The Birth of Aqil Zafran: My Confinement Diet Story


Bab berpantang ni of coursela saya serahkan kepada mak sahaja. Apa yang mak cakap boleh & tak boleh, saya ikut sahaja. Cara berpantang mak saya ni agak kurang strict & tak berapa suruh saya ikut semua pantang-larang dalam berpantang. Pantang-larang yang rare diikuti seperti tak boleh minum air lebih segelas dalam satu masa, tak boleh tidur bawah kipas & etc, itu saya tak buat. Tapi kalau pantang-larang melibatkan pemakanan, mak saya strict. Makanan yang disuruh pantang oleh mak ialah
 
 1. Buah-buahan tempatan & sayur-sayuran tempatan. Sebabnya ada yang menyejukkan sepeti tembikai, ada pulak menambah angin dalam badan seperti cempedak. Kenapa mesti tempatan, import boleh pulak. Ke sebab orang zaman dulu memang tak makan makanan import, so tak adala larangan untuk memakannya. Macam tu yea.. Tak tahula dong.Kita ikut saja. (tiba-tiba pulak keluar slang indon)
2. Dah makanan yang menyejukkan tak boleh makan, air sejuk pun samala.

3. Makanan yang menyebabkan luka mengeluarkan bau busuk. Kalau kelahiran normal luka di bahagian ehem-ehem, kalau Caesar di bahagian perut. Contoh makanannnya ialah telur.

4. Makanan yang diproses/dimasak dua kali seperti bihun & laksa (pantang dari mak kimchi)

Itu sahajala kot. Kesimpulannya mak saya memang kurang strict, sebab uwan dulu pun kurang strict jugak dengan mak time berpantang dulu. So, apa yang diamalkan kepada mak diturunkan kepada saya pulak. Actually mak taknak saya terkejut & stress dengan pantang-larang ni. Yeala baru first time bersalin kan. Kan tak pasal-pasal kena postnatal depression pulak.Yang betul-betul effect kepada badan sahaja yang kena pantang-larang. Kalau setakat makan nasik berkuah & lauk berminyak, mak taknak halangla. Pernah sekali mak suruh makan nasi & lauk sahaja without kuah. Mak cakap saya macam nak tercekik jea makan nasik tak ada kuah tu. Sebab kesiankan saya,lepas tu mak serve lauk yang berkuah. Actually makan tak berkuah  & tak berminyak ni adalah untuk kurangkan perut buncit semasa berpantang. Agaknya sekarang perut saya buncit sebab itula kot. Tak apa, next berpantang nanti, saya berpantang makan makanan berkuah & berminyak.

Berpantang time bulan puasa ni agak tekanan jiwa & mental.. Tengok mak masak sedap jea untuk berbuka & saya pulak suka makan. Malangnya hanya boleh melihat & menghidu sahaja..huhu. Tak apala next year punya Ramadhan, saya bedal habis-habisan masakan berbuka mak. (macamla tak boleh suruh mak masak lagi lepas habis pantang.hehe. Boleh, just feeling tak sama kalau makan time berbuka..hehe).

Sekarang saya dapat menurunkan berat badan dari 72kg ke 59kg. Nak turun 5kg lagi untuk dapat berat badan sebelum pregnant. Hopefully dapat achieve before second pregnancy. Ada niat tu nak tambah lagi.. Eh, tunggula Zafran umur setahun dulu, baru fikir next step.hee
 
Mama Zafran dah boleh pakai seluar jeans..heee

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. New Diet Taps into Revolutionary Concept to Help Dieters LOSE 15 Pounds in Just 21 Days!

    ReplyDelete