Riang Raya The Enon's Clan: A day before

Tahun ni akhirnya sampai juga turn beraya di kampung saya. Ini adalah first time sejak kahwin, saya & Kimchi dapat bersama-sama dengan Gediks Family pada hari raya pertama. Tiga tahun berturut-turut sebelum ni, beraya di perantauan. Perantauan la sangat.ahaks. Tak adalah. Beraya di Kampung Boyan, iaitu  hometown Kimchi. Sepatutnya tahun kedua adalah turn saya & beraya di Kelantan. Tapi disebabkan time saya baru lepas bersalin & still tengah berpantang, decide untuk balik beraya di Perak sahaja bagi mengurangkan masa di perjalanan.

Tahun ni beraya di Negeri Sembilan, kampung mak. Actually patutnya beraya di Kelantan. Tahun ni adalah turn raya di kampung abah. Mak & Abah pun ada Raya Yearly Rotation jugak tau. Tapi abah kena gaut pulak. Berjalan pun boleh perlahan-lahan jea. And then Raya tahun ni agak kaw-kaw jem especially kalau nak balik pantai timur. Takut abah sakit lagi, so decide beraya di kampung mak iaitu di Negeri Sembilan sebab lebih dekat.

Saya, Kimchi, Zafran, Farid & Didi sampai Kampung uwan, Kampung Jempol sehari sebelum raya. Tengok anak beranak uwan a.k.a enon semuanya sedang sibuk buat persediaan raya especially memasak. Tapi time sampai, semua juadah raya sudah siap dimasak iaitu Nasi Impit, kuah kacang, lontong & rendang. Just ketupat palas sahaja belum ada lagi. Lemang just beli.




Gambar Persediaan raya yang paling proper boleh diambil adalah time sepupu-sepapat sedang sibuk letak kuih raya dalam bekas. Nak ambik gambar suasana di dapur, time yang tengah buat ketupat palas, mak-mak sedara tak bertudung pulak.


Malam tu, lepas berbuka abah kena gaut teruk sampai tak boleh berjalan. Maybe tersalah makan time berbuka. Tak dapatlah pada pagi raya esoknya abah nak sembahyang raya. Hope Abah cepat sembuh & kembali cergas.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment