Babymoon Vacation │Staying At Copthorne Hotel Cameron Highlands For 2D1N

Masa mengandungkan Zafran dan Zafirah, tak ada pun bercuti untuk babymoon. Mengandungkan anak ketiga pulak semangat nak babymoon bagai. Terbalik kan saya ni.




Tak adalah. Ada jea pi bercuti masa pregnancy Zafran dan Zafirah. Macam time Zafran ada bercuti di Kuantan. Zafirah pulak bercuti di UK Resort, Ulu Kalong. Just percutian tu bukan purposely untuk babymoon lah. Yang Kuantan tu sebab ada attend kenduri. Ulu Kalong pulak ada family day rakan sekerja Kimchi.



Memang tak ada pun bercuti babymoon time mengandungkan Zafran dan Zafirah. Sebabnya time tu banyak hal terjadi  walaupun di hujung pregancy. Satu lagi term babymoon belumlah viral lagi time tuh.



Berjalan Cameron Highland ni sememangnya purposely untuk babymoon. Pergi bercuti di salah satu tempat favourite sebelum menempuhi fasa meneran, bersalin dan berpantang. Walaupun banyak kali pergi Cameron Highland, tapi still suka bercuti di situ.


Sebabnya mana lagi di dalam Malaysia nak pergi ke tempat yang boleh merasai suhu sejuk. Selain Cameron Highland, adalah Genting Highland. Tapi aktiviti nak dilakukan di Genting lagi limited compare to Cameron Highland. Jadi pilih untuk babymoon di Cameron Highland.



Hotel yang dipilih untuk beristirehat adalah Copthorne, Cameron Highand. Ok jujur cakap. Antara banyak-banyak hotel di Cameron Highland yang pernah stay, Copthorne adalah the best. Sebab apa saya cakap macamni.



First, sangat-sangat dekat dengan Kea Farm. Kea Farm kata orang adalah tempat wajib pergi kalau  jalan-jalan di Cameron Highland. Kea Farm adalah one stop market barang-barangan segar.



Boleh jalan kaki sahaja dari hotel ni. Untuk zaman sekarang ni, factor ni sangat penting. Zaman apa tu? Zaman bila asal cuti sekolah, trafik jem di Cameron Highland berada pada paras kronik. Kalau hotel-hotel lain yang bukan di area Kea Farm, kena drive kalau nak pergi Kea Farm. Kalau dah nama drive kena turut sertalah dengan kesesakkan. Nak pi kea farm. Nak balik dari kea farm kena stuck dalam jem. Ini memang sangat buang masa.



Second, standard room nya sangat luas. Sangat sesuai yang ada anak-anak kecil. Ada space nak berlari ke apa. Interior design yang cantik. Ni baru standard room tau. Belum lagi yang suite etc tu.
Third, breakfast buffet sangat sedap. Ada pelbagai pilihan menu. Dak Zafran dan Zafirah makan dengan seleranya.



Fourth, suasana di perkarangan hotel Copthorne rasa macam di oversea sangat. Sebab ada tumbuh-tumbuhan yang berikilim sejuk. Dengan suhu sejuk sekali. Fifth, ratenya adalah harga mampu milik bagi kami.


Jadi kalau nak repeat jalan-jalan di Cameron Highland, for sure akan booking Copthorne sebagai tempat penginapan percutian kami.

Share this:

CONVERSATION

7 comments:

  1. wahh bestnya pergi cameron highland.rabia pun pernah pergi ke cameron highland . masa tu ikut rombongan sekolah ayah. ayah rabia kan cikgu. so satu family la ikut pergi ke cameron tu.

    ReplyDelete
  2. bestnye travel kt genting. ray baru balik dari melaka

    ReplyDelete
  3. ntah bila dapat naik Cameron lagi ni. Haha

    ReplyDelete
  4. saya kalau pregnant mesti pegi cameron highland.. walaupun jauh dari jb, tp mcm wajib pulak pegi.. haha.. kebetulan yg mcm disengajakan..

    ReplyDelete
  5. Hotel ini nampak bersih dan cantik seperti rumah saya yang baru habis cat bilik. Cameron Highland memang tempat yang cantik yang boleh dibandingkan dengan negara luar! Harap-harap saya dapat pergi lagi tahun ini.

    ReplyDelete
  6. If you're looking to lose pounds then you certainly have to get on this totally brand new custom keto diet.

    To produce this service, licensed nutritionists, personal trainers, and top chefs united to produce keto meal plans that are useful, painless, cost-efficient, and fun.

    From their launch in 2019, 100's of people have already completely transformed their figure and health with the benefits a good keto diet can offer.

    Speaking of benefits; in this link, you'll discover eight scientifically-tested ones provided by the keto diet.

    ReplyDelete
  7. Cantik hotelnya.. Yang penting dekat dengan Kea Farm.. senang nak jalan..

    ReplyDelete