Boat Noddle, order Kra Pow Chicken,  Kaw Pad Super Fried Rice, Thai Iced Tea & of course Thai iced green tea. Dapat-dapat jea Thai Iced Green Tea, tanpa membuang masa terus minum.




Dah masuk ke tekak, macam tak sampai rasanya. Dengan kata lain, rasanya tak sama seperti yang saya pernah minum sebelum ni. Kalau lagi sedap tak apa. Ini lagi tawar & sememangnya tak cukup rasalah.

Gini yea. Lain kedai, lain rasanya yea. Of courselah kan. Tukang buatnya lain-lain orang. Seriously ingat akan rasa sama. Yeala, memanglah bukan dari franchise yang sama. Tapi mesti mengunakan SOP yang sama kan. Macam KFC, McD kan sama jea rasanya tak kira makan di mana-mana franchise pun. Bukan macam tu ke. Tak erkkk.
Muka paksa senyum sebab Thai Iced Green Tea yang tawar

Luluh hati minum iced green tea yang tak cukup rasa. Takpe, nasib baik dekat jea dari office kalau nak beli yang sedap punya iaitu di Boat Noddle, Aeon Shah Alam. Thai Iced Green Tea di Boat Noodle, Aeon Shah Alam tak pernah mengecewakan.

Yang Kimchi order iaitu Thai Iced Tea pun rasa biasa-biasa jea. Tak tahulah memang rasa macamtu ke Boat Noddle ni yang buat so-so

Macam inilah. Kalau tiba-tiba teringin Thai Iced Green Tea, kena beli di Aeon Shah Alam. Confirm dapat minum yang sedap. Tempat lain tak cuba dan jayalah. Takut hasilnya mengecewakan. Huhu.

P/S: Lupa nak komen pasal makanan yang saya & kimchi order. Rasanya biasa biasa sahaja. Tak ada yang extraordinary sangat

Share this:

,

CONVERSATION

13 comments:

  1. Maybe franchise ni hanya untuk nama tapi bukan menu... Hehehe agak-agaknya la...

    ReplyDelete
  2. Boat Noodle baru bukak kat CItta MAll tapi saya pun tak pernah makan kat mana-mana cawangan Boat Noodle. Ramai je orang, malas nak tunggu. Hii

    ReplyDelete
  3. Dia lupa letak gula kot...hehehe..memang betul lain lain orang yang buat..alin kedainya dan rasa sure tak sama..SA rasa orang tu lupa letak gula atau kurang sukatan gula dari biasa

    ReplyDelete
  4. haritu mak dgn adik order air sama. 1 manis 1 tawar.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi makan kat Boat Noodle. Apa recommended menu kalau makan situ?

    ReplyDelete
  6. air green tea tu memang fav saya la♥

    ReplyDelete
  7. Aida x pernah num green tea :-)
    x brape minat. Tapi mcm nak try sebab nak start diet until Syawal in shaa Allah...

    ReplyDelete
  8. Kakak saya mmg peminat tegar air dekat boat noodle ni. Tapi branch di Publika dan Empire kadang2 rasa sedap kadang2 tak. Tu yg frust tu..

    ReplyDelete
  9. kat ganu baru buka new franchise. boleh try green tea kat situ..hopefully tak mengecewakan!haha

    ReplyDelete
  10. hahaha takkkkkk! Dulu pun fikir macam tu jugak rupanya tak, memang ikut franchise area tu sebab ikut tangan yang memasak tu :P

    ReplyDelete