Ayam Masak Butter Yang Mudah & Pantas

Ada satu hari tu, teringin sangat nak makan ayam masak butter. Rasa dah lama tak makan. Last sekali makan time contractor belanja iaitu pada CNY tahun lepas or dua tahun lepas. Lama bebenor tu. Dah teringin sangat, pergila google Recipe Ayam Masak Butter. Bila dapat search, baru tahu rupa-rupanya senang yang teramat nak buat Ayam Masak Butter. Apalagi lepas salin recipe, terus try masak kat rumah.

Bahan-bahan
4 ketul ayam
3 tb sp tepung gandum
1 telur
3 tb sp butter
3 ulas bawang putih yang dicincang
1 tb sp susu segar/susu pekat
Secubit garam
Sedikit air

Cara-cara
1. Potong ayam menjadi potongan kecil.
2. Celupkan ayam  dalam telur yang sudah dipukul.
3. Gaulkan ke dalam tepung.
4. Goreng sehingga masak & warna ayam mejadi kekuningan. Ketepikan seketika.
5. Cairkan butter.
6. Tumis bawang putih hingga naik bau.
7. Masukkan susu.
8. Masukkan air.Gaul sehingga masak.
9. Masukkan garam.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam. Masak sehingga memekat.
11. Ready untuk dimakan.

Ayam Masak Butter Yang Mudah & Pantas
Ni adalah second trial masak ayam butter. Rupa nampak macam so-so (maybe sebab pakai HP cap ayam, xpun fail bab presentation ni), tapi rasanya not bad. 

Through recipe ini juga, saya baru tahu cara nak goreng ayam crispy, ala-ala KFC. Just guna telur & tepung sahaja. Lahai..Guna bahan mudah jea pun, yang sememangnya wajib ada kat dapur. Lepas ni dah tak perlu lagi beli Instant Fried Chicken Flour.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment