Kek Batik Antara Kek Tanpa Perlu Guna Oven Dan Mixer

Yeay mood buat dessert kembali lagi. Tapi mood dah ada pun, saya tak boleh buat kek yang ambil masa panjang. Almaklumlah dah ada dua orang anak. Dengan hal rumah lagi nak kena uruskan. Haruslah buat kek yang senang dan ambil masa singkat sahaja untuk siapkan.

 Baru dimasukkan di dalam loyang dan ditekan


Buat kek ini, masa banyak spend semasa nak mixing guna mixer dan membakar. Nak jimatkan masa kena buat kek yang tak perlu masuk oven dan juga pukul guna mixer. Kek apa itu yea.

Kek itu adalah Kek Batik. Tak percaya boleh jadi kek tanpa guna mixer dan oven. Tengoklah dahulu resipe di bawah.


Bahan-bahan
400 gram biskut marie pecahkan 4
4 biji telur
1 tin majerin 250 gram (guna butter pun boleh)
3/4 cawan gula (ini ikut taste saya. rasa nak manis lebih tambah gula lagi sehingga 1-11/2 cup)
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan air

Cara-cara
1. Campurkan semua yang ada dalam periuk
2. Kacau hingga sebati
3. Masak hingga pekat.
4. Masukkan biskut kacau hingga sebati.
5. Tekan dalam loyang. Sejukkan
6. Keraskan dalam peti ais

Selepas dikeraskan dalam peti ais

Bapak senang kan nak buat kek batik ni. Lepas tu tak perlu guna mixer dan oven lagi. Bertambah-tambahlah senang.

Tapi senang senang pun, nak buat kek batik kena ada biskut marie & serbuk koko. Kalau tak ada, tak jadi kek batiknya. Bahan-bahan lain adalah bahan wajib dapur(bagi yang memasak). Ada semua bahan-bahan ini, maka dapatlah buat kek batik yang senang & cepat ini.


Share this:

CONVERSATION

10 comments:

  1. kek paling sng nk buat dan paling sedap (time tekak teringin nak makan) ;-)

    ReplyDelete
  2. kek batik memang kek paling senang kan.. tapi dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..salah satu kek febret ni

    ReplyDelete
  4. Dapur tadak takle.masak gak hehehe .. bab dapur tu win aihhh ..

    ReplyDelete
  5. Wowww...makanan kegemaran ni... Tp bila nk buat tu yg tak berapa rajin.Lpas ni kena bertambah rajin la sbb tgk mudah je nak buat.

    ReplyDelete
  6. Selalu jugak buat kek batik sebab senang..

    ReplyDelete
  7. Your professional chief. At one's I will get your this sweets. With that, I am providing Residential Mover Services in Atlanta GA to the beloved peoples. They can go to his office on time.

    ReplyDelete
  8. You made taste and delicious dishes. This post is very helpful for me because, I am Food lover. Thank you for sharing post with us. Moreover, If you want to get painting work then you should visit Exterior Painter Services in Quincy MA for guarantee work.

    ReplyDelete
  9. We can baked a cake at home without using oven.
    Website link Website link Website link Website link Website link Avail the best and reliable pest control surrey visit https://tpcs.ca/

    ReplyDelete