The Birth of Aqil Zafran Story: My Confinement Lady

Zaman sekarang ni dah susah sedikit nak cari orang-orang tua (a.k.a mak bidan) yang boleh mengurut untuk ibu yang baru lepas bersalin, lebih-lebih lagi di area bandar. Kalau di kampung maybe ada ramaila. Di area rumak mak (PJ), just dengar ada seorang mak bidan sahaja yang boleh buat servis ni. Maknanya kalau dah seorang sahaja, mestila banyak permintaan. Ibu lepas bersalinnya ramai, mak bidannya seorang. Mesti schedule sangat pack. Tapi disebabkan time pregnant, saya ada banyak hal nak kena settle (rumah, lawyer, etc) tak sempat nak contact & book sampaila bersalin.

Pada hari kedua lepas bersalin, saya dah kat rumah mak. Petang tu, KakDa & family datang visit saya. KakDa bagitau yang jiran sebelah rumahnya adalah mak bidan. Saya terus mintak nombor daripada KakDa. Dua hari kemudian, lepas sahaja check up di hospital umra, singgah rumah mak bidan tu. Panggilnya Mak Haji. Saya booking untuk mengurut pada minggu depannya selama 3 hari.

Mak Haji kenakan cas RM200 untuk upah mengurut ni. Agak mahal jugak. Sebab Mak Haji tak ada kos transportation pun untuk datang ke sini. Kena ambik dia dari rumahnya untuk datang ke rumah saya. RM200 ni just kos mengurut & homemade minyak urutnya sahaja. Apalagi saya betul-betul fully utilized Mak Haji semasa dia datang mengurut saya. Saya minta Mak Haji cukurkan rambut Zafran, mandikan Zafran, urutkan Zafran & pakaikan bekung untuk saya dengan cara yang betul (rupanya sebelum ni salah cara saya pakai bekung).

Mahal-mahal pun, urutan Mak Haji memang best & rasa lega selepasnya. Terus kecut rahim saya (bak kata nursela). Minyak urut Mak Haji jugak bagus untuk kulit sensitif Zafran. After sapu terus hilang ruam-ruam pada kulit Zafran. Sampai sekarang saya still beli minyak tu dari Mak Haji.

Certain Mak Bidan yang jenis tak pandai, akan rasa sakit-sakit badan selepas mengurut. Bukannya rasa lega. Ada jiran saya semasa tinggal di Puncak Alam dulu, mak bidannya mengurut sampai rahimnya terpusing.Kena pergi mengurut balik untuk betulkan kedudukannya. Walaupun dah betulkan balik, jiran tu sampai sekarang still anak seorang jea. Susah dah nak pregnant lagi. Kesian.




 Inilah Mak Haji, my confinement lady..

Tengah cukur rambut Zafran

Botak dah kepala Zafran

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment