Spend Year End Holiday at Mother Nature’s Favourite Holiday Attraction- the Bukit Merah Laketown Ecopark

Kunjungan ke Bukit Merah Laketown Ecopark adalah aktiviti penutup tirai Mohd Noor’s family untuk tahun 2015. Reasons kitaorang pilih untuk bercuti  di Ecopark adalah first dekat dari Kampung Boyan. Masa kitaorang agak terhad. Tak boleh nak bercuti jauh-jauh, macam Penang ke. Cuti kitaorang lebih fokus on tolong Ale & Kak Ida pindah rumah baru. Second, of course affordable. Tiket untuk dewasa hanya RM18 while children are free (for below 2 years old).

Ecopark yang berkeluasan 3 ekar mempunyai tiga kawasan untuk dikunjungi iaitu Nature Trail, Reptile Park & Tropical Trail. Pet Farm pun ada juga.

Dak berjalan hampir 3km dari ticket caunter, barula sampai Ecopark Mak buyong dah start kepenatan.
Dak Zafran tidur pulak
Sampai-sampai di entrance ecopark baru tahu ada ticket booth tersendiri untuk masuk ke Ecopark. Punyalah pergi beratur panjang dengan yang beli tiket ke waterpark di main ticket caunter.

For me, this is my second visit to Ecopark. First time with Gediks Family pada tahun 2010. Zaman bujang dahulu. Ada banyak perbezaan di antara kunjungan first & second. Honestly kunjungan pada 2010 lagi best. Haiwan lebih variety.   Tahun ni macam tak berapa banyak haiwan yang dapat tengok.


Confident jea saya cakap Ecopark best, yang ala-ala petting zoo. Beria-ria ajak diorang jenjalan di situ. Dah sampai di situ, kena jalan hampir separuh daripada wooden trail baru dapat jumpa first animal iaitu parrot & gibbon. Maybe sebab start jenjalan pada tengahhari, banyak haiwan yang dah tidur. Ada yang masuk kandang sebab cuaca dah panas. Time saya pergi dulu pada waktu pagi. Haiwan banyak yang aktif. Then, kitaorang ter miss animal show. Nak tunggu next show iaitu pada pukul 2:30pm, rasa macam lewat sangat pulak. Kitaorang tak tunggu show tersebut.


Mula dengan berjalan di nature trail. Dak Zafran dah bangun.

Dah berjalan jauh tapi still satu batang hidung binatang pun tak jumpa lagi. sangat berdoa supaya budak-budak tak start boring & tak losing interest.

barula dapat jumpa parrot


Then, gibbon




Then, sambung berjalan lagi untuk tengok next haiwan
Dak berada di Reptile Park. Dalam cage tu ada dua ekor ular sawa.
Di Pets Farm. Belakang tu ada ostrich. Dak Zarra excited sebab dapat tengok haiwan secara dekat
Pony


Interact closely dengan rabbit. walaupun rabbit bukanla haiwan yang rare, tapi still dapat buat Dak Zarra & Imaan excited & happy sebab dapat pegang.
guinea pigs  ni penakut. Bebudak tak dapat nak pegang guinea pig ni.




Dak Zafran tengok peacock
berehat dahulu
Haiwan yang last untuk ditengok iaitu common squirrel monkey
Actually boleh jea nak masuk cage & nak interact closely dengan monkey. Tapi semua tak berani nak masuk cage ni & jumpa dekat-dekat dengan monkey ni.
Inila peacock yang dilepaskan di luar jea. Fencing tu tak tinggi pun.



Ecopark Jetty adalah tempat naik bot untuk ke Orang Utan Santuary
Mama saya cam budak-budak jea..(kata Dak Zafran)..heh heh
Gigih dukung Dak Imaan & Dak Zafran supaya dapat masuk dalam gambar. IG props ni tinggi sangat. Dak Zarra pun boleh nampak kepala jea.

Tapi Dak Zara cakap best. Dak Imaan & Dak Zafran pun nampak enjoy. Sebab ada certain haiwan yang dapat interact closely seperti peacock, rabbits, guinea pigs & African pygmy hedgehog . Macam peacock memang dilepaskan di  wooden trail supaya dapat interact dengan pengunjung. Tapi kitaorang yang  tak berani nak dekat dengan peacock sebab takut kena patuk.

Mohd Noor’s juniors sangat having fun di situ, so dikira berbaloilah bercuti di situ. Budak-budak kalau cakap memang betul punya. Memang akan bagi honest comment.Nasib baikla kan. Tapi next time kalau nak tengok haiwan lagi, adakah akan kunjungi lagi Ecopark? Maybe nope. Better pergi Zoo Taiping sebab ticket price more cheaper & wild animals lagi banyak. Nak pergi lagi boleh kot. Try pergi time cuaca tak panas sama ada pagi atau petang. Avoid pergi time tengahhari. Maybe akan face more fun & better experience. 

Share this:

, ,

CONVERSATION

1 comments: