Buka Puasa Dalam Taman Di Goat2Go Farm Teknocafe, MAEPS Serdang Bersama-Sama Keluarga Che Minah

Best sangat tempat iftar CMC tahun ini iaitu di Goat 2 Go Farm, MAEPS Serdang. Sebabnya tempatnya adalah berkonsepkan taman haiwan. Boleh lihat tempat buffet Ramadhan nya dikelilingi taman dan ladang. 



Mini Zoo juga ada yang boleh lihat haiwan-haiwan terutamanya haiwan ternakan. Memang sangat menarik untuk dijadikan tempat gathering especially melibatkan keluarga yang ada kids. 



Tapi saya tak sempat nak bawa budak-budak ke mini zoo. Tak adalah sampai tempat tu lambat pun. Sebabnya sibuk nak ambil makanan buffet Ramadhan sebelum masuk waktu. Nafsu sangat kan. Kuikuikui. 



Mana tak sabar-sabar nak ambil makanan. Makanan buffet Ramadhan semuanya nampak menyelerakan. Banyak jenis pulak ada. Hampir semua konsep ada seperti western, tempatan, middle east, dessert, kuih tempatan, ABC, cendol. Eh semualah ada.




Yang paling menarik perhatian saya of course kambinglah. Sampai-sampai tempat berbuka, stall kambinglah paling panjang beraturnya. Sudah semestinya lah kan. Ada info mengatakan kambing yang dihidangkan adalah yang baru disembelih pada hari yang sama jugak. Memang makan daging segar bugar dari ladanglah. (ok bugar tu saja tambah yea..)




Actually takyah nak beratur ambil awal kambing ni bagai pun tak apa. Kambing ni  adalah free flow sehingga pukul 9. Maknanya tak akan habis hingga pukul 9pm. Tapi still sabar-sabar nak ambil sebab macam saya cakap tadilah..nafsu kan. Actually makanan-makanan buffet lain pun sentiasa ditambahlah.



ABC dan cendol pun saya suka jugak. Rasa ABC nya memang terbaik. Makanan western seperti variety of pasta, mushroom soup & garlic bread pun sedap. Zafran makan banyak pasta. Brownies pun dia suka.


Terbaiklah tempat berbuka di Goat 2 Farm, MAEPS Serdang. Boleh repeat lagi.



Share this:

CONVERSATION

6 comments: