Majlis Aqiqah Anak Buah, Filzah Eliya Di Rumah Parents, Petaling Jaya

Tahun lepas buat Majlis Aqiqah di rumah mak abah untuk Dak Zafirah. Tahun ini untuk anak Farid pulak iaitu untuk Dak Filzah Eliya.



Kalau ada nak buat majlis-majlis macamni, rasa macam lebih suka dan selesa buat di rumah parents. Sebabnya parents dah lama stay situ. Dah kenal orang masjid dan orang-orang taman perumahan(aka jiran-jiran) dengan baik. Sangat rapat. Jadi senang nak jemput untuk datang, buat bacaan doa dan sebagainya. 






Satu lagi parents dah kenal orang-orang taman iaitu di kalangan jiran-jirannya jugak yang boleh masak sedap. Tahu siapa boleh masak lauk-lauk yang sedap. Kuih yang sedap. Semuanyalah.



Menu untuk majlis Aqiqah, upah kawan masjid parents yang masak iaitu Makchik Wan. Untuk lauk dan nasi Makchik Wan masak gulai kambing, pecal dana yam goreng berempah. Kerabu kacang botol pun ada. Kuih-muih pulak ada karipap dan Vaddey. 




Makchik Wan memang terbaiklah masakannya. Tak pernah tak sedap. Last year masa Aqiqah Zafirah pun dia yang masakkan jugak.

Menu lain yang order dengan kawan-kawan parents ialah laksam dan kuih seri muka. Rasa memang confirm sedaplah. Mak akan order bila dia confirm tau rasanya sedap. Selalunya Mak mula-mula rasa makanan yang sedap ni bila makan di jamuan di surau/masjid. Takpun di majlis-majlis rumah-rumah orang satu taman. 






Bila mak rasa sedap dan kena dengan citarasa, terus tanya orang surau/tuan rumah siapa yang masak. Sebab mak akan nak order dari orang yang buat sedap ni kalau ada buat apa-apa majlis. Macam untuk majlis Aqiqah nielah.

Yang kami prepare sendiri ialah mee kari, popia goreng, mini Nutella cheese tarts, egg tarts, banana peach chocolate chip bread pudding. Yang siap import uwan untuk prepare kuih kampong-kampung dari air tangan uwan sendiri ialah kuih koci dan lepat. 






Uwan kalau nak buat kuih-kuih, uwan akan pilih sendiri kelapa di kedai. Katanya hanya jenis kelapa yang tertentu yang dapat menjadikan rasa kuih sedap dan berlemak. Memang tak dapat dinafikanlah kenyataan tu. Lain dari lain rasa kuih uwan ni.



Banyak kan makanan yang kitaorang serve. Kitaorang memang suka pun serve makanan banyak jenis dan sedap-sedap untuk tetamu. Hampir habislah semua makanan yang kitaorang serve ni. Tak ada berlebih sangat. 

 
Selesai majlis, ada sambutan hari jadi untuk October babies iaitu Didi & Farid

Tahun depan aka nada buat majlis sebegini di rumah parents lagi ke. Kalau ada, benda samalah yang kami prepare. Bukanlah serve menu sebijik macam majlis aqiqah Filzah ni. Konsepnya sama. Serve pelbagai jenis menu dan paling penting sedap. Ada ke tak nak buat majlis pada tahu depan. Kita tungguuuu…

Share this:

,

CONVERSATION

5 comments: