Kisah Bersalin Aqil Zayden Dengan Bantuan Pecah Air Ketuban Di Hospital Shah Alam Part 2

Sambungan dari Part 1

Dah menangis sekejap, saya tenangkan hati balik. Cakap dalam hati, InsyaAllah tak jadi apa-apa. Lagipun saya dah lama hampir 24 jam kot dah berada di hospital. Under pengawasan hospital dah kot. Mesti semuanya under control.

Doktor yang go through graf ctg dengan doktor yang pangkat besar datang pada saya. Doktor yang lagi senior tu suruh pecahkan air ketuban. Doktor terus ambil alat macam chopstick tapi lebih panjang. Katanya nak pecahkan air ketuban. Saya tak cakap apa-apa. Serahkan semuanya pada doktor sebab mereka yang pakar.




Lepas air ketuban pecah, terus rasa air rasa suam-suam mengalir keluar laju. Warnanya jernih. Tak rasa sakit. Nurse pasang drip. Katanya untuk hydrate supaya heart beat baby tak laju. Memang dapat kembali normal. Tanya nurse reason pecahkan air ketuban. Jawab nurse sebab takut baby berak. Since air ketuban jernih, maknanya baby tak under pressure dan tak berak.

Sakit contraction terus suddenly datang. Sebab air ketuban dah pecah kan. Ditambah pula air ketuban tak berhenti keluar. Saya tak berganjaklah saya dari katil. Beritahu nurse air ketuban tak berhenti keluar. Dia kata normallah. Dia beri pad untuk saya tukar. Tapi saya malas nak tukar. Rasa macam no point tukar. Pakai pad lepastu cepat jea penuh. Saya biarkan air ketuban keluar melimpah-limpah atas katil.

 Ada heater disediakan untuk baby. Baby memang dapat tidur dengan selesa di dalam wad walaupun suhu bilik sejuk.

Tiba-tiba dengar nurse tanya doktor nak tolak patient pecah air ketuban (merangkap saya la kot) masuk wad bersalin. Doktor ada jawab something tapi tak dengar dia cakap apa. Lepas seketika, ada nurse bawa wheelchair. Dia kata nak bawak saya masuk labour room. Akhirnya masuk jugak ke labour room. Kalau saya bersalin di katil sementara tadi, husband tak boleh teman.

Sampai jea labour room, datang lagi sakit contraction yang lagi tinggi.  Labour room untuk saya tu belum sempat dibersihkan lagi. Siap ada darah lagi atas katil. Since saya cakap sakit macam nak terberak dekat nurse, terus nurse kemas sendiri katil tu. Tak tunggu cleaner bersihkan.

Tanya nurse lagi dah boleh panggil husband ke masuk labour room. Nurse akan panggil lepas doktor dah datang cek. Doktor datang cek, katanya 5cm.

Since baru 5cm, saya mintaklah ubat tahan sakit pentidine. Malas lah pulak aiii nak tahan sakit lelama. 5cm tu macam gaya tak dapat nak bersalin harini jea. Entah esok. Huhu. Request pentidine dari nurse. Nurse double cek bukaan sebelum beri ubat tahan sakit. Dia takut dah besar bukaan. Takut nanti kalau bukaan dah besar, tiba-tiba nak bersalin nanti rasa mengantuk pulak time nak meneran.



Nurse cek dah 6cm. Dia tanya nak tolong bukakkan jalan tak. Saya terus jawab nak. Malas nak tunggu lama-lama. So, ni bantuan satu lagi untuk percepatkan proses bersalin saya untuk anak ketiga. First pecah air ketuban tadi. Second, bukakkan jalan oleh nurse.

Lepas bukakkan jalan , kena mengiring belah kanan. Then Kimchi pun sampai labour room untuk teman saya. Kali ni datang sakit contraction yang maha sakit ya amatttt.. Dalam 20 minit menahan sakit yang tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Yang saya ingat lepas 20 minit menahan sakit, terus menjerit-jerit panggil nurse. Loceng pun ada tekan jugak. Terus serentak datang tiga orang nurse.

