Pulangan Selepas Banyak Berbelanja

Kalau tengok ekonomi Malaysia sekarang ni, dah getting worst. Semuanya nak naik. Tol, pengangkutan awam, semuanyala. Just harga minyak sahaja turun untuk bulan December ni. Tapi tak tahula maintain sampai bila. Entah-entah masuk tahun baru, naik 2-3 kali ganda. 
Kita memang tak boleh buat apa dengan kenaikkan harga ni. Yang kita boleh buat, kita cuba dapatkan pulangan selepas sudah banyak berbelanja.  Bagaimana cara nak dapat pulangan selepas berbelanja? Caranya ialah kita berbelanja pada servis/retailer/tempat yang membolehkan untuk kumpul mata & juga menawarkan privilage yang menarik kepada pelanggan yang setia. Privilage yang menarik adalah seperti barang-barang yang menarik atau voucher discaunt untuk ditebus.

Contohnya isi minyak Petronas. Memang harga minyak Ron95 turun untuk  bulan ni tapi saya rasa tak akan tahan lama. Time isi minyak PETRONAS, kita collect point Mesracard. Kalau belum ada card, just register di mana-mana Petronas. Free sahaja. Point yang terkumpul, kita boleh redeem dengan barang yang ditawarkan. Macam saya, point yang terkumpul dah redeem dengan beg baju.



Beg Baju PETRONAS


Satu lagi Astro. Semua merungut dengan bil Astro yang makin lama makin not make sense.  Nak potong, tak ada pulak entertainment di rumah. Tengok wayang  & buat aktiviti luar lagila costly. Dengan ada anak kecil lagi. So, Astro sahajala satu-satunya entertainment di kala weekend.  Terpaksalah membayar bil yang mahal tiap-tiap bulan. Tapi Astro pun boleh collect point jugak dari bil-bil yang kita bayar tiap-tiap bulan jika kita register sebagai Astro Circle Member. Point yang terkumpul pun boleh redeem dengan barang. Barang-barang yang ditawarkan oleh Astro lagila banyak choices. Just browse sahaja di Astro Website.

Ni contoh yang ditawarkan untuk redeem oleh Astro. 1st page banyak tiket concert. Next next page baru ada items.

Saya dah dapat satu kali redeem astro point dengan satu barang. Barangnya adalah Children Soccer Ball. Boleh bagi Dak Zafran main. Servis Astro Circle pun terbaik. Reason saya cakap macamni, Astro siap ganti balik Soccer Ball yang kedua selepas complaint first Soccer Ball yang diberikan rosak. Soccer ball ni boleh tahan jugak kualitinya.

Bola sebelah kanan rosak. Lepas complaint, terus diganti dengan bola yang ok di kiri tu

Tesco & Ikea pun ada membercard jugak sebab agak frequent shopping di kedua tempat tu. Point yang banyak redeem dengan voucher discaunt. Untuk Ikea, so far saya belum dapat redeem lagi sebab baru sahaja register. Point yang terkumpul boleh dapat voucher rasanya. Nak redeem point kena rajin register ahli & take note dengan point yang terkumpul. Saya memang tak rajin, tapi nasib baik ada Kimchi yang rajin daripada register jadi member hinggalah redeem.

Maybe akan ada orang cakap, tersangatlah 'Typical Malaysian' yang suka dengan benda-benda free. Actually bukanlah sebab ada sikap 'tak tahu malu' yang membuatkan kita suka barang free. Sebenarnya ekonomi Malaysia yang kronik ni yang mendesak kita mengunakan peluang & sumber yang ada sebaik-baiknya. As long menepati syariat Islam, tak salahkan. Satu lagi, kalau kita tak memerlukan barang free tu, kita boleh derma kepada orang yang lebih memerlukan. Dapat pahala.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment