Friday Night Dinner At BBQ Land & Steamboat, Jalan Kuang Sungai Buloh With Geng Legend

Malam Jumaat iaitu malam sebelum hari Sabtu adalah masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang. Sebabnya malam itu adalah permulaan kepada cuti hujung minggu selepas kerja lima hari. Yang ada kerja hari Sabtu dan Ahad, lain ceritalah.



Tapi orang kita term malam Jumaat merangkap kepada malam sebelum hari Jumaat. Kalau malam sebelum Sabtu dipanggil malam Sabtu. Kalau bagi omputih pulak, Friday night adalah malam sebelum Sabtu. Tak apalah saya pilih yang universal punya. Friday night adalah malam sebelum Sabtu  untuk tajuk entri ini'





Geng Legend bersepakat untuk berkumpul lagi pada malam Jumaat dengan bersteamboat bersama-sama. Tempat yang dipilih untuk steamboat dinner adalah BBQ Land & Steamboat, Sungai Buloh.



Pilih makan di sini sebab buffet. So, banyak pilihan makanan iaitu ada pelbagai Seafood termasuk Udang & Ketam, Marinate Grill. Makanan Siap Tersedia Seperti Nasi Goreng, Mee, Buah-buahan pun ada. Pelbagai Pilihan Minuman Sejuk dan juga Pilihan Sos Istimewa pun tidak ketinggalan.
Satu lagi makanan boleh dimasak dua cara iaitu rebus dan juga grill. Saya suka dengan rasa marinate grill sebab sedap.

 Boleh grill dan juga steamboat

 Di sini tempat buffet makanan

Tempat parking pun luas. Kemudahan-kemudahan asas yang lain pun ada seperti toilet, surau dan etc. Harga pun berpatutan. Dewasa RM28/pax. Kanak-kanak pulak RM14/pax.



Since makan pada Friday night, dapatlah lepak lama-lama. Sampai tengah malam weyh Geng Legend melepak dan membawang. Buffet steamboat pulak free flow. Lagilah depa tak berganjak. Apapun, berkumpul dengan Geng Legend tak pernah tak lama. Tak pernah tak seronok. Hehe.

Share this:

,

CONVERSATION

3 comments:

  1. sedapnya. time time macam ni rindu betul nak gather nak makan ramai2.

    ReplyDelete
  2. dekat ngan umh mertua ,kat dmanggis tu je...

    ReplyDelete
  3. Rindu nk makan Kat liar lagi mcm Ni huhuu

    ReplyDelete