Makan Di Mozer's, Bukit Jelutong Baru Tahu Nasi Arab Ada Banyak Jenis


Saya baru tahu nasi arab ni ada macam-macam jenis. Saya dapat tahu nasi arab ni ada banyak jenis semasa makan di Mozer’s, Bukit Jelutong. Bukak sahaja menu, tengok-tengok ada lebih 5 pilihan nasi arab iaitu Kabsah, Makhlouba, Bazilla Mandy dan etc.


Sedap betul tengok orang belakang tu makan churros

Ingatkan nasi arab ni setakat nasi Mandy sahaja. Sangat lousy saya punya knowledge terhadap nasi arab ni. Yeala, saya ni dahlah bukan die hard fan of nasi arab. Lepastu pulak bukannya food blogger mahupun food critic. Manalah tahu jenis-jenis nasi arab ni.

Kabsah Rice With Chicken (RM10)

Makan di Mozer’s Bukit Jelutong pun,  Lina yang ajak. Stail kitaorang asal gaji masuk, akan makan di tempat yang best & cuba restaurant yang belum pernah pergi. 

Makhlouba Rice With Chicken (RM12)

Menu yang saya pilih ialah Kabsah Rice served with chicken. Lina pulak order Makhlouba Rice with Chicken. Saya rasa Lina punya lagi best sebab ada lebih banyak garnish iaitu ada terung, cashew & sayur lain. Saya punya macam nasi & ayam semata-mata. Sayur pun setakat salad sahaja.

Untuk rasa, sedaplah untuk kedua-dua nasi arab. Kuah pun sedap. Yang Makhlouba rasanya lebih light. Compare dengan Kabsah, rasanye lebih heavy dengan rempah-ratus. Bagi saya, Makhlouba lebih kena dengan selera saya.

Portion nasi sangat banyak.

Saya suka dengan interior deco restaurant ni. Sangat cantik dan menarik  bila deco mengunakan gantungan banyak gambar di dinding. 

Satu lagi selain Arab cuisine, boleh order dessert jugak di Mozer’s. Ada pelbagai pilihan pencuci mulut yang boleh dipilih iaitu churros, macam-macam jenis cake & banyak lagi.

Deco yang banyak mengunakan gantungan gambar di dinding. So nice.

Kalau ada makan lagi di Mozer’s, nak try rasa dessert pulak. Untuk main course pula, saya taknak order rice dishes. Rice dishes ni saya macam cepat muak sedikit bila makan sebab portion nasi & ayamnya banyak. Nak try order main course jenis lain iaitu grill, pasta dan etc. Bolehlah datang lagi untuk cuba jenis main course lain pulak.

Share this:

, ,

CONVERSATION

8 comments:

  1. murah laa... lazim yg sy jumpa RM20 dan ke atas...x tau laa apa yg mhl sgt... kalu pinggan emas xpe laa jg hahahaha

    ReplyDelete
  2. Drop here! :)

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/cekodoktrip-hiking-bukit-keluang-pantai.html

    ReplyDelete
  3. Rasa rindu nak makan nasi Arab camni...

    ReplyDelete
  4. Baru tau jugak ni, biasa suami la suka makan nasik Arab ni..kita tukang join je :)

    ReplyDelete
  5. Tq share,len kali boleh la cuba ni..sedapnya

    ReplyDelete
  6. Menarik deco kedainya.. Makanan pun nampak mengancam.. pUas makan dengan portion banyak macam tu..

    ReplyDelete
  7. tak sangka pula nasi arab ni ada banyak jenis. saya ingat nasi mandy dengan kabsah je. hehe

    ReplyDelete