Tak tertanggung rasa sakitnya. Yang ingat lagi, nurse suruh jangan angkat punggung. Terus letak punggung. Entah bila saya angkat punggung. Tanpa sedar terangkat punggung. Dengar lagi nurse cakap letak tangan dekat kepala. Ingatkan instruction tu untuk saya. Saya pun letaklah tangan atas kepala. Rupanya Kimchi yang kena letak tangannya pada kepala saya.



Tangan saya kena pegang lutut. Then saya ikut jea cakap nurse. Suruh push saya push. Suruh ambik nafas, saya tarik nafas dalam-dalam.  Ada dengar Kimchi sebut dah nampak kepala. Dalam hati cakap, haaa baru keluar kepala ke. Rasa macam dah banyak kali teran jea. Huhu,

Sedar-sedar keluar dah seketul Dak Zayden. Lega aihhh, dah keluar. Terus nurse letak baby atas dada. Luka episotomi cuma 1st degree. Nurse cakap kalau saya tak angkat punggung, confirm tak ada koyak. Huhu.

 Nyenyak betul Zayden tidur di bawah heater

Time jahit koyak, tak ada diberi ubat tahan sakit. Dijahit hidup-hidup. Another sakit yang tak mampu diungkap dengan kata-kata lagi. Terketar-ketar kaki menahan sakit. Walaupun hanya 1st degree tapi rasa macam lama nak siap jahit. Yang bagusnya, lepas jahit dah tak rasa sakit dah. Berbanding jahitan anak second, yang PPUM tu, seminggu menanggung rasa kesakitan.

Nurse siap mandikan baby. Walaupun saya tak bawa apa-apa kelengkapan baby, nurse pakaikan jea  hospital punya drypers, baju baby dan bedung. Bagus betul khidmat yang diberikan nurse ni. Rasanya bidan. Tak sempat nak tengok namanya. Dari nak bersalin sampai siapkan baby, dia jea yang uruskan. Tak perlu  khidmat dari doktor.


 Siap dapat souveniar dari hospital

Lepas doktor cek, saya dibawa ke bilik temporary sementara menunggu katil kosong di wad kelas kedua. Wad bersalin sangat lengkap dengan kemudahan. Walaupun kelas kedua tapi semuanya ada seperti almari, kabinet, heater dan bassinet untuk baby, toilet dan shower yang luas khas untuk bilik, katil yang boleh adjust, tempat letak kaki dan segala kelengkapan asas. Makan pulak empat kali sehari. Actually saya kena tahan wad selama lima hari. Nanti akan ada entri kisah kena tahan wad.

Begitulah alkisah melahirkan anak ketiga dengan bantuan pecah air ketuban di Hospital Shah Alam. Sangat bagus perkhidmatan yang diberikan oleh semua staff di wad bersalin Hospital Shah Alam. Once dah daftar, memang dipantau kaw-kaw oleh mereka sehinggahlah discharge. Bidan di situ berpengalaman. Tak ada doktor pun tak apa untuk menyambut kelahiran yang normal. Bidan pun dah cukup. Yang saya boleh cakap bersalin di Hospital Shah Alam lagi better dari PPUM (anak second) dan malah jauh lagi better dari Hospital Umra(anak first).


Back reading to Part 1 by clicking Kisah Bersalin Aqil Zayden Dengan Bantuan Pecah Air Ketuban Di Hospital Shah Alam Part 1


Share this:

CONVERSATION

9 comments:

  1. wah~ tahniah dapat anak lelaki .. nervousnya dengar detik-detik bersalin ni. huhhu

    ReplyDelete
  2. Awww jahit hidup2 ngerinya la haii

    ReplyDelete
  3. Sis.. husband boleh teman ye di hosp shah alam waktu pkp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersalin betul2 sebelum pkp start. still boleh lagi suamo teman. time pkp sekarang saya dengar tak boleh dh

      Delete
  4. Husband boleh teman dalam labour room ke kat hospital shah alam yg kerajaaan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersalin betul2 sebelum pkp start. still boleh lagi suamo teman. time pkp sekarang saya dengar tak boleh dh

      Delete
  5. Salam hi saya juga tengah consider GH vs Private Hosp. Boleh saya tau, boleh ke kita request untuk first clss di HSA? Dan ada ke single bedded room? Maaf, first pregnancy. Tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. ada dan boleh request.kalau time sis booking ada kekosongan bolehlah sis dapat

      Delete