Majlis Persandingan Induk & Azrul di Dewan Batu Kikir, Negeri Sembilan

Majlis Persandingan Induk & Azrul Belah Lelaki  agak lama dah berlalu iaitu pada bulan April lepas. Tapi bulan August ni baru nak up. Story ni boleh jadi lemau sebab lama sangat tunggu untuk post.



Bukan apa. Bulan Mei saya bersalin. Kalau dah nama bersalin, dua bulan habis masa dengan berpantang. Memanglah selepas majlis berlangsung ada dalam dua minggu sebelum saya bersalin. Majlis tu akhir bulan april kan. Tapi biasalah…my schedule is so freaking pack (alamak poyo la ai minah ni..cakap busy).



Lemau tak lemau tetap nak up jugak entri majlis persandingan induk & hubby belah lelaki. Inikan momen paling terindah berlaku dalam hidup makchik comel saya iaitu induk. Haruslah dicerita dalam blog penselduabee untuk dijadikan kenang-kenangan.





Majlis persandingan induk belah lelaki diadakan di Dewan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Yea induk dijodohkan dengan orang Negeri Sembilan. Senang. Tak payah nak gaduh gaduh pening kepala fikir turn kampung mana patut balik. Ahaks (#gurau)


Busana pengantin yang dipadankan oleh pengantin sangat cantik. Makeup pun cantik. Semuanya perfect.  Selesai sahaja majlis ini maknanya selesai sudah segala-galanya yang berkaitan dengan perkahwinan.




Boleh rehat dah induk dan focus pada marriage life. Kaklong doakan supaya induk & pasangan bahagia hingga ke akhir hayat.

Share this:

, ,

CONVERSATION

9 comments:

  1. Baju pengantin cantik meletop..terus rasa nak kawen..ehhh

    ReplyDelete
  2. Semoga berkekalan ke akhir hayat, btw baju pengantin perempuan tu comel je. Nampak sopan dan unik..

    ReplyDelete
  3. semoga bahagia ke akhir hayat...hmmm bilalah saya nak kahwin ni hahahaha. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 530

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat baju songket pengantin pakai

    ReplyDelete
  5. Cantiknya warna baju pengantin.. Semoga bahagia hingga ke Jannah buat pengantin..

    ReplyDelete
  6. Wah meriahnya majlis mereka...

    ReplyDelete
  7. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin dan semoga perkahwinan kalian akan berkekalan hingga ke Jannah..

    ReplyDelete