Chewy Peanut Bars

Nak buat chewy peanut bar pun senang jugak. Tak rumit. Mixing manually guna beater pun boleh. Bahan yang diperlukan untuk buat bars ini pula, hampir semua ada di dapur. Just saya tak ada salted peanut, peanut butter & chocolate baking bar. Salted peanut & peanut butter sahaja saya beli. Yang chocolate baking bar saya gantikan dengan chocolate powder, susu pekat & marjerin/butter untuk topping. Chocolate powder memang sentiasa ada stock. Habis jea, mesti beli. hehe.

Cara saya buat Chewy Peanut Bars.

Bahan-bahan

6tbsp butter(saya guna marjerin jea).
1 cup brown sugar
1/4 peanut butter
1 cup flour
2 large eggs, lightly beaten
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tsp vanilla extract
3/4 cup chopped salted peanuts (dibahagi dua)
Chocolate chips(resipe asal mengunakan chopped chocolate bar untuk hiasan)

For Chocolate topping
1/2 cup condensed milk
2 tbsp chocolate powder
2 tbsp butter(saya guna marjerin)

1. Cairkan marjerin  mengunakan api yang sederhana. Lepas cair & masukkan ke dalam bekas. Biarkan sehingga sejuk.
2. Campurkan brown sugar & peanut butter. Gaul sehingga sebati.
3. Campurkan flour, baking powder, salt, eggs, vanilla extract & 1/2 cup chopped peanut. Gaul sehingga sebati. Masukkan ke dalam microwave oven save baking dish yang sudah disapu dengan butter/marjerin.
4.  Masukkan baking dish yang berisi adunan tadi ke dalam microwave oven pada suhu 150°C selama 10minit. Kalau masih tak masak, tambah masa.
* Recipe asal guna microwave & haruslah jugak guna microwave save baking dish untuk letak adunan. Microwave at high(70%) for 4 minutes. Microwave at high(70%) for 3-6 minutes or until top is almost dry. (malas nak translate..hehe)
5. Sementara tunggu bar masak, prepare topping dengan masukkan susu dan serbuk koko dlm periuk(api kecil). Kacau hngga pekat. masukkan mentega & tutup api.
6. Bila bar sudah masak, taburkan chocolate chips di atasnya & biarkan selama 5 minit. 
7. Kemudian tuangkan & ratakan melted chocolate yang prepare tadi di atasnya. Taburkan baki chopped salted peanut di atas melted chocolate. 

Tips: Jika topping chocolate menjadi keras sebab menunggu lama bar siap masak, boleh cairkan semula dengan tambah 1 tsp air masak & dikacau mengunakan api kecil sehingga cair semula.


Chewy Peanut Bars
Tadaaa..siap

Bila sudah siap, potong kecil-kecil bentuk square seperti dalam gambar atas. Texture yang saya dapat lebih kepada kek. Tak macam bar, yang kena padat-padat. Maybe sebab saya guna oven, bukan microwave. Takpe kalau buat lagi lepas ni, guna microwave pulak. Tapi Dak Zafran suka jea makan bar ni. Berkali-kali mintak disuapkan bar ni. Recipe ini pun bakal digunakan untuk Breaking Fast Dessert Preparation.

Share this:

,

CONVERSATION

3 comments